“Kami Tak Tidur, Berhenti Rehat Beli Makanan.” Gadis Terselamat Kebocoran Gas Ceritakan Kisah Sebenar

Share

“Kami tak tidur, berhenti rehat beli makanan.” Gadis terselamat kebocoran gas ceritakan kisah sebenar apakah yang berlaku pada hari tragedi tersebut.

 Tentu ramai yang ingat tragedi yang menimpa tiga penuntut kolej yang meninggal dunia di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Samagagah, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku pada September 2020, itu mendapat perhatian ramai susulan pemergian tragis tiga penuntut kolej dalam sekelip mata.

Tidak dapat bayangkan bagaimana sekumpulan anak muda ini baru saja menghabiskan waktu bersama dan akhirnya tiga daripadanya pergi tanpa diduga.

Kami Tak Tidur

Menurut kisah yang tersebar, keempat-empat mereka difahamkan singgah ke stesen minyak itu untuk berehat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang.

Peristiwa sedih ini pasti saja menggamit memori, apatah lagi bagi Nor Aqilah Mohd Safwan iaitu satu-satunya mangsa yang terselamat.

Malah, atas rasa rindu yang mendalam kepada kakak kembar dan dua rakan yang telah pergi membuatkan Nor Aqilah mencoretkan kenangan di dalam sebuah video.

@qillmynameJust to remember ‘)♬ best buddies x traitor – ejaeja

Berhenti Rehat Nak Makan

Dalam masa yang sama, menerusi video yang dikongsikan, Nor Aqilah menjelaskan mereka berempat tidak melelapkan mata seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

“First of all, kami tidak tidur. Just stop kejap beli makanan, masuk dalam kereta terus tidak ingat apa dah.

“Kami cuma stop kejap sebab nak beli makanan je. Tak ada cakap letih nak tidur, “ kongsinya.

@qillmyname Reply to @raiden10m ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Gadis Terselamat Kebocoran Gas Ceritakan Kisah Sebenar

Mengingati kembali detik kejadian, menurut Aqilah, saudara kembarnya Nor Adilah (pemandu) tinggal seorang di dalam kereta selepas dia membantu rakan mereka, dan Sharifah Fariesha dan Ayuni Shazwanie membawa makanan dan minuman yang dibeli.

Kata Aqilah, selepas berkumpul semula di dalam kereta, mereka berempat berbual dan tiada seorang pun yang tertidur kerana tujuan asal berhenti adalah untuk makan sahaja.

Mengimbau kembali saat itu, katanya sepanjang koma dia bermimpi kakaknya, Nor Adilah memberitahu dia pengsan di sebuah pulau.

Lepas masuk kereta, ada borak sekejap lepas itu tak ingat.

@qillmyname Reply to @kamalakasyah ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Artikel Berkaitan: 

Walau On Aircond, Tingkap Kereta Dibuka, Risiko Keracunan Gas Monoksida Tetap Ada

Mungkin Berlaku Kebocoran Gas, Seorang Petugas Kesihatan Meninggal & Tiga Pengsan Dalam Ambulan

“Teringatkan Suami Di Kampung Jadi Petanda.” Sedih Hilang Dua Orang Tersayang Dalam 48 Jam

Tahu Kisah Sebenar

“Bangun buka mata sahaja sudah ada di hospital,” jelas Nor Aqilah.

“First thing yang keluar dari mulut saya “kakak di mana?,” katanya mengakui tidak mengingati apa yang terjadi semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU.

Sehinggalah dipindahkan ke wad biasa, baharulah bapanya memaklumkan berita duka bahawa kakak kembar dan dua rakan yang lain sudah tiada.

“Siapalah mampu menolak takdir, hanya mampu reda meneruskan hidup. Al-Fatihah buat sahabat syurga saya,” titipnya.

@qillmyname Reply to @jue1110 ♬ Kamu Dalam Kenangan – LeeSG

Keracunan Gas Monoksida

Polis mengesahkan punca kematian adalah disebabkan terhidu gas karbon monoksida hingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ berfungsi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata keputusan itu berdasarkan laporan bedah siasat yang dimaklumkan kepada pihaknya.

Shafee berkata, laporan bedah siasat yang diterima pihaknya mendapati pelbagai organ ketiga-tiga mangsa gagal berfungsi akibat keracunan karbon monoksida.

Jelasnya, kenderaan dinaiki empat sahabat berkenaan mengalami kebocoron di bahagian ekzos kereta hasil pemeriksaan seorang juruteknik.

Pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran kerana bahagian ekzos mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

Katanya, kebocoran itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri kerana terhidu gas yang keluar dan masuk ke dalam kereta.

Mingguan Wanita : Sesungguhnya kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Apatah lagi menghadapi kehilangan kembar dan dua sahabat sekelip mata. Semoga Nor Aqilah terus kuat menghadapi ujian dan tabah melalui hari-hari mendatang. Al-Fatihah buat allahyarham Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Safwan.

Sumber : SinarPlus, TikTok qill

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

Published by
Syazwani Mehat