
Isi Kandungan
ToggleBab-bab melipat kain ini memang bukan semua orang rumah suka nak buat. Tapi dah nama tanggungjawab, kenalah selesaikan juga. Barulah rumah kemas dari keserabutan.
Mak-mak yang cemerlang akan minta anak-anak baik perempuan mahupun lelaki bantu sama buat kerja rumah. Ajar basic dulu, melipat kain. Memanglah mulanya tak semengah. Lama-kelamaan, pandailah nanti anak lelaki itu.
Ini yang dikongsikan Abdul Muiez Ruslee, bila mana dulu dia bersungut asal isteri minta anak-anak bantu buat kerja-kerja melipat kain.
Katanya, kasihan tengok anak-anak. Rupanya, tanggapannya tu salah. Bila isteri terangkan alasan kukuhnya, barulah dia nampak dengan jelas. Kenapa penting ajar anak terutama lelaki melipat kain.
Ajar Anak Lelaki Lipat Kain Dari Sekarang..
Kata isteri, “kalau mama tak paksa anak-anak lipat kain, sampai ke tua lah kerja mama ni lipat kain. Biarlah teruk macam mana pun dia lipat. Asalkan dia orang tahu tanggung jawab.”
Itulah kata isteri bila saya kata kesian tengok anak-anak kena melipat kain kain dahulu.
Bila fikir, betul juga. Kalau tak dipaksa sekarang, sampai besarlah mereka tak tahu buat kerja.
Bila tak tahu buat kerja, bukan sekadar menyusahkan diri sendiri, malah akan menyusahkan isteri bila dia kahwin nanti.
Selepas Lipat Kian, Ajar Pula Basuh Pinggan Yang Mereka Dah Guna
Bukan sekadar lipat kain, basuh pinggan pun kami ajar. Biarlah tak bersih pun, asalkan mereka tahu. Lepas makan, kena basuh pinggan. Kalau tak bersih, kamilah yang akan bantu cuci semula.
Sekarang Iman dah relaks lipat baju. Bila suruh lipat, katanya “kacang je.”

Haa.. Belajar Cara Melipat Baju Super Mudah
Klik Sini : Satu Lagi Teknik Melipat Kain Cara Ekspress
MW : Sebenarnya proses ini memang akan ambil masa untuk anak-anak belajar. Mula-mula anak-anak akan merungut, tapi bila dah jadi kebiasaan. Anak-anak mula fikir itu tanggungjawab. Besar kelak akan menyenangkan kerja mak ayah, malah bakal isteri mereka.
Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adam Rayqal Tunggu Kami Di Syurga..

Sehingga pagi ini, rasa berbekas kehilangan anak syurga Adam Rayqal Mohd Sufi masih berbekas di hati. Selepas pengebumian jenazah malam rabu, ayah bayi 5 bulan ini, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28 berkongsi rasa hati.
“Saya tahu Adam Rayqal akan tunggu kami bersama di syurga.”
Beliau turut menzahirkan rasa berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu mencari anaknya. Yang mana kira-kira jam 11 malam Selasa, membawa kepada penemuan arwah disorokkan dalam peti sejuk beku dua tingkat di rumah pengasuhnya.
Kita bersyukur apabila Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisiober Ali Ahmad memaklumkan yang pihak polis telah pun mereman dua orang wanita selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Yang mana, dua wanita berkenaan adalah pengasuh Adam Rayqal sendiri berusia 33 tahun dan rakan serumahnya, berusia 36 tahun ketika di rumah sewa mereka yang terletak di Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Dalam laporan yang dikongsikan Utusan Online, memaklumkan pengasuh ini juga menjaga seorang kanak-kanak OKU yang buta dan tidak boleh berjalan. Netizen juga mendedahkan pada hari yang sama, pengasuh ini sempat mengiklankan dirinya mencari anak untuk diasuh pada hari kematian Adam.
Yang mana, suspek ini sempat lagi meninggalkan nombor telefon bimbitnya di ruangan komen posting dalam sebuah grup pengasuh di Facebook. Beberapa jam kemudian, dia ditahan.
Tolong Hentikan Sebaran Gambar Yang Tak Sepatutnya – Ayah Adam Rayqal
Dalam temubualnya bersama wartawan, ayah Adam Rayqal turut meminta agar netizen menghentikan sebaran gambar Adam Rayqal yang tidak sepatutnya.
“Kalau ada yang share gambar yang tidak sepatutnya, minta tolong hormati privasi arwah Adam Rayqal.”

Malam tadi jenazah Adam Rayqal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Tok Pelam jam 10.30 malam. Sebelumnya, jenazah bayi itu disolatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah jam 9.53 malam.
Sumber/Foto : Harian Metro, Kosmo, Mstar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Allah… Sejuk Perut Mak-mak Bila Anak Sulung Boleh Mengalah Dengan Rela Hati Macam Ni

Bila dah anak yang kedua, biasanya anak sulung terpaksa mengalah dalam banyak benda walau hakikatnya dia langsung tak salah. Bukan nak menangkan sesiapa tapi kalau mak ayah boleh didik anak sulung mengalah tanpa bergaduh, itu satu kejayaan besar dalam membesarkan anak-anak.
Ini boleh dilihat dalam situasi anak-anak Ustazah Sharifah Zahidah yang mana anak sulungnya mampu mengalah dengan adiknya tanpa dipaksa. Ya, biasanya si adik akan buat masalah bila dia rasa cemburu dengan kakaknya. Cuba renungkan situasi anak-anak ini…
Beberapa minggu lepas, berlakunya drama cinta dan air mata antara Maryam dan Hanoonah.
Sebab? Berebut anak patung.
Biasalah, kalau dalam situasi berebut barang macam ini, selalunya kita akan minta anak sulung atau anak yang lebih tua mengalah, betul kan?
Cara Nak Buat Anak Sulung Mengalah
Tapi, bagi anak-anak kecil ni, MENGALAH BERMAKNA KALAH! Siapa suka kalah? Kalau kita yang dewasa ini pun tak suka, apatah lagi si anak kecil yang lagilah tak faham apa rasionalnya untuk mereka mengalah dengan adik kecil mereka, lebih-lebih lagi kalau harta perebutan itu memang hak milik dia.
Jadi, silap percaturan kita suruh anak sulung mengalah selalu, dia berpotensi membesar dengan perasaan marah terpendam, dendam, tidak puas hati dengan adiknya, dan menganggap adiknya adalah PESAING buatnya yang perlu selalu DITEWASKAN, DIKALAHKAN dan DISAKITI.
Sebab tu, anak yang lebih tua, selalunya tak ngam dengan adik bawah dia.
Sebab? Wujudnya ‘persaingan kecil dan berlanjutan’ yang berlaku antara mereka. Dan benda ini selalunya memang akan terbawa-bawa sampai anak-anak membesar remaja dan dewasa.
Kalau waktu kecil-kecil dulu, mereka bergaduh sebab tak matang dan tak dapat berfikir. Tapi bila dah meningkat remaja dan dah boleh berfikir, mereka tetap bergaduh sebab persaingan yang wujud waktu mereka kecil ini, yang telah mengganggu gugat KUALITI HUBUNGAN/BONDING mereka sebagai adik beradik.
Dan fenomena ini, adalah AMAT TIDAK SIHAT. Jangan kita biar kalau dah nampak yang anak-anak kita ini seakan-akan bersaing dan tak ngam antara satu sama lain.
Ada caranya, untuk kita ibubapa MANIPULASI situasi di mana anak-anak berebut barang ini sebagai satu peluang MENYUBURKAN KASIH SAYANG yang padu antara anak sulung/anak lebih tua dengan adiknya.
“Soalnya, bagaimana?”
Soalnya, jangan DISURUH ANAK SULUNG MENGALAH.
Tetapi, BUAT MEREKA MENGALAH DENGAN RELA HATI.
SURUHAN adalah dalam bentuk arahan. Arahan selalu dikeluarkan IBUBAPA TANPA KITA MERENUNG HAKIKAT KEPERLUAN SEBENAR ANAK KITA dalam sesuatu masa.
Kita perlu faham, anak sulung kita BUKAN TAK MAHU MENGALAH! Anak-anak ini jiwanya suci dan bersih, mudah saja untuk kita lentur sebenarnya!
Yang menjadikan mereka tak mahu mengalah, ADALAH KERANA ANAK INI CUBA PERTAHANKAN HAKNYA, ANAK INI CUBA MENUNTUT KEPERLUAN EMOSINYA! Dia bukan sekali-kali DEGIL dan tidak mahu mengalah.
Tidak sesekali begitu.
Jadi, bila kita nak anak sulung mengalah, perkara utama perlu kita lakukan adalah BERIKAN HAKNYA dan PENUHKAN KEPERLUAN EMOSINYA!
“Apa keperluan emosi anak ini KETIKA mereka sedang bergaduh dan berebut barang?”
Simple.
Si Kakak/Abang, mahukan PENGIKTIRAFAN BAHAWA DIA DAN KEINGINANNYA JUGA PENTING, tidak segala-galanya dalam dunia ni, hanya adik saja yang penting.
Ini logika anak sulung kita. Sebab nak buktikan bahawa dia juga penting dan mesti dimenangkan, dia akan bersikap keras dan tak mahu mengalah.
Sangat penting untuk kita fahami bahawa, anak sulung juga MAHU DIRINYA DIPENTINGKAN DAN DISAYANGI oleh ibubapa sama macam adiknya juga. Ini KATA KUNCI DALAM BERHADAPAN DENGAN SITUAS INI.
Jadi, sekarang apa yang perlu dibuat kalau tak boleh suruh Kakak/Abangnya mengalah?
Sebelum tu, kita perlu jelas bahawa SURUH ANAK mengalah dan BUAT ANAK mengalah adalah 2 perkara yang berbeza.
Bila anak mengalah sebab disuruh, dia melakukannya kerana terpaksa. Semata-mata kerana suruhan.
Tapi, kalau kita sebagai ibubapa berjaya MANIPULASI KEADAAN dan buat anak MENGALAH kerana sukarela, kerana emosinya difahami – inshaALLAH hubungan dia dengan adiknya akan terus mekar dengan kasih sayang.
Dan inilah apa yang PALING KRITIKAL UNTUK KITA JAGA BILA ANAK-ANAK BERGADUH BEREBUT BARANG – iaitu kita nak jaga HUBUNGAN BAIK DAN KASIH SAYANG SESAMA MEREKA ADIK BERADIK.
Biar terus MENYAYANGI, dan BUKAN MENYAYINGI.
Baik, contoh praktikal yang saya gunakan dalam drama cinta dan air mata Maryam dan Hanoonah berebut anak patung, adalah begini.
Hanoonah tarik patung sebelah, Maryam tarik lagi sebelah. Dua dua taknak lepas. Yang paling drama, Hanoonahlah. Menangis jerit-jerit konon dia sangat menderita terpaksa pertahankan ‘anak patung rebutan’ yang sememangnya bukan hak dia pun, tapi hak kakak.
Kakak pulak, pandang saya dengan wajah MENGHARAPKAN PENGADILAN.
Ya, anak sulung selalu mengharapkan pengadilan. Ingat kata kunci kita, “BERIKAN HAK KEPADA ANAK SULUNG dan PENUHI KEPERLUAN EMOSINYA yang mahu rasa DIMENANGKAN dan rasa dirinya SAMA PENTING atau LEBIH PENTING dari adiknya.
Dengan tone suara yang tenang dalam jeritan Hanoonah yang nak anak patung Maryam tu, saya bercakap dengan Maryam,
“ALLAHUAKBAR Kakak! Adik berebut ya dengan Kakak?” Saya tanya soalan dengan air muka penuh dramatik , just to make sure Maryam tahu yang saya TAHU dia berada di pihak yang benar. Taktik ini adalah taktik keramat yang akan LENTURKAN EGO dia.
“A’ah Ibu. Adik berebut mainan Kakak ni, ibu tolonglah…” Maryam mengadu, suaranya sedikit tinggi kerana tertekan dan kecewa, mungkin.
“Oh apa yang Ibu nampak, adik hari ni buat perangai tak solehah sebab berebut barang! Kalau macam tu, Ibu kena hantar adik ke rumah Tok Maklah, supaya Tok Mak boleh didik adik jadi anak solehah.” Dengan muka kesal saya explain pada Maryam.
Maryam ini bila dengar adik nak kena hantar kepada Tok Mak, apa lagi. Memang akan menggelabah. Adiklah permata dia, adiklah BFF dia, adiklah segalanya untuk dia! Mana boleh berenggang dengan adik dah!
“Ibu, janganlah hantar adik dekat Tok Mak!” Sambil masih lagi tidak melepaskan mainan, Maryam minta saya ‘reconsider’.
“Tak boleh Kakak, adik buat perangai tak solehah ni, kita kena hantar pada Tok Mak. Biar Tok Mak didik adik JADI ANAK SOLEHAH MACAM KAKAK..” (Perhatikan ayat yang saya tulis dengan tulisan besar.)
“Ye lah Ibu. Ibu tak payahlah hantar Adik. Biar Kakak je yang didik Adik jadi anak solehah. Takpa, takpa. KAKAK NI DAH SOLEHAH, Kakak bagi jelah adik main ni,” (Perhatikan ayat Maryam yang menunjukkan dia langsung TAK RASA KALAH DENGAN MENGALAH).
Dan Maryam pun lepaskan anak patung tu, bagi adik main sendirian tanpa sebarang gangguan lagi.
Adik? Sekelip mata drama air mata dia berubah jadi drama cinta! Tersengih-sengih sebab ‘menang.’
Hakikatnya, kedua-dua anak ini berasa menang. Cuma, ‘DEFINISI KEMENANGAN’ bagi mereka itu berbeza. Adik menang cara lain, Kakak menang cara lain.

Dalam hal ni, adik yang masih belum fully faham tentang emosi, BUKAN WATAK UTAMA kita.
Yang paling PERLU KITA JAGA ialah hati dan perasaan anak sulung ini. Dia sudah besar, dia sudah faham, dia sudah pandai menilai berbanding adik yang keperluan emosinya tidak sekritikal anak yang lebih besar ini.
Kerana itu, dalam situasi berebut ini, SAYA AKAN GUNAKAN AYAT DAN PENDEKATAN YANG MENUNJUKKAN SAYA:
1. MENYEBELAHI anak sulung/anak lebih tua.
2. MENGIKTIRAF KEDUDUKANNYA sebagai individu yang lebih baik dengan Adiknya apabila dia bersikap dengan sikap-sikap tertentu (buat perangai solehah).
3. MENUNJUKKAN PERASAAN DAN DIRINYA juga penting. Bahawa, tidak segalanya dalam hidup ini adalah tentang adik, adik dan adik. Dia juga, PUNYAI TEMPAT YANG ISTIMEWA DAN PENTING di hati saya. Ini keramat nak lenturkan ego anak sulung yang selalu diminta untuk mengalah.
Bila drama perebutan dah habis, selalunya adik akan berlalu dengan ‘kejayaan dan harta rampasan perangnya.’ Dan masa inilah, saya akan peluk dan bercakap-cakap dengan Kakak bahawa dia sudah tunjukkan contoh yang baik, dia anak yang solehah dan segala pengiktirafan ke atas sikapnya yang baik.
Antara dialog paling penting saya gunakan untuk pastikan HUBUNGAN Maryam dan Hanoonah sentiasa baik, adalah dialog, “Kakak, KITA DIDIK ADIK JADI ANAK YANG SOLEHAH YA. Kita didik SAMA-SAMA sampai Adik pun jadi SOLEHAH MACAM KAKAK.. Adik belum faham lagi kan? Dia kecil lagi…”
Dan pada kebanyakan waktu, Kakak akan membalas, “A’ah ibu. KASIHAN ADIK TU, sebab dia kecik lagi. Dia tak pandai lagi jadi solehah. NANTI KAKAK DIDIK ADIK, ok Ibu?”
Allahuakbar, sejuk perut Ibu mengandung bila anak sulung ini selalu volunteer untuk sama-sama membantu saya mendidik adiknya.
Dan hari ini, sudah kira-kira 2 3 bulan saya gunakan taktik dalam tema“MENGAJAK ANAK SULUNG MENDIDIK ADIKNYA MENJADI BAIK SEPERTI DIRINYA.”
Alhamdulillah, kesan yang saya lihat dalam diri Kakak, subhanALLAH, sangat baik.
InshaALLAH, ibubapa yang lain juga boleh gunakan strategi ini.
Pandai-pandailah kita memanipulasi keadaan, gunakan perkataan yang betul dan jadikan SETIAP ADEGAN dalam rumah sebagai MEDAN untuk kita mendidik anak-anak kita dengan sehabis baik cara.
Saya tak beri jaminan, semua ibubapa terus akan mendapat hasil yang cemerlang dengan kaedah ini. Tetapi inshaALLAH saya YAKIN, sedikit sebanyak kaedah ini akan MELENTURKAN ego si anak sulung dan sekaligus menjadikan mereka faham bahawa MEREKA ADALAH PENTING dalam keluarga kita ini, dan mereka SEHARUSNYA menjadi contoh tauladan yang baik untuk adik-adik. Ini hasil yang kita nak buru sebenarnya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tegur Anak Remaja Kena Ikut Perubahan Zaman, Baru Nasihat ‘Sampai’ Jiwa

Isi Kandungan
ToggleTegur atau menasihati anak-anak penting dalam mendidik mereka. Dengan teguran itulah mereka sedar mana yang betul mana yang tak patut dilakukan. Bahkan proses itu sentiasa berjalan sejak anak kecil lagi.
Tegur Kena Ada Cara
Walau bagaimana pun, saat bila anak-anak mula menginjak remaja, cabaran untuk mendidik anak-anak sangat hebat. Kalau tak kena caranya, anak-anak akan anggap mak ayah umpama ‘musuh’ mereka.
Bagi mereka, mak ayah tak faham situasi yang mereka sedang hadapi. Bila tegur atau dimarahi, dikatakan mak ayah benci mereka sedangkan niat mak ayah hanya nak mendidik.
Belum lagi bab mempercayai rakan sebaya melebihi mak ayah sendiri. Bahaya sebenarnya bila ini yang terjadi. Bayangkan kalau anak-anak mendapat nasihat yang salah daripada raka-rakan sebaya. Sah-sah mereka semua itu masih sama-sama belum matang. Nanti minta nasihat, akhirnya semua ke laut!
Perubahan Zaman Dan Komunikasi
Pada zaman millennium ini, mak ayah dah tak boleh gunakan pendekatan umpama zaman mereka kecil dulu. Anak-anak sekarang memang ‘lain macam’ perangainya. Kalau dulu, mak ayah pukul atau marah sebab buat salah, paling tidak lari sembunyi belakang rumah atau kunci pintu bilik. Tapi sekarang, mereka boleh tekad untuk lari dari rumah ye!
Hasil kajian mendapati bahawa komunikasi baik antara ibu bapa dan anak turut membantu mewujudkan suasana keluarga yang aman tenteram serta remaja bersikap positif.
Berbeza dengan mak ayah yang mengamalkan gaya asuhan dan didikan yang suka mengawal. Anak-anak yang dibentuk dengan gaya asuhan ini cenderung berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, kerap bimbang, cemas, khuatir, pendiam, pemalu, mempunyai konsep kendiri rendah dan kurang motivasi untuk berdikari. Paling utama, mereka mudah bermusuhan sekiranya dikecewakan.
Tegur Cara Menghukum
Apabila anak buat salah, mak ayah memilih pendekatan hukuman dan peraturan ketat serta tidak membenarkan anak-anak mempertikaikannya langsung sedangkan sepatutnya anak-anak diberikan hak untuk mempertahankan diri mereka.
Ibu bapa yang terlalu mengongkong dan mengawal segala pergerakan anak dipercayai akan melahirkan kelompok remaja yang kuat memberontak, emosinya tidak stabil dan sukar bersosial secara positif.
Baca di sini juga:
Ambil Tahu Cara Tuntut Nafkah Anak Lepas Bekas Suami Kahwin Baru
Bila Mak, Ayah Memilih Jalan Berpisah, Tolong Jangan Abaikan Perasaan Anak
https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Hati-Hati Pilih Kawan
Salah satu keperluan penting ketika menempuh usia remaja adalah bersosial dan berkawan. Mungkin ia kedengaran biasa, namun ibu bapa wajar memberi lebih perhatian terhadap hal ini.
Mengajar anak memilih kawan mungkin dianggap suatu bentuk diskriminasi atau prejudis oleh sesetengah orang. Namun, realitinya tiada mak ayah yang suka jika anak mereka bergaul dengan kelompok remaj bermasalah kan?
Ketahui bahawa remaja perlu dididik untuk memilih kawan yang baik. Mulakan dengan diri sendiri dan tunjukkan teladan yang baik apabila berkawan. Ini penting kerana jika kita sendiri tidak melayan kawan dengan baik, anak-anak akan terikut sama. Berikan tunjuk ajar secara positif mengenai peranan anak dan rakan-rakan mereka terhadap satu sama lain.
Bukan Diskriminasi
Pastikan mereka boleh menerima sesiapa sahaja sebagai kawan dan bukannya terlalu memilih atau mendiskriminasi. Dalam masa sama, pastikan mereka tahu cara menangani tekanan daripada rakan serta mengelak sebarang pengaruh negatif yang boleh merosakkan diri.
Seeloknya juga, mak ayah kena main peranan untuk kenal dengan rakan-rakan baik anak. Selidik latar belakang mereka agar kita tahu dengan siapa anak-anak kita berkawan.
Tip Bimbing Anak Remaja:
1. Lebihkan perbincangan berbanding arahan. Perbincangan akan merangsang anak-anak berfikir secara matang.
2. Dengar dahulu penjelasan anak sepenuhnya dan elakkan daripada menjatuhkan hukuman melulu. Ini akan membuatkan anak tidak timbul rasa marah pada mak ayah.
3. Hormati pendapat anak walaupun kita tidak bersetuju.
4. Sentiasa cuba fahami situasi mereka dengan jujur dan ikhlas, tanpa ego. Sentiasa ingatkan diri, apa saja teguran adalah demi kebaikan anak-anak.
5. Kena tunjukkan rasa yakin pada anak-anak kerana ini akan membantu tambah keyakinan diri pada anak.
6. Ajak anak-anak menghadiri majlis ceramah dan usrah untuk menyuburkan jiwa mereka dengan agama. Itulah ada benteng terkuat perlu ada dalam diri tiap anak.
6. Wujudkan suasana ‘Rumahku, Syurgaku’ agar anak-anak selesa bila berada di rumah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI