Semalam pelakon Syatilla Melvin memuat naik video memaklumkan yang dirinya telah alami keguguran ketika kandungannya berusia 5 minggu. Isteri pelakon hebat, Shaheizy Sam ini juga kelihatan kuat dan menerima ujian untuk keluarga kecil mereka dengan lapang dada.
“Assalammualaikum, pada yang dengar betul ke dia ni gugur.. BETUL. Takkan nak ‘bohong’ pula benda-benda macam ini. Tilla gugur pada kandungan 5 minggu, baru lagi. Don’t worry I’m okay je
.” Kongsi Syatilla dalam video pendek itu.Rentetan daripada itu, ramai follower Syatilla memberi kata-kata semangat untuknya, memperbanyakkan sabar dalam diri. Mereka juga mendoakan agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata yang seterusnya.
Tak lupa juga, ada di kalangan peminat yang meminta agar Syatilla berpantang dan bersedia untuk kehamilan selepas 3 bulan dari tarikh kegugurannya itu. Ada juga peminat yang mencadangkan agar Syatilla makan banyak buah.
Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 26 juga memohon doa daripada followernya agar dikurniakan rezeki cahaya mata kedua.
“Sama-sama doa untuk kami supaya dalam masa terdekat ini ada lagi benih-benih cinta. Amin. Tolonglah aminkan dan jangan risau, kami ok saja.”
Seperti yang dilaporkan Mstar, Syatilla alami pendarahan yang sangat teruk selepas melakukan kerja rumah. Akuinya, barangkali dirinya terlalu penat sehingga janin yang dikandungnya itu mengalami keguguran.
Selepas keguguran, Syatilla juga menjalani proses berpantang. Malah dia juga pernah alami keguguran sebelum hamilkan anak sulungnya itu.
Klik Sini Untuk Tip Berpantang Wanita Keguguran
Pasangan Syatilla dan Shaheizy ini telahpun dikurniakan cahaya mata lelaki yang handsome dan comel, Syeriv Samheizy yang cukup dikenali dengan gelaran ‘Mat Yip’. Ketika ini usianya sudahpun mencecah setahun.
Sumber/Foto : Syatilla Melvin