Sempena sambutan hari lahirnya, pelakon Linda Rafar telah berkunjung ke sebuah hospital yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam untuk menghulurkan sedikit sumbangan.
Malah menerusi hantaran sebuah video perkongsian di laman Instagramnya, Linda juga menerangkan kepada umum dia tidak mempunyai masalah dengan pihak hospital tersebut.
Tahun lalu pernah gempar apabila Linda memuat naik sebuah perkongsian di laman sosial berasa kesal dengan layanan seorang jururawat ketika arwah ibunya masih dirawat di sebuah hospital yang terletak di Shah Alam.
Perkongsian Linda merungkai pelbagai persoalan masyarat terutama netizen tentang isu tersebut.
“Special video for all my followers
“Allahuakbar…
“Bismilahirahmannirrahim…
“Perjalanan hidup ni. Setiap hari ini la tempat yg linda serta adik bradik datang setiap hari untuk jaga arwah mak.
“Sempena hari kelahiran linda 11/2/1978 Linda dengan rasa rendah hati ingin memberi tahu kepada semua masyarakat serta netizen kat luar sana yang linda tidak pernah ada apa-apa masalah dengan pihak hospital seksyen 7 Shah Alam.
“Kami tidak pernah bergaduh atau saman menyaman apa yang berlaku di luar sana adalah pihak yang menangguk di air yang keruh. (cukup la itu yang linda ingin jelas kan).
“Syukur alhamdulilah kedatangan Linda pada petang tadi di sambut dengan penuh keceriaan, segala keikhlasan ,tujuan serta niat adalah utk Di Sedekah kan pahala ini khas utk arwah mak (Rasimah binti Abd rahman) ..
“Terima kasih kepada YBrs. Dr. Ruzita binti Othman selaku Pengarah Hospital Shah Alam, Pn.Fara Wahida binti abdul Basitt selaku Timbalan Pengarah (Pengurusan), Pn.Nurul Hanan Abdullah sebagai Penolong Pengarah Kanan dan Suganthe a/p Balakrisnan selaku Pegawai Perhubungan Awam Hospital Seksyen 7 Shah Alam,” tulis Linda.
Sambung Linda, “Kepada barisan hadapan kami, terima kasih atas segala yang anda lakukan. Pengorbanan anda dalam malam tanpa tidur dan jadual harian yang tidak teratur memerlukan kekuatan yang amat tinggi.
“Terima kasih kerana berperanan besar dalam membendung wabak COVID-19 ini. Ramai pesakit telah anda bantu dari awal sampai akhir. Bantuan yang diberi kepada kami semua seolah-olah anda berjalan dalam api untuk menyelamatkan kami semua.
“Kami mengucapkan terima kasih atas kekuatan, dedikasi dan kasih sayang anda. Moga doa Linda ini kembali kepada anda..amiin”.
Baca Disini Juga:
Selepas 6 Tahun, Linda Rafar Jumpa Diari Arwah Memen ‘Ada Nama Adik-Beradik..’
“Linda Dah Buat Yang Terbaik Untuk Mak….” Lambaian Terakhir Seorang Ibu
‘Kebas Kaki Tangan Hingga Sukar Bergerak..’ Linda Rafar Mohon Doakan Kakak
Sumber/Sumber Foto: Instagram Linda Rafar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita