Hiburan

“Kami Tidak Lagi Bertiga..”, Shaheizy Sam Umum Kelahiran Anak Kedua

Share

Alhamdulillah dan tahniah buat pasangan pelakon Shaheizy Sam,36 dan Syatilla Melvin 27 yang baru sahaja mengumumkan telah mendapat anak kedua. Pelakon Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pukul 9.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Berita gembira tersebut dikongsi di laman Instagram miliknya yang berkongsi gambar ketika berada di dalam bilik bersalin dengan meluahkan rasa syukur kerana keadaan bayi sihat dan selamat, serta berterima kasih dengan kehadiran suaminya, yang menemani disisi saat kelahiran.

Tidak Lagi Bertiga

Menerusi Instagram Shaheizy Sam pula, pelakon Polis Evo 2 ini turut memuat naik beberapa posting memberitahu mereka kini tidak lagi bertiga dan kini sudah mempunyai empat ahli keluarga.

‘Hadiah’ Hari Lahir Mommy

Bukan itu sahaja, istimewanya anak perempuan yang baru lahir ini juga berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan ibu Sam, Khaty Fauziah iaitu 17 April. Sambil berseloroh, Sam menyatakan kelahiran anaknya merupakan ‘hadiah’ hari lahir buat ibu tersayang yang tak dapat dijual beli.

Rakan Artis & Followers Ucap Tahniah

Para followers dan rakan artis turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua pasangan ini. Antaranya Uyaina Arshad, Puteri Aishah, Chef Zam, Fadzil Zahari, Tya Arifin, Rebecca Nur Al Islam, Azza Elite, Sharnaaz Ahmad, Yana Samsudin, Ghaz Abu Bakar, Pablo Amirul dan ramai lagi.

Terdahulu, Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy 2 tahun.

MW: Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran anak kedua. Semoga ibu dan bayi kekal sihat serta dipermudahkan sepanjang tempoh berpantang.

Sumber : Syatilla Melvin , Shaheizy Sam

Published by
Suhaidah Abd Wahab