Pengakuan Faiz Roslan di media sosial menyatakan dirinya tidak berpuasa, mengundang rasa marah ramai pihak. Sesetengahnya menyifatkan tindakannya itu melampau dan tidak menghormati bulan puasa. Selebriti Azza Elite atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari juga menyatakan kebimbangannya tentang tindakan anak muda itu,
Luahan itu dikongsikan dalam instagram miliknya yang mana ramai selebriti memberikan maklumbalas tentang postingnya itu. Sebelum ini, Faiz Roslan dikenali dengan video parodinya yang viral dan mendapat teguran daripada selebriti dan ahli agama. Yang mana, parodi itu tidak seharusnya dimuat naik kerana tindakannya seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadhan.
“Sebelum tu ku minta maaf sebab tegur mu eh Faiz! U watch out ! Allah bagi kelebihan femes ! femes ek ? I don’t understand why people make u femes with idiot behaviour! Adik oh adik ko jangan wat gitu dik! Mana malu ko dengan Allah! Ko bangga ko tak solat .. ko bangga ko tak puasa .. Astaghfirullah! Nape mu gitu
?”“Jangan sampai Allah tarik nikmat kita dik. Sharnaaz tegur ramai bekap! Padahal apa yang Sharnaaz cakap tu memang benar belaka. Aku dengar ko menjawab ko siap! Ni aku pulok cakap!
“Panas hati aku bila orang permainkan Allah. Kami pun pernah muda. Pernah femes dari ko ok! Tapi kami takut nak permainkan Allah. Kami tegur sebab rasa kamu perlu di tegur! Pe pun aku doa semoga Allah beri hidayah buat kamu semoga kamu menjadi orang baik baik.”
Azza juga mempersoalkan mengapa netizen memberi ruang kepada Faiz Roslan untuk menjadi terkenal.
“Tolonglah gais! Kenapa bagi orang orang macam ni femes! Dia cakap dia tak puasa sebab dia tak solat. Korang nak tegok dia pergi tengok kat fb Azza Rima.
“Kita hamba Allah dik bukan hamba IG.”
“Tolong unfollow dia, kalau tidak lagi menjadi jadi.”
Akui Azza dia juga bersependapat dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang menegur Faiz Roslan secara terbuka.
“Cakap baik baik, pujuk tak makan saman budak ini. Berani sangat sangat dah dia. Orang sampaikan, orang tegur, sembunyi sembunyi tak jalan. Bukan suka suka nak marah ko.”
“Tapi bersebab! Kami perempuan if tak puasa pun malu nak cakap tak puasa. Kau? Bangga nau nau. Kalau tak tegur, esok Allah tanya kenapa tak tegur? Al least habis dah bahagian kami
.“Kenapa tegur terang terangan? Sebab dia ni tegur sembunyi tak jalan dah. Kalau ya pun nak femes jangan sampai permainkan puasa dan solat. Kami pun tak baik dik. So sama samalah perbaiki.
Doa Azza untuk Faiz, “Moga Tuhan beri kamu kesempatan. Sebelum ditarik nikmat yang kamu ada sekarang.
“Kamu kan femes. Jika kita tak puasa kita jangan upload video makan di bulan puasa dik. #penghinaan ramadhan.
“Jangan sombong dengan Allah. Kalau dengan ulama pun kamu tak nak dengar. Kamu nak dengar dari siapa.”
Dan teguran Azza ini mendapat bermacam maklum balas ada yang menyokongnya tak kurang juga yang mengecamnya. Mereka yang membidas pandangan Azza mula mempersoalkan kisah silam bekas penyanyi kumpulan Elite itu.
“Yes. Saya seorang penyanyi dan pelakon. 22 tahun yang lalu, kehidupan saya tak tentu arah. Betul.. banyak kejadian yang buat saya berubah.”
“Antaranya Allah hantar teguran dari netizen! Saya risau sebab saya ada mak ayah. Dan teguran netizen buat saya banyak merenung sampai bila saya nak macam tu. Ada satu teguran yang buat saya berubah. Teguran dari Allah. Buat saya terus nak ubah dari segala segi.
“So pada yang cakap Kak Za pun nari lah terkinja.. tu dulu dik! Dan itu adalah pekerjaan! Bukan nari bodoh bodoh! Itu kehidupan Kak Za yang lalu. Kak Za kalau boleh nak ubah masa supaya Kak Za bukan yang itu
.“Tetapi Kak Za yakin. Kehidupan masa lalu adalah pengajaran agar kita ubah diri kita supaya jadi yang lebih baik. Orang tegur jangan sombong! ambil la positif. Kalau awak fikir negatif teguran orang.. hurmm tak tahu la nak cakap macam mana kan.
“Ni kalau dah tak boleh tegur camano! nak bekap tera mana lagi dik. Kita ubah perlahan lahan jujur dan istikhomah ok.”
Bicara Azza Elite dipenghujungnya mendoakan agar Faiz Roslan menjadi lebih baik lagi, “Manalah tahu teguran dari kami yang kecil ni buat kamu jadi lebih baik malah lebih baik.”
Sumber/Foto : Instagram Azzaelite