Kanak-kanak 3 tahun main skuter depan rumah meninggal dirempuh 4WD, meraung saksi kejadian. Tragedi menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang sedang bermain skuter berhampiran kawasan perumahan sebelum dirempuh sebuah kereta pacuan 4×4 tular di media sosial.
Kanak-Kanak 3 Tahun Main Skuter Depan Rumah Meninggal Dirempuh 4WD
Dalam kejadian di taman perumahan, Eco Spring, Johor Bahru yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kediaman berdekatan lokasi kejadian memperlihatkan sebuah kenderaan trak pikap berwarna hitam dilihat sedang memasuki sebuah lorong jalan di kawasan tersebut yang ketika itu turut dilalui oleh kanak-kanak tersebut.
Tidak lama itu, dilihat kenderaan merempuh kanak-kanak itu sebelum terdengar raungan dan jeritan dari wanita dipercayai ibu kanak-kanak ini.
Ibu Meraung Saksi Kejadian
Dalam pada itu memetik laporan Bernama, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian pada jam 6.30 petang Jumaat lalu itu dan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.
Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pakaian rasmi Olimpik dikecam teruk, Hannah Yeoh perjelas ia bukan untuk perbarisan perasmian. Baju rasmi Olimpik Malaysia menerima kritikan teruk dari warganet.Tidak hanya dikatakan rekaan agak teruk malah cara ia diperkenalkan turut menerima kritikan.
Ini kerana negara lain yang bertanding di Sukan Olimpik 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini dilihat memperuntukkan sejumlah besar wang bagi memperkenalkan negara mereka tapi Malaysia dilihat “terkebelakang” dengan hanya menggunakan patung sebagai memperkenalkan baju rasmi Olimpik 2024.
Pakaian Rasmi Olimpik Dikecam Teruk
Pakaian rasmi Olimpik 2024 yang menerima kecaman dari warga Malaysia yang disifatkan seperti rekaan kanak-kanak sekolah.
Hannah Yeoh Perjelas Ia Bukan Untuk Perbarisan Perasmian
Di sebalik isu yang terus menerima kecaman ramai, semalam Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi penjelasan bahwa pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Hannah Yeoh berkata, terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung pendekatan kepimpinannya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin, memandangkan semua menteri mempunyai cara tersendiri untuk mengemudi kementerian.
“Masa zaman beliau (Khairy) itu cara beliau dan setiap pemimpin mempunyai cara berlainan. Saya hormati MOM sebagai pemegang taruh. Baca komen (ada) ingatkan ini baju perbarisan (namun sebenarnya) sudah ada (lain) untuk atlet. Kami dah maklumkan pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada (Presiden MOM) Mohamad Norza.
“Kita perlu hormati MOM dan kontrak penajaan mereka dengan Yonex dan saya serahkan ini kepada Mohamad Norza dan percaya beliau mampu untuk selesaikan (supaya) bila ke Paris kita berjalan (sebagai) satu pasukan (dan) orang tak nampak ini MOM, ini KBS (sebab) kita semua bawa nama Malaysia,” katanya selepas melancarkan Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC) semalam.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Puteri Sarah ajar wanita kena jadi bijak, pasang peguam untuk tutup mulut orang suka menyalak. Pasti ramai tahu kemelut rumahtangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof.
Dua hari lalu ketika perbicaraan kes mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, dirinya meminta dilepaskan secara baik selepas mengetahui suaminya mengahwini Ira Kazar namun Syamsul mengambil pendekatan berbeza di mana dirinya enggan menceraikan Sarah.
Dalam pendirian mengenai hal ini, Puteri Sarah menegaskan, memohon agar suaminya itu melepaskannya dengan cara baik.
Katanya, dia tidak melihat adanya lagi harapan dalam perkahwinan mereka.
“Dia (Syamsul) kata masih ada sinar. Sedangkan saya masuk hospital baru-baru ini pun dia tak datang jenguk… sinar apa? Tegasnya.
Kemelut rumah tangga pasangan itu masih belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengarahkan kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.
Puteri Sarah Ajar Wanita Kena Jadi Bijak
Di sebalik isu ini, timbul dakwaan dari seorang individu yang bahawa Syamsul sebenarnya mahu menceraikan Sarah. Namun tidak berbuat demikian kerana isu harta sepencarian yang bakal timbul. Bahkan dirinya meminta agar Puteri Sarah meneruskan perjuangannya.
Ternyata isu ini mendapat perhatian pantas dari Puteri Sarah yang mana dirinya menulis,
“Sebab tu pasang lawyer untuk orang-orang yang suka menyalak macam ni,”tulisnya.
Pasang Peguam “Untuk Tutup Mulut Orang Suka Menyalak”
Ya, dalam erti kata lain, wanita sebenarnya kena bijak menuntut hak mereka dalam harta sepencarian selama berumahtangga itu. Selebihnya menyerahkan kepada peguam yang bijaksana untuk melaksanakan tugasan itu. Ia dilakukan demi menutup mulut orang yang suka menyalak dari luar, jelasnya.
Penularan video-video lucah di kalangan remaja di zaman teknologi ini semakin membimbangkan. Apatah lagi apabila gadjet senang didapati dan internet pula hanya di hujung jari.
Saksikan kisah benar seorang gadis remaja yang menonton video lucah pada usia seawal 11 tahun dan keterujaannya serta penyesalan dalam meneroka “hubungan seks” bersama beberapa pasangannya.
KFC tak pernah masuk dalam senarai, pengerusi BDS Malaysia perjelas salah faham masyarakat kempen boikot. KFC menjadi mangsa kempen boikot barangan Isra Hell.
Sejak dulu lagi KFC menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia kerana keenakan ayam gorengnya. Namun sejak kempen boikot barangan Isra Hell, KFC menerima tempias di mana restoran makanan segera ini kelihatan kosong hingga ada beberapa cawanganya ditutup kerana kekurangan pelanggan.
KFC Tak Pernah Masuk Dalam Senarai
Namun percaya atau tidak, selepas hampir ranap bisnes makanan segera ini, pengerusi BDS cawangan Malaysia, Prof Nazari Ismail dalam kenyataan di fb semalam memberikan kenyataan mengejutkan kerana menurutnya KFC tidak pernah masuk dalam senarai kempen boikot. Begitu juga dengan McD Malaysia.
Dalam satu hantaran di fbnya, ini jawapan Prof Nazari Ismail mengenai kempen boikot terhadap KFC.
Pengerusi BDS Perjelas Salah Faham Masyarakat Kempen Boikot
Jawapan Pengerusi BDS mengenai KFC:-
Utk makluman, KFC TIDAK pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia.
Kami TIDAK pernah kempen rakyat Malaysia utk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.
McD pun dulu tak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai bila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.
Seluruh dunia marah kpd McD sebab tindakan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.
Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama, dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot.
Tetapi saya dapati ada customer yang merungut dan tak mahu beli lagi kerana mahal dan bukan kerana isu Palestin pun. Ini satu laporan yg berkaitan:
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...