Berita

Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun ‘Selamat’ Bertunang, Ibu Bapa Nazar Ketika Di Arab Saudi

Share

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun ‘selamat’ bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Pertunangan itu atas persetujuan bersama kedua-dua buah pihak keluarga. Menerusi perkongsian satu video di Jakarta, Indonesia, tular rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di media sosial.

Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun ‘Selamat’ Bertunang

Majlis bertunang itu turut menerima pelbagai reaksi warga maya malah ada yang terkejut memandangkan dia masih budak.

“Ada yang berasa pelik, namun ia adalah perkara biasa di Madura,” kata seorang pengguna media sosial.

 

 

Artikel lain: Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi

Pemilik akaun @asiyah juga cuba berseloroh apabila menyatakan ada ibu bapa yang sudah menjodohkan anak mereka sejak masih dalam kandungan.

Ibu Bapa Nazar Ketika Di Arab Saudi

Klip tersebut yang dikongsi di TikTok jelas menunjukkan kanak-kanak itu yang memakai persalinan berwarna hijau hanya mendiamkan diri dan bersalaman dengan para tetamu ketika peristiwa unik di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur.

@massaki90 #tunangan
#happyengegement💍👫🙈💐💍😫😭❤️💗 semoga Sampek ke pelaminan dek 🤲🤗#madura #viraltiktok #fypシ #fypberandamuシ ♬ suara asli – ROHIB – R O H I B

Dia turut diberikan sebentuk cincin dan gelang emas.

Lagi artikel: Menyayat Hati, Keranda Merah Jambu Putih Bawa 22 Mayat Kanak-Kanak Terkorban

Menurut ibu bapanya, majlis pertunangan itu merupakan nazar mereka ketika di Arab Saudi.

“Kami membuat janji itu dengan bakal besan ketika bekerja di sana,” kata bapa kanak-kanak perempuan itu yang dikenali sebagai Haji Zahir.

Sumber: Sinar Harian

Baca lagi: Panjat Sofa Tepi Tingkap, Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Kuarters Hospital

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

 

 

 

 

Published by
Has