Kari Ayam Viral Sugu Pavithra Ramai Dah Cuba, Terbukti Pergh! Sedap

Ada apa sebenarnya dengan resepi kari ayam viral YouTuber pasangan suami isteri Sugu Pavithra ini? Bukan saja orang Malaysia, malah vlogger Jepun ichang RM pun gigih cari daun pisang, buat sendiri rempah kari dan mencuba resepi kari ayam yang S pavithra, 28 kongsikan dalam channel YouTubenya.

Yang pasti rata-rata warganet yang mencuba akan membuat perkongsian semula dan mengakui akan keenakan resepi kari ayam Sugu ini. Paling menarik, ada pula yang menikmati masakan mereka itu di atas daun pisang.

Kari Ayam Viral Sugu Pavithra Ramai Dah Cuba, Terbukti Pergh! Sedap
Setiap kali selesai memasak, Pavithra akan menikmatinya dengan suami dan anak-anak / Kredit foto : Facebook

Kerana, setiap kali selesai memasak, Pavithra dan suami, M Sugu, 29 malah dua orang anak-anaknya akan makan bersama-sama. Masakan kari ayam Sugu ini lebih enak dinikmati di atas daun pisang. Terasalah nanti feelnya yang berbeza itu.

Dalam channel Sugu Pavithra ini bukan sekadar ada resepi kari ayam, macam-macam resepi masakan India disampaikan dalam Bahasa Melayu yang jelas dan mudah untuk difahami. Paling penting, lemah lembut gaya penyampaiannya.

Kalau tak berapa nak dengar tu.. kenalah kuatkan volume ya. Sebab memang macam tulah gaya Pavithra bercakap; lemah lembut dan nama keikhlasannya nak berkongsi resepi itu. Tak perlu pun nak dibuat-buat.

Kari Ayam Viral Sugu Pavithra Ramai Dah Cuba, Terbukti Pergh! Sedap
vlogger Jepun ichang RM pun mencuba resepi kari ayam Sugu Pavithra yang viral ini. / Kredit foto : Facebook

Sedapnya Kari Ayam Viral Sugu, Satu Rumah Bau Kari

Walaupun suami isteri ini tiada Instagram dan Facebook, tapi di laman Facebook sendiri ramai yang berkongsi masakan kari ayam ikut resepi Sugu Pavithra ini.

Rata-rata kata “Sedap! satu rumah bau wangi kari”. Malah ada yang planning nak mencubanya waktu sambut Aidilfitri nanti.

IKLAN

Resepi ‘Kari Ayam Pencen Paling Sedap’ yang Sugu Pavithra share pula dah cecah sejuta lebih penonton. Bermakna sampailah ilmu memasak tu dekat ramai orang.

Boleh tengok sini kalau nak mencuba resepi : Kari Ayam Pencen Paling Sedap’

Ini pula resepi : ‘Kari Tak Payah Tumis’ Lain Daripada Yang Lain

Bukti Warganet Dah Cuba Kari Ayam Viral Sugu Dan Akui Kesedapannya

 

Nak Rakam Video YouTube Kena Tunggu Suami Balik Kerja

Sedikit info untuk anda ketahui latar belakang YouTuber Sugu Pavithra. Mereka menetap di kuarters ladang swasta, ladang Elphil yang disediakan oleh majikan suami di Sungai Siput, Perak.

IKLAN

Pavithra sendiri merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berasal dari Buntong, Ipoh dan berbangsa India. Selama ini, suaminya lah yang menyara kehidupan mereka sekeluarga sebagai pekerja ladang kelapa sawit.

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak.

Baca sini : Selepas dapat hadiah dari PM, Sugu Pavithra terima ‘gaji pertama’ sebagai YouTuber

Jika selama bersiaran sejak bulan Januari lalu, mereka cuma menggunakan peralatan dapur periuk, kuali malah sudip biasa. Selepas channel YouTubenya mula dikenali, ramai yang mula menunjukkan tanda sokongan.

IKLAN

Ada yang menghadiahkannya peralatan dapur canggih seperti pressure cooker (periuk tekanan), hand mixer (pengadun tangan dan ketuhar. Yang mana, semua itu tak pernah pun dimilik oleh Pavithra seumur hidup.

Dan katanya, dia yang menghargai pemberian itu tak patah semangat, sebaliknya akan berusaha mencuba dan menghasilkan resepi menggunakan peralatan yang diperoleh.

Bila masa Pavithra rakam video YouTube nya ini? Jawapannya, sebaik suami pulang dari tempat kerja atau pada hari cuti.

Kisah Pavithra ini sememangnya memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam pada musim Perintah Kawalan Pergerakan mencegah Covid-19 ini. Lagi-lagi bila ramai #DudukRumah , baik isteri mahupun suami banyak habiskan waktu memasak di dapur.

MW : Semoga Sugu Pavithra terus sukses dan membangga rakyat Malaysia dengan usaha murni mereka.

Sumber/Foto : Sugu Pavithra, Iluminasi, Facebook

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI