Pelakon berdarah kacukan, Catriona Ross akui dia memanfaatkan masa lapangnya sepanjang PKP dengan menghasilkan video untuk menyampaikan pelbagai mesej penting berkenaan pandemik Koronavirus (Covid-19).
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya ternyata mencuri perhatian ramai apabila dia menampilkan sketsa menggunakan dialek Kelantan menerusi karakter wanita kampung bernama Kak Kek Dari Pattani, Thailand.
Kak Kek Dari Pattani Melucukan
Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus Online, Catriona akui tidak menyangka ideanya itu mendapat sambutan ramai.
“Idea menghasilkan video tercetus secara spontan apabila anak perempuan saya teringin makan sejenis sate ikan yang dikenali sebagai LokChing di Thailand tetapi tidak lagi dijual kerana PKP.
“Jadi saya buat video tentang perkara tersebut dan kongsi dalam grup WhatsApp rakan-rakan. Mereka pula menyarankan saya untuk memuat-naik di Instagram (IG) kerana content itu sesuai dengan semua orang.
Ads
“Apa yang mengejutkan saya, video tersebut mendapat reaksi luar biasa daripada pengikut di IG yang rata-ratanya mengakui terhibur dan mahu saya menghasilkan lebih banyak video sebegitu.
‘Kak Kek’ Beri Kesedaran Bahaya Covid-19
“Video tersebut menjadi perhatian kerana menampilkan content semasa dan disampaikan dengan karakter lucu menggunakan cara percakapan orang kampung yang dekat dengan kebanyakan kita.
“Dalam masa yang sama, mungkin ramai yang terkejut dengan sisi berbeza saya dalam video tersebut kerana sebelum ini orang kenal saya sebagai seorang seorang yang serius dan sentiasa menjaga perlakuan.
“Saya langsung tak menyangka pengikut di IG naik mendadak biarpun video tersebut dihasilkan bukan untuk tujuan itu. Apa pun, bila semakin pengikut, tanggungjawab saya jadi lebih besar untuk berkongsi perkara bermanfaat buat semua,” katanya.
Ads
Dilema PKP, Puasa Tetap Puasa
Sumber/Foto: Instagram @catrionabrianross
Bercerita tentang sambutan Ramadan yang disambut dalam keadaan yang cukup berbeza, malah tidak pernah dilalui sebelum ini, kata Catriona, dia percaya kepada hikmah yang datang bersama.
“Memang ramadan kali ini sangat berbeza untuk kita semua. Bagaimanapun, puasa tetap puasa dan kita boleh lalui situasi ini dengan cara dan rutin baharu.
“InsyaAllah Ramadan kali ini lebih tenang dan bemakna apabila tidak perlu lagi terkejar-kejar dengan perkara lain di luar. Malah semua aktiviti sepanjang bulan mulia ini kita lakukan bersama keluarga.
Ads
“Cuma mungkin kita akan terasa dan rindu untuk solat terawih beramai-ramai di masjid sebagaimana kebiasaaan Ramadan sebelum ini,” akhiri Catriona.
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil zuriat ketiga.
Tya Arifin dan suaminya, Asyraf Khalid mengumumkan berita gembira itu melalui satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Hantaran tersebut memperlihatkan pasangan suami isteri itu sedang duduk santai sambil membaca surat khabar.
Video berkenaan memperlihatkan Tya memegang akhbar dengan paparan tajuk berita “Selamat Datang Anak Kecil”.
Manakala Asyraf turut memegang surat khabar dengan berita ‘baby is on the way’.
Melalui hantaran sama, Tya meminta para pengikut laman Instagram miliknya untuk meneka pengumuman yang ingin disampaikan olehnya. Ramai pengikut dapat meneka perkongsian berita gembira tersebut dan mengucapkan tahniah kepada anak dan menantu Dato Sri Siti Nurhaliza ini.
Khabar angin mengenai Tya berbadan dua mula dihidu ketika Tya memuat naik beberapa keping gambar ketika dia dan keluarga menghadiri konsert Love Is In The Sky pada 10 Ogos lalu.
Malah ramai pengikut di laman Instagram miliknya meneka Tya sedang hamil namun usahawan itu tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Malah ada di kalangan pengikut Tya di laman Instagram miliknya dapat menghidu kehamilan Tya apabila Dato Sri Siti Nurhaliza turut menyatakan dirinya bakal mendapat seorang lagi cucu.
Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7 tahun dan Azzahra Jiwa 5.
“Sentiasa doakan, jadi tulang belakang awak. Sokong apa jua perjuangan awak” Isteri Syafiq Yusof. Begitulah luahan seorang isteri yang sering mendoakan kejayaan buat suaminya.
Kehidupan berumah tangga perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna, memadai menerima kelemahan dan kekuatan pasangan seadanya.
Apabila setiap pasangan melihat kelebihan dan kekurangan masing-masing barulah harmoni rumah tangga kerana kita saling melengkapi antara satu sama lain.
“Sentiasa Doakan, Jadi Tulang Belakang Awak”
Bukan itu saja sebagai seorang wanita yang bergelar isteri juga akan menjadi penyokong setia suami.
Seperti mana yang dikongsi menerusi luahan di akaun Instagram, isteri kepada Pengarah Muda berbakat besar Syafiq Yusof, Aeisah Zainal sentiasa bersikap positif dan sering mendoakan yang terbaik setiap langkah yang dilakukan oleh suaminya terutama dalam bidang seni.
“MasyaAllah. Rezeki ada naik dan turun yang penting cinta kita sentiasa naik mekar mewangin hingga ke jannah Firdaus A’la.
“Alhamdulillah, InshaAllah September ni filem Abang Long Fadil 3, saya sentiasa doakan awak jadi tulang belakang awak,” tulis Aeisah.
Sentiasa Beri Sokongan
Ibu kepada dua cahaya mata ini yang juga menantu Datuk Yusof Haslam juga turut menyatakan dia sentiasa memberi sokongan kepada suaminya.
“Akan support apa jua perjuangan awak di dunia dan akhirat,” kongsi Aeisah.
Untuk pengetahuan filem terbaru arahan Syafiq Abang Long Fadil 3 akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia September depan.
Perut ‘baby bump’, Puteri Sarah nafi hamil “sedang bahagia. Doakan syaikul, Sumayyah dapat adik “. Heboh seketika di media sosial apabila pengguna laman sosial bercerita tentang bentuk perut pelakon Puteri Sarah yang kelihatan seperti hamil.
Sebelum itu di akaun laman sosial Instagram Puteri Sarah yang juga isteri kepada Syamsul Yusof membuat hantaran gambar yang memperlihatkan bentuk perut seolah-olah ‘baby bump’.
Namun pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerusi Harian Metro mengatakan dia tidak hamil seperti diperkatakan sebaliknya mengalami pertambahan berat badan.
“Saya tak hamil, tapi sekarang memang agak berisi sebab saya sedang bahagia.
“Doakan semoga Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.
“Sebenarnya, sejak kebelakangan ini mereka selalu cakap nak adik lagi.
Menerusi ruangan komen ibu kepada dua cahaya mata itu turut membalas komen pengikut.
“Tak nak diet nanti badan sekeping macam batang mop! Biar berisi tembam,” katanya.
“Macam Ni Pun Dah Cantik” Warganet
Menerusi ruangan komen warganet memuji kecantikan Puteri Sarah. Malah jika benar dia mengandung, mereka tumpang bahagia. Dan mendoakan kehidupan yang baik buat Puteri Sarah sekeluarga.
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, "terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar... Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke...