Dekat negara kita, 46 peratus tenaga buruhnya wanita. Ini angka tahun 2014. Tahun 2016 jumlahnya meningkat menjadi 54 peratus. Wanita yang berkahwinlah yang bekerja sekali gus memberikan sumbangan pada peningkatan peratusan tu.
Tak hairan, isteri hari ini banyak melaksanakan tugas bersiat multi- tasking. Setiap kali bangun pagi mereka akan menyediakan pelbagai keperluan. Dari memandikan anak, menyediakan sarapan, menghantar anak ke taska, menyediakan susu, menyediakan keperluan untuk suami dan akhirnya terkejar-kejar untuk bertugas di tempat kerja.
Balik rumah terus campak barang tak sempat tukar pakaian berkejar-kejar pula ke dapur untuk sediakan makan malam. Anak-anak pula meraung untuk minta makanan dan rumah terus berselerak. Selepas selesai makan, isteri mengemas meja kemudian mengelap lantai sampai siap dan akhirnya memujuk anak untuk tidur itupun kalau anak tak meragam nak tidur.
Suami pula balik sampai ke rumah letakkan beg, terus ke bilik dan mandi kemudiannya terus ambil smart phone atau gajet terus baring atas katil. Bila lapar, membuat tempahan makanan saja kepada isteri. Amboi! banyak cantik, ini boleh bikin isteri stres.
Wahai suami, belajar 8 kejutan ini agar isteri yang penat bekerja itu akan rasa lebih dihargai. Tidaklah mereka terdera emosi dan perasaannya.
Suami sebagai ketua keluarga. Banguan awal dan pujuk anak untuk bangun pagi dengan kata –kata motivasi (positif) seperti “ fatimah suka sekolah”, “Fatimah suka belajar “, “Fatimah nak seronok hari ini”. Kemuadian, ajak solat Subuh berjemaah.
Sampai di tempat kerja terus call isteri atau menghantar wassap kepada isteri seperti tanya “ dah sampai tempat kerja?”, ucapan terima kasih sediakan sarapan dan sebagainya.
Pada waktu lunch hubungi si dia sekali lagi bertanyalan lunch apa hari ini?
Sebelum balik hubungi isteri sekali lagi masih di ofis atau dalam perjalanan?
Sebelum sampai rumah, call lagi isteri dan tanya nak beli makan atau nak pesanan
Sampai rumah, beri salam dan berikan wajah gembira dan seronok kepada isteri dan anak-anak
Di samping isteri sedang menyiapkan makanan untuk dinner, sebagi suami bantu buat kerja rumah seperti mengangkat pakaian, menyidai pakaian, mengemas rumah atau membuang sampah. Boleh juga memandikan anak yang berusia 5 tahun ke bawah.
Sebelum Tidur, sila urut istei anda dan memberikan ucapan manis terima kasih kepada isteri dan beri ciuman kasih sayang kepada isteri dan anak-anak.
Semua perkara di atas adalah merupakan kuasa komunikasi. Komunikasi tidak berlaku hanya melalui lisan semata-mata akan tetapi ia juga boleh berlaku melalui bahasa badan (body language) melalui tingkahlaku yang diamalkan.
Penulisan Sumbangan : Mohd Taufiq Bin Mahmud, Kaunselor KB:02509, PA:01820
Rujukan : 1. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jumlah-wanita- bekerja-semakin-meningkat-1.375635#ixzz51wsQ4AeF