Bertuahnya anak syurga. Tiada siapa yang mampu menghalangnya dan hanya DIA yang merancang segalanya. Takdir Allah dijemput di Tanah Suci dengan usia 4 tahun.
Kita yang mendengar dan melihat rasa menitis air mata, apatah lagi keluarga ini yang menerima takdir penuh reda bila anak kesayangannya pergi buat selamanya di Tanah Suci.
Viral di media sosial apabila seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia di Madinah ketika sama-sama menunaikan umrah bersama ahli keluarga.
Perkongsian ini dimaklumkan oleh bapa saudara arwah iaiatu Afiq Zulhafiz Afiq di media sosialnya dengan memuat turun beberapa keping gambar arwah.
Dikatakan kanak-kanak perempuan yang mengerjakan ibadah umrah dikhabarkan jatuh sakit sebelum meninggal dunia dipercayai akibat demam panas dan jangkitan kuman.
Ads
Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul, 4 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Madinah dan dikebumikan di tanah perkuburan Jannatul Baqi Madinah yang terletak di dalam kawasan Masjid Nabawi.
Disolatkan & Didoakan Ribuan Jemaah Di Masjid Nabawi
Bertuahnya anak syurga ini kerana telah disolatkan dan di doakan oleh ribuan jemaah di Masjid Nabawi.
Arwah Nur Alesha dimakamkan di Jannatul Baqi’, berdekatan dengan Ahli Bait Baginda Rasulullah, bahkan hanya berjarak beberapa Meter dengan Makam Baginda Rasulullah bersama sahabat Sayyidina Abu Bakar As Siddiq dan Sayyidina Umar Al Khattab
Setiap hari, ratusan bahkan ribuan umat islam akan berebut-rebut masuk ke Baqi’ untuk mendoakan ahli Baqi’.
Tiap hari Alesha akan didoakan. Tiap hari Alesha akan diziarahi jemaah yang datang dari seluruh penjuru dunia.
Ads
Kematian yang benar-benar dicemburui dan dialah anak syurga yang terpilih.
Berbahagialah dan bergembiralah di sana sayang, bermain dan berlari2lah bersama Wildan Syurga yang lain. Nantikan orang tuamu di pintu syurga ya. Insya Allah kami juga bakal menyusulmu.
Nur Alesha Ammara Binti Mohamad Amirul 4 Feb 2019 – 14 Feb 2023
Mingguan Wanita : Anak syurga yang terpilih. Beruntunglah ibu bapanya. Mungkin cukup perit untuk terima kenyataan tapi percayalah dia ‘di sana’ menanti dengan penuh bahagia.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Zaman sekarang ini ada mak-mak yang siap hantar kedai sebab malas nak lipat kain. Bukan nak membazir duit tapi kalau kain baju pun dah nak macam kubu perang, upah orang melipat lagi bagus.
Ini ikut poket masing-masing lah ya. Sekurang-kurangnya mata tak sakit dan kain baju tak berlonggok dan menimbun.
Haaa… tetapi ada juga mak-mak yang jenis letak dalam bakul siap-siap. Hujung minggu baru tarik bakul sebab nak lipat. Ok lah daripada main longgok atas sofa!
Jangan biasakan ya mak-mak walau suami OK je, seeloknya mak-mak cuba cari jalan macam mana nak selesaikan masalah kain baju ni secepat mungkin. Atau mak-mak boleh ikut idea yang dikongsikan kali ini…
Idea Lipat Kain Baju
Baju dan Seluar
Tudung dan Shawl
Pakaian Dalam
Peraturan Lipat Kain
1. Letak phone jauh-jauh, kalau melipat kain sambil main phone memang hasilnya kelaut. Kerja yang patut settle 15 minit pun boleh bertukar sejam kalau hadap phone.
2. Asing dulu kain besar dan kecil ikut kategori. Lepas itu, sila fokus kain besar-besar dulu. Yang ecil-kecil pungut letak BOX.
3. Gantungkan kain baju yang patut digantung, contoh mudah jubah, baju kurung dan kemeja suami. Haaa… tak payah lipatlah kemeja, senang nak gosok kalau dah gantung.
4. Boleh lipat cara gulung dan masukkan dalam kotak. Kemudian masukkan dalam laci almari.
Ok, kalau nak kemas dan cantik mak-mak boleh tiru cara lipat kain guna Teknik KonMari. Nak tahu apa itu Teknik Konmari boleh baca artikel ini:
Lelaki ini, Fawwaz Johari berkongsi tip penjimatan bil elektrik yang dilakukan di kediaman 2 tingkat yang telah dipasang ‘Smart Meter’. Katanya, rumahnya juga mempunyai 4 buah bilik dengan setiap bilik ada alat penghawa dingin dan 2 aircond di ruang tamu.
Bil Elektrik Rumahnya Di Melaka Antara RM40 Ke RM70 Sebulan
Viral hari ni (ketika statusnya dimuatnaik) di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan ‘Smart Meter’ yang baru menggantikan meter TNB yang lama.
Saya adalah salah seorang pekerja TNB. Posting saya ini bukanlah bertujuan untuk menjawab atau menjelaskan mengenai ura-ura bil elektrik yang dikatakan meningkat tersebut. Namun hanya untuk kongsikan kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda.
Ingin saya nyatakan disclaimer disini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.
Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.
Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30.
Bagaimanakah kami lakukannya?
9 Cara Jimatkan Bil Elektrik Di Rumah 2 Tingkat Ber’Aircond’
Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.
1. Gunakan Teknologi Inverter
Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter.
Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.
Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
2. Peralatan Elektrik Berstatus “5 Bintang”
Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang.
Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.
3. Tidak Menggunakan Alat-alat Pemanas Elektrik
Di antara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah: - pemasak nasi elektrik - cerek air elektrik - water dispenser
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air.
Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.
4. Menggunakan Lampu LED
Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
5. Mencabut Plug Selepas Menggunakan Alat Elektrik
Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.
Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ Di Bumbung
Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar.
Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.
7. Menanam Pokok Di Dalam Dan Luar Rumah
Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
8. Penggunaan Elektrik Penghawa Dingin Dapat Dikurangkan Dengan Suhu Sekeliling Yang Rendah
Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
9. Kegigihan Mak Ayah, Anak-anak Dapat Nikmati Udara Sejuk Semulajadi
Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di Melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.
Selamat bernikah 5 November lalu, pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose sama cantik sama padan. Tahniah diucapkan buat pelakon, Kamal Adli, 35, dan pasangannya Uqasha Senrose, 29 yang telah selamat diijabkabulkan.
Pasangan yang sebelum ini telah mengemparkan peminat apabila Kamal membuat kejutan melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah Meletop Era 2020 kemudiannya telah mengikat tali pertunangan pada April lalu.
Selamat Bernikah 5 November Lalu
Kali ini peminat sekali lagi dikejutkan apabila pasangan ini mengakui sudah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan secara tertutup pada 5 November lalu. Seperti mana yang dipetik menerusi portal Astro Gempak, Kamal sah bergelar suami kepada Uqasha dengan dua kali lafaz.
Pasangan ini juga telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin disisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.
Mas Kahwin RM22.50
Seperti yang difahamkan, Kamal telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM22.50 sebagai mas kahwin. Pengantin perempuan juga turut menerima tujuh dulang hantaran dibalas tujuh dari pihak pengantin lelaki pula.
Antara mereka yang hadir pada majlis yang bertemakan dalam taman antaranya adik beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang. Selain itu pasangan juga diraikan dengan kehadiran 100 tetamu yang terdiri dari sanak saudara dan kenalan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.