Kanak-kanak 12 tahun korban terkini strok haba, bapa kongsi simptom awal anak demam tak berpeluh. Dunia kala ini diuji dengan kemarau. Dan ia turut dirasai oleh negara kita di mana suhu adakalanya mencecah sehingga 33-37 darjah selsius. Bahangnya sangat terasa sehingga ramai yang lebih rela berkurung di dalam rumah dari keluar berjalan-jalan.
Jika minggu lalu, kita dikejutkan dengan kematian dua orang kanak-kanak akibat strok haba, terkini seorang lagi kanak-kanak menjadi korban terbaru strok haba.
Memetik laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun di daerah Kluang meninggal dunia semalam selepas disyaki mengalami simptom strok haba.
Kanak-Kanak 12 Tahun Korban Terkini Strok Haba
Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini kira-kira jam 7 pagi.
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.
Katanya, pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.
“Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.
“Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu,” katanya.
Ads
Bapa Kongsi Simptom Awal Anak Demam Tak Berpeluh
Menurut Syahrol, dia menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
“Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.
“Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.
Katanya, jam 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK supaya membeli lampin pakai buang buat anaknya namun tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.
“Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak,” katanya.
Ads
Katanya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat.
“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Katanya, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini sudah stabil dan masih berada di wad HEBHK.
“Anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor,” katanya.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cucu ke anak, wajah awet muda buat ramai tak sangka Nazseli Ngasri sudah ada 2 cucu. Atok, gelaran yang sering diberi kepada mereka yang mempunyai cucu. Agak biasa jika wajah atuk agak tua tetapi jarang sekali kalau terjumpa atuk yang mantain muda.
“Cucu Ke Anak?”
Bagi yang membesar dengan keluarga seni Ngasri Sain dan Habibah Jaafar pasti mengenali empat anaknya iaitu Nazseli, Bell, Datin Anne dan Darling Ngasri yang mana kesemuanya masih aktif dalam dunia lakonan serta kerja-kerja di belakang tabir kerja penerbitan hingga kini.
Paling diingati pastinya Bell kerana lakonannya yang agak selamba dan banyak watak-wataknya yang bersahaja hingga menjadi ikutan anak muda. Berbanding adik beradiknya yang lain yang lebih selesa di belakang kamera dan kerja penerbitan, hanya Bell Ngasri yang dilihat masih aktif berlakon hingga kini.
Wajah Awet Muda Buat Ramai Tak Sangka Nazseli Ngasri Sudah Ada 2 Cucu
Bahkan kerana wajah mereka agak awet muda hingga digelar keluarga awet muda oleh pengikutnya, mungkin ramai tidak menyangka bahawa ada antaranya sudah mempunyai cucu. Apa pun muka atok masih maintain muda hingga ramai bertanya ini anak ke cucu.
Inilah pengalaman dilalui oleh Nazseli Ngasri yang sudah punya cucu iaitu Adriel dan Ayva Aria yang baru dilahirkan hampir dua bulan lalu. Di sebalik perkongsiannya itu, masih ramai yang teruja kerana wajah atuk dan Oyang (panggilan buat isterinya) masih maintain muda hingga ramai yang bertanya apa tips awet muda yang mereka adik beradik gunakan.
Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya? Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika sudah tertulis ketentuan jodoh dengan cikgu sendiri, tiada siapa yang mampu menidakkannya.Malah cinta memang tidak mengenal usia dan buktinya Akmal Yusof, 22 memilih bekas gurunya sendiri, Suzana Isa yang berusia 47 tahun sebagai pasangan hidup.
Akmal yang menetap di Taman Medan Indah di sini berkata, dia dan Suzana selamat diijabkabulkan pada akhir November lalu di Pejabat Agama Kota Tinggi.
Isteri Guru Kegemaran
Berkongsi kisah perkenalan mereka, Akmal yang juga seorang pengurus dan pengasas sebuah kafe berkata, Suzana mengajar mata pelajaran Sains Sukan ketika dia di Tingkatan Lima dam ketika itu hubungan mereka tidak lebih daripada seorang guru dan pelajar.
“Isteri adalah guru kegemaran saya ketika di sekolah dan dia disayangi pelajar kerana sikapnya yang mesra. Itu membuatkan saya sukakannya tetapi tidak sampai ke tahap ada perasaan cinta.
“Tamat persekolahan, saya terputus hubungan dengan beliau selama beberapa bulan tetapi berhubung semula selepas itu atas dasar kerja urusan perniagaan yang dijalankan bersama,” katanya ketika dihubungi.
Mulakan Langkah Pertama
Lama kelamaan kata Akmal, timbul rasa cinta antara mereka berdua sehingga menjalin hubungan lebih serius.
“Februari tahun lalu, saya mulakan langkah pertama dengan menghadiahkan cincin ketika ulang tahun kelahirannya.
“Saya beranikan diri luahkan perasaan dan tak sangka, dia terima jadi kami sepakat menghalalkan hubungan dengan berumah tangga.
“Alhamdulillah, keluarga kedua-dua pihak menyambut baik hasrat kami untuk berkahwin walaupun jurang umur yang jauh antara kami,” katanya.
Sikap Penyayang & Ambil Berat
Bercerita lanjut, Akmal berkata dia tertarik dengan Suzana kerana isterinya itu seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya.
“Sebelum berkahwin hingga kini, isteri tetap sama iaitu sentiasa ambil berat mengenai saya. Itu yang menguatkan lagi cinta dan keserasian antara kami.
“Saya bersyukur dijodohkan dengan wanita sepertinya malah tidak anggap umur sebagai penghalang sebaliknya percaya ajal maut dan jodoh pertemuan sudah diatur sebaiknya oleh Allah SWT,” katanya.
Sementara itu, Suzana mengakui keluarga pada mulanya agak ragu ketika dia menyuarakan hasrat berkahwin dengan Akmal yang juga bekas anak muridnya.
Ketentuan Takdir
Bagaimanapun Suzana berkata, dia cuba yakinkan keluarga yang akhirnya menerima pilihannya malah menganggapnya sebagai takdir.
“Mulanya rasa janggal juga kerana saya lebih berusia daripadanya (suami) jadi tahap kematangan kami tentunya berbeza.
“Namun saya cuba tetapkan dalam minda setiap hari yang dia (Akmal) adalah suami dan saya pula isteri jadi perlu belajar mengawal ego.
“Jika ada masalah, kami akan cuba berbincang dan saya terpikat dengan suami kerana dia pandai mengambil hati, bijak memujuk jika saya merajuk serta suka beralah,” katanya yang masih bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini.
Mingguan Wanita : Jika sudah tertulis ketentuan jodoh dengan cikgu sendiri, jarak usia bukanlah satu halangan. Tahniah buat pasangan ini, selamat berbahagia dan semoga perkahwinan dibina berkekalan hingga ke syurga.
Kematian 4 beradik dalam kebakaran rumah, polis siasat unsur kecuaian ibu bapa. Kematian empat beradik akibat lemas asap dalam kebakaran rumah mereka di Muar semalam cukup menyebakkan. Difahamkan, ibu kepada empat kanak-kanak ini baru keluar kurang 10 minit sebelum kebakaran terjadi.
Anak-anak syurga ini, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 sudah selamat dikebumikan malam tadi di Muar, Johor.
Kematian 4 Beradik Dalam Kebakaran Rumah
Dalam pada keluarga ini masih bersedih dengan ujian kehidupan ini, pihak polis mengesahkan akan melakukan siasatan secara menyeluruh termasuk jika terdapat unsur kecuaian dalam penjagaan anak-anak kecil ini.
Polis Siasat Unsur Kecuaian Ibu Bapa
Memetik laporan Sinar Harian, siasatan polis berhubung kematian empat beradik dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu, akan dilakukan secara menyeluruh termasuk dari aspek kecuaian.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya kini masih menunggu proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 2.30 petang Khamis, selain masih menunggu laporan forensik bomba berkaitan punca kebakaran.
Katanya, sebaik laporan diterima kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.
“Bagaimanapun, siasatan awal setakat ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas dari bahagian dapur namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, pada Khamis.
Sebelum itu, empat beradik berusia antara lapan hingga tiga tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira jam 7.49 malam, Rabu.
Pasangan adik-beradik tersebut dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 maut dalam kejadian berkenaan.
Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.