Kalau bercerita pasal kerja rumah, memang tak akan habis. Tambah-tambah bila semua urusan rumah dilakukan sepenuhnya oleh isteri. Ada suami yang langsung tak tolong isteri, sedangkan isteri sama-sama bekerja untuk ringankan beban suami.
Mungkin kalau dibandingkan dengan orang dulu-dulu, isteri tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Jadi, tidaklah timbul isu suami tak tolong isteri. Ini kerana hanya suami yang mencari rezeki di luar. Tapi dengan keadan sekarang ini, nak tak nak isteri turut bekerja untuk membantu suami.
Jadi, buat suami jangan sesekali berkira nak tolong isteri. Kalau tak tolong, boleh saja, dapatkan pembantu rumah. Tapi kalau tak mampu kenalah sama-sama membantu uruskan kerja rumah.
Seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Mokhtar ada benarnya. Hidup berumah tangga jangan harapkan pada isteri saja, suami tak perlu malu atau berat tulang nak tolong isteri, barulah rumah tangga bahagia.
Ramai yang berkira dengan pasangan untuk buat kerja rumah. Terutama suami. Iyalah, tiba-tiba kau nak kena basuh kain, lipat baju, gosok baju anak atau kena mandikan bayi.
Ads
Sedangkan dalam masa yang sama isteri sedang siapkan kerja lain, contohnya memasak.
Masa itu juga lampin anak dah penuh. Mengembung dengan kencing dan busuk dengan bau najis. Dibiarkan sampai isteri selesai masak.
Anak tak selesa. Menangis dan merengek. Datang pada ayah dia, pujuk-pujuk tak jalan juga akhirnya kena marah. Padahal anak minta dibersihkan.
Selalu jadikan?
Jangan Serah Semuanya Pada Isteri
Ya tuan-tuan, kita jenis nak semua kerja rumah isteri yang buat. Anggap kau dah bekerja cari duit ribu-ribu, urusan anak kau letak tepi. Semua kerja rumah kau serah pada isteri. Pandai-pandailah isteri buat semua.
Sampai kadang kau lupa, isteri itu juga baru balik kerja. Dah gaji kau rasa tak cukup. Kau pun izinkan dia kerja. Setiap bulan tampung juga belanja sikit sikit.
Ads
Kawan-kawan, kalau isteri tak berkira untuk guna kudrat dan masa dia untuk bekerja dan bersama-sama kita membina keluarga, takkan kita berkira untuk buat sedikit kerja rumah.
Masa dua-dua ada di rumah, kerja rumah kita bahagi-bahagi lah. Bukan lah sampai perlu buat pembahagian dan perjanjian, tidak. Tapi kesedaran sendiri.
Waktu isteri memasak, dia perlukan masa untuk sediakan semua dalam kadar segera. Kau juga yang nak makan. Waktu itu, anak-anak ada dan perlukan perhatian. Siapa nak ambil tugas ni? Kau lah.
Selesai waktu makan, pinggan mangkuk dan periuk kuali semua belum bercuci. Anak kecil dah mula cari mak dia, nak apa pun tak tahu. Yang penting anak nak mak dia waktu itu. Siapa yang nak basuh semua tadi dan kemaskan sikit dapur? Kau lah.
Kadang ada malam yang isteri kau sakit-sakit badan dan pening akibat penat bekerja. Ubat dia tidur awal lah. Baju kerja kau tak bergosok lagi. Eh, baju kerja dia pun belum siap. Apa salahnya kau ambil baju untuk kerja esok, kau gosoklah.
Hidup rumahtangga. Dua-dua bersatu membentuk rumahtangga. Kalau mampu, kau gajikan lah pembantu rumah.
Ads
Kalau tak mampu, kau buatlah sama-sama. Itu sahaja solusi sebuah rumahtangga.
Begitulah.
MW: Hidup berumahtangga, jangan harapkan isteri semua uruskan dan jangan anggap kita ‘raja’ dalam rumahtangga. Sebab isteri pun tolong pasangan untuk ringankan kewangan suami. Tolonglah mana yang patut.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Suami meninggal, jarang isteri kahwin lain, isteri meninggal, suami kahwin lagi, lelaki dan perempuan Allah jadikan fitrahnya berbeza. Fitrahnya begitu, jika lelaki tidak mampu hidup sendirian setelah kehilangan pasangan, wanita adalah sebaliknya.
Rata-rata wanita memilih untuk teruskan hidup tanpa menikah lain. Bagi wanita, hilang suami tidak bermakna tidak mampu meneruskan kehidupan.
Suami Meninggal, Jarang Isteri Kahwin Lain, Isteri Meninggal, Suami Kahwin Lagi
Ikuti perkongsian Nur Aqilah ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Saya pernah mendengar satu ulasan ustaz, tak ingat sudah dekat mana dan siapa orangnya.
Kenapa biasanya, kalau suami meninggal, isteri ini jarang kahwin lain, Orang kata setia sampai ke akhir hayat.
Melainkan, Ada sebab tertentu yang membuatkan isteri tu terpaksa berkahwin semula.
Tapi, kenapa pula kalau isteri sudah meninggal, ramai saja orang lelaki berkahwin yang lain. Payah nak jumpa yang tak kahwin lain.
Lelaki & Perempuan Allah Jadikan Fitrahnya Berbeza
Ini apa yang saya faham dari ulasan ustaz. Lelaki ini fitrah dia adalah perempuan.
Sebab itulah untuk lelaki, Allah selalu menawarkan bidadari di syurga. Sampai ada orang perempuan tak puas hati, kenapa lelaki saja dapat offer bidadari.
Orang perempuan tak ada ke bidadara? Sebab Allah itu Maha Tahu lah, Dia tahu dan faham sangat fitrah wanita ni bukan kepada lelaki sangat.
Perempuan ni, fitrah dia material. Dia kalau dah sampai di syurga, Kalau boleh, dia nak relaks habis.
Sebab atas dunia sudah banyak berkorban masa, tenaga, emosi untuk suami. Yang orang perempuan nak, Gunung emas, Nak berlian, Hendak sutera, Nak cantik kulit mulus bagai, Malah, nak rupa paras elok, Nak travel, Hendak duduk istana 10 tingkat, Nak duduk bersembang sesama mereka sambil menikmati desert termewah, Tak ketinggalan, nak Me-Time sambil buat apa yang paling dia suka.
Tak mahu sudah muka bertepek bedak sejuk, berbaju kelawar lusuh, atau badan berbau kari, bawang,
Dan mahu perut gelebeh, mata pulak tak nak ada eyebag. Begitulah berbezanya lelaki dan wanita.
Perbezaan yang Saling melengkapkan. -Secawan kopi pekat bersama secubit garam-
Memang jelas fitrah wanita dan lelaki berbeza, sebab itu keperluannya tak sama.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila hidup sebumbung, bukan bab nafkah sahaja akan jadi isu tetapi macam-macam ujian yang boleh jadi dalam rumah tangga. Cuit bab menguruskan rumah tangga, ini bukan tanggungjawab isteri semata-mata sebaliknya suami juga perlu turut serta seperti mengemas, memasak dan sebagainya. Ini hujah Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie yang perlu suami faham.
Diceritakan daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang maksudnya,
“Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi s.a.w kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Bagindapun keluar untuk sembahyang (ke masjid).” – hadis riwayat Al-Bukhari.
Hadis ini menjadi bukti bahawa kaum suami sewajarnya membantu para isteri melakukan kerja-kerja di rumah dan di dapur.
Bermaksud isteri tidak wajib menyelenggara atau mengurus rumah. Isteri juga tidak diwajibkan memasak. Bererti jika isteri tidak uruskan rumah tangga atau tidak memasak, si isteri bukan nusyuz.
Tapi, sememangnya menjadi fitrah kaum wanita untuk menguruskan rumah tangga, sejak zaman manusia hidup dalam gua lagi tatkala si lelaki keluar berburu maka si wanitanya menunggu bersama anak-anak kemudian apabila si lelaki balik bersama hasil buruan, maka si wanita yang menyediakan makanan dari hasil buruan tadi.
Isu yang jelas, kebanyakan pasangan suami isteri sekarang ni, bukan hanya suami yang keluar mencari rezeki sebaliknya si isteri juga keluar mencari wang membantu suami menampung perbelanjaan keluarga.
Kalau Rasulullah s.a.w, seorang kekasih Allah, masih boleh membantu isteri-isteri baginda dengan kerja-kerja di rumah, hebat sangatkah lelaki akhir zaman kini hingga enggan membantu isteri sedangkan isteri dah membantu anda menguruskan pembiayaan nafkah keluarga?
Syarat Isteri Wajib Memasak
Sama juga dengan memasak, hanya menjadi wajib dilakukan oleh isteri jika disuruh oleh si suami dengan syarat suaminya telah menyediakan segala bahan yang diperlukan atau memberikan wang yang bersesuaian bagi menyediakan hidangan yang disuruh oleh si suami.
Andai disuruh sahaja tanpa menyediakan keperluannya atau tidak memberikan wang yang perlu, si isteri berhak untuk tidak memasak. Dia juga boleh tidak membeli hidangan untu suami kerana tanggungjawab menyediakan makanan bukan tertanggung di bahu isteri sebaliknya dibebankan ke bahu suami.
Diceritakan, seorang sahabat bernama Hakim bin Muawiyyah bin Hidah al-Qusyairi r.a pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.” – hadis riwayat Abu Daud.
Ingatan Untuk Suami
Ramai isteri tidak kisah bila suami kurang mampu membiaya keperluan (pengalaman dari kes-kes yang dikendalikan). Mereka bersedia membantu seikhlas hati tetapi mengharapkan pengertian dan penghargaan daripada suami. Sebab itu bila suami tak pandai urus rumah tangga:
1. Ringankan lah tulang melayan anak agar isteri dapat lakukan kerja rumah dengan selesa.
2. Kalau tak rajin nak tolong memasak, sesekali nyatakanlah pujian atas usaha isteri menyediakan hidangan. Menyenangkan hati isteri termasuk layanan yang baik yang menjadi tanggungjawab suami juga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rasanya dengan keadaan sekarang ini, mak ayah tentu sudah latih anak lelaki untuk biasakan buat kerja rumah. Namun, tak mustahil juga ada mak ayah yang serahkan 100% hal-hal urusan rumah pada anak perempuan.
Kalau dahulu mungkin ada mak ayah yang merasakan anak lelaki ini ‘raja’ dan tak boleh lakukan kerja rumah. Anak perempuanlah yang dilatih untuk memasak, mengemas dan sebagainya.
Bagi yang tak faham, lelaki rasakan dirinya ‘raja’ dan perempuan ‘hamba’. Bukan main lagi kan! Tak tahu ke sekarang ini, perempuan pun bkerja untuk bantu keluarga. Jadi, janganlah berfikiran begitu.
Inilah yang perlu dilatih oleh mak ayah supaya anak lelaki kena biasakan buat kerja rumah. Kena jaga adik, kemas rumah seperti mana yang diajar juga oleh anak perempuan.
Apa yang dikatakan oleh Insyirah Soleha ini ada benarnya dalam perkongsiannya. Mak-mak di luar sana pun akan turut sama bersetuju dengan ini.
Anak bujang penat mengasuh adik, yang seorang penat tolong kemas rumah. Baru duduk nak rehat, terus lelah ummi dengar permintaan mereka.
“Ummi, lahirkanlah baby perempuan pula. Kalau ada adik perempuan, kami boleh rilek tak payah buat kerja dah. Boleh adik perempuan je buat kerja.”
Amboi.
Terus laju je ummi bebel.
1. Bukan tugas orang perempuan buat semua kerja rumah. Kerja rumah ni semua orang tak kira lelaki atau perempuan kena buat.
a) Lepas mandi, sidai tuala.
b) Susun selipar sebelum masuk rumah.
c) Basuh pinggan cawan selepas guna.
d) Sidai, angkat, lipat, iron baju.
e) Cuci tandas secara berkala.
2. Orang perempuan bukan ditakdirkan jadi “hamba” lelaki, kena buat semua pekerjaan di dalam rumah. Kan sama-sama duduk dalam rumah, mestilah sama-sama kena buat kerja rumah.
3. Orang lelaki kan ada otot, sihat tubuh badan sepatutnya lebih bersemangat nak buat kerja rumah berbanding perempuan, nak kena mengandung – menyusu baby.
4. Basuh berak adik pun anak lelaki boleh buat, tak ada pun syaratnya mesti perempuan.
5. Orang lelaki kena jadi qawwam untuk perempuan, bukan pembuli. Lelaki yang kacak adalah lelaki yang baik pada ibunya, bila ibu minta tolong dia akan tolong barulah jadi anak soleh.
6. Lepas ni kalau minta adik perempuan lagi, ummi suruh cuci satu rumah.
Ummi baru nak rehat, kan dah kena bebel. Nasib baiklah housemate tak ada masa sesi luahan perasaan. Bukan apa, takut tiba-tiba tambah list pula.
Anak-anak lelaki pun perlu dibiasakan kerja rumah.
Kerja rumah (termasuk memasak, mengemas) adalah kemahiran hidup. Perkara yang perlu dibuat oleh orang yang HIDUP.
Mingguan Wanita : Inilah yang selalu diingatkan oleh mak ayah tentang kerja rumah, anak lelaki pun kena terlibat sama.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.