Kapal terbang terhempas di Hutan Amazon & Ibu mati, kisah 4 beradik 13-1 tahun bertahan hidup 40 hari di hutan sangat luar biasa. Mungkin ikhtiar kehidupan empat kanak-kanak ini boleh dijadikan contoh kepada kita semua.
Kisah bagaimana Allah mencipta alam, tumbuh-tumbuhan dan semua itu boleh dinikmati di bumi Tuhan. Ada beberapa ayat mengaitkan dengan tumbuhan yang hijau subur seperti surah Al-Araf ayat 58, surah Al Naml ayat 60 dan lain lagi untuk dinikmati sepuasnya tanpa ragu. Dan ia telah dimanfaatkan oleh empat beradik ini untuk terus bertahan selama 40 hari sebelum dijumpai oleh askar dalam keadaan kurus kering dan cuma sedikit kena gigitan serangga.
Perjalanan 4 beradik berusia 13-1 tahun yang mampu survive 40 hari di dalam hutan ganas Amazon di Colombia selepas kapal terbang yang keluarga mereka naiki terhempas sebelum mengorbankan ibu, pilot dan seorang lelaki mengejutkan dunia.
Pada usia mereka sekecil itu, di saat anak-anak kita mungkin masih mentelaah buku di asrama, main bermain games di telefon masing-masing namun kanak-kanak ini telah belajar “mengenai dunia”dalam cara mereka yang tersendiri. Ya meneruskan kelangsungan kehidupan yang mungkin orang dewasa juga tewas bila terhempas di dalam hutan Amazon yang sangat luas ini.
Ini kerana hutan Amazon merupakan hutan hujan tropika terbesar di dunia. Keluasan saiz hutan ini adalah seluas 6.7 juta kilometer persegi dan merangkumi lapan buah negara di benua Amerika Selatan iaitu Brazil, Bolivia, Peru, Ecuador, Colombia, Venezuela, Guyana dan Suriname serta sebuah wilayah luar negara Perancis, Guiana France.
Kakak kepada tiga beradik ini, Lesly Jacobombaire Mucutuy, 13 tahun dari golongan komuniti Orang Asli wajar diangkat sebagai super hero. Tanpanya, adik-adiknya mungkin sudah sama terkubur bersama jasad ibu mereka. Ini kerana dirinya telah menjaga adik-adiknya Soleiny Jacobombaire Mucutuy, 9, Tien Noriel Ronoque Mucutuy, 4, dan Cristin Neriman Ranoque Mucutuy, 1, dengan keadaan baik sebelum ditemui dalam keadaan dehidrasi, malnutrisi, dan mengalami jangkitan.
Difahamkan, selama hilang selama 40 hari di hutan hujan Amazon telah memaksa empat kanak-kanak orang asli ini hanya memakan biji-bijian, akar kayu dan tumbuhan demi kelangsungan hidup.
Ikhtiar hidup ini hasil pengetahuan daripada golongan komuniti Orang Asli di tempat mereka membesar.
“Kelangsungan hidup anak ini adalah tanda pengetahuan dan hubungan dengan persekitaran semula jadi yang dipelajari sejak dalam kandungan ibu mereka,” menurut Pertubuhan Kebangsaan Orang Asal Colombia (OPIAC).
Selepas nahas terjadi, empat beradik ini dikatakan tidak berpecah dan meneruskan perjalanan mencari jalan keluar sebelum ditemui pada Jumaat lalu.
“Anak-anak belukar’ gelaran diberi datuk mereka yang mana kanak-kanak ini memakan tepung yucca semasa atas pesawat dan mengais bungkusan bantuan makanan yang digugurkan oleh helikopter mencari.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Jika Sesat Ketika Mendaki Dalam Hutan Jangan Panik! Ikuti Langkah Berikut.
Gunung Berembun, Lokasi Akhir Nora Anne Ditemui Tersimpan Cerita Mistik Tersendiri
Misteri Kematian Nora Anne Terjawab, Berakhir Penderitaan Berhari-hari Dalam Hutan
Menurut jurucakap Pertubuhan Pribumi Kebangsaan Colombia (ONIC), Luis Acosta, kanak-kanak itu memakan biji-bijian, buah, akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang dikenal pasti boleh dimakan hasil pengetahuan dibesarkan di rantau Amazon.
Acosta yang mengambil bahagian dalam operasi mencari berkata, kanak-kanak ini disemai dengan ‘kuasa rohani’
Inilah yang persepsi yang dikongsi bersama di kalangan pemimpin Orang Asli dan Acosta menyatakan seorang penjaga akan ditempatkan di luar hospital tentera untuk membantu menemani ‘secara rohani’ ketika doktor merawat kanak-kanak itu.
“Kami mempunyai hubungan tertentu dengan alam semula jadi,” kata seorang lagi pemimpin ONIC, Javier Betancourt.
Semasa operasi mencari, tentera ditemani penjejak di kalangan Orang Asli selama 20 hari dan berjaya ditemui pada Jumaat lalu. Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Colombia, Ivan Velasquez Gomez, memberitahu wartawan dalam sidang media pada Sabtu bahawa empat beradik itu sedang dirawat di Hospital Tentera Persekutuan Bogota dan keadaan mereka stabil.
Pegawai tentera menyatakan bahawa keempat-empat mangsa itu sedang menerima sokongan pemakanan dan psikologi, lapor Washington Post.Sumber :- AFP/ Sinar Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.