Berita

Kanak-kanak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia

Share

“Saya baru dapat berita. Fahmi baru saja menghembuskan nafas terakhir. Ibu arwah baru ‘call’ saya tadi beritahu Fahmi dah tak ada.” Siti Farhani Mohamad Fikri

Itu ungkapan disahkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, memetik laporan Sinar Harian  sebentar tadi mengenai Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Murid Tahun 5 yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa telah menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.

Linangan Air Mata

Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP menghembuskan nafas terakhirnya pada jam kira-kira 11 malam.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/kanak-kanak-tercekik-gula-gula-kritikal-ibu-bapa-pilu-fahmi-sedang-berjuang-untuk-hidup/

Perkara itu disahkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33.

“Saya baru dapat berita. Fahmi baru saja menghembuskan nafas terakhir. Ibu arwah baru ‘call’ saya tadi beritahu Fahmi dah tak ada.

Menurutnya lagi, jenazah akan dikebumikan di kampung halaman nenek arwah di Permatang Binjai, Penaga, dijangka pada jam 11 pagi esok.

“Saya tidak ada di sana (HPP), jadi saya tak tahu maklumat lebih lanjut. Apa-apa saya maklum semula,” katanya.

Kelmarin media melaporkan, Mohamad Fahmi dilaporkan kritikal di HPP selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.

Mangsa sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikatakan meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas selepas dia dikatakan tersedak.

Bagaimanapun, ketika berjalan ke tandas, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,


MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

Memetik laporan Berita Harian, bapa ini berkata, kali terakhir dia dan isteri dapat melihat anaknya adalah  jam 8.30 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dan sudah pun berjumpa dengan doktor yang merawat anaknya itu.

“Anak saya tak menunjukkan tidak menunjukkan apa-apa perkembangan. Saya lihat air matanya bertakung seolah-olah menahan sakit. Doktor beritahu mereka sedang berusaha merawat dan  buat masa ini, dirinya  hanya bergantung kepada mesin bantuan oksigen.

“Jika tiada perkembangan, mereka akan hentikan pemberian ubat bagi melihat perkembangan seterusnya. Luluh hati saya, seorang anak yang ceria tiba-tiba dalam keadaan begini. Pada masa ini kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berserah kepada kuasa Allah SWT.

“Tragedi yang menimpa anak sulung kami ini amat mengejutkan, kami tiada daya menghalangnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini bersama isteri, Noraini Mohamad Isa, 37 dan adik, Siti Farhanim Mohamad Fikri, 33.

Mengulas lanjut Mohamad Fakhruddin berkata, sejak anaknya dipindahkan ke PICU HPP dari Hospital Seberang Jaya, dia tidak pulang ke rumah dan belum berganjak dari ruang menunggu kerana menantikan khabar gembira daripada doktor.

Katanya, dia cuba untuk lelap seketika namun terjaga apabila terdengar seolah-olah Muhamad Fahmi memanggilnya.

“Betul dan jelas kedengaran Muhamad Fahmi panggil saya ‘baba’, seketika kemudian barulah tersedar ia hanya mimpi atau perasaan saya.

Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bahaya Risiko Tercekik, KKM Beri Amaran KONJAK JELI Tak Sesuai Anak Bawah Umur 3 Tahun!

 

Published by
Rosmah Idayu