Anak ramai atau sikit bukanlah satu perlumbaan yang akhirnya menentukan siapa yang menang, siapa yang kalah. Sebaliknya setiap anak yang dikurniakan adalah amanah yang tidak ternilai, untuk menguji sama ada mak, ayah mampu atau tidak menjalankan tanggungjawab.
Dalam erti kata lain, kalau mak ayah tak mampu beranak ramai, pandailah merancang. Bimbang jika terlalu ramai anak hingga ada anak yang tercicir dan terabai.
Anak Amanah, tanggungjawab atau menyusahkan?
Ikuti perkongsian Nurul Haslinda dan fahami sedalamnya :
Anak adalah anugerah Allah kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Ada yang rezeki orang dapat anak cepat iaitu selepas berkahwin terus bunting pelamin.
Ada juga yang kahwin bertahun-tahun baru dapat anak malah ada yang berkahwin bertahun tidak dapat anak lagi. Ada yang mudah mengandung tapi tak ada rezeki kerana keguguran dan ada juga dapat anak tetapi tidak sihat dan tidak sempurna.
Apapun keadaan itu, semua adalah urusan Allah. Allah yang memberi dan Dia juga boleh mengambilnya.
Setiap Manusia Berbeza Rezeki
Ada orang rezeki dia dapat anak ramai dan ada orang rezeki dia anak tak ramai. Namun atas keupayaan dan kemampuan masing-masing lah untuk menjaga dan mendidik anak-anak sendiri menjadi baik atau sebaliknya.
Kerana setiap anak yang lahir itu ibarat kain putih yang bersih, atas kita sebagai ibu bapa lah untuk mencorak kehidupan mereka. Kalau tak mampu mempunyai anak ramai, pandai -pandailah merancang supaya tidak ada anak kita yang terabai dan keciciran.
Ads
Ini tidak kita tengok ada antara mereka yang berebut-rebut nak lawan anak siapa paling ramai, ada yang berlawan sesama adik beradik ipar dan sebagainya padahal dari segi kemampuan memang tak mampu.
Kalau mampu tidak kisah lah kalau nak anak ramai manapun. Tapi Ini tidak mampu dari pelbagai segi. Kesian tengok hidup anak-anak yang terabai. Sepatutnya kita perlu jadikan anak kita anak yang berkualiti bukan semata-mata kuantiti.
Mampukah Mendidik Anak
Memang bangga anak ramai dan kita subur tapi mampukah kita mendidik mereka sama rata? Memberi yang terbaik untuk anak-anak kita kelak? Tepuk dada bukalah minda. Semua itu di tangan kita.
Bagi yang mempunyai anak, ini nak pesan malah pesanan inipun untuk diri sendiri kalau kita marah anak, jangan marah dengan mengeluarkan kata-kata yang boleh buat mereka hilang semangat dan rasa diri mereka menyusahkan hidup orang lain.
Anak-anak ini, lebih-lebih yang tengah membesar ni, jiwa mereka sangat lembut dan lemah. Mereka perlukan kita untuk memberi semangat kepada mereka.
Ads
Jadi sebagai ibu bapa kita didik dan tegurlah mereka dengan cara yang baik dan berhemah supaya kita dapat membentuk akhlak mereka menjadi lebih baik. Menghormati ibubapa dan orang sekeliling mereka.
Jangan suka mengeluarkan perkataan yang tidak elok kelak mereka akan ikut dan terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian mereka seperti mencarut dan macam-macam lagi perkataan yang tidak elok.
Fikir Dahulu Sebelum Marahkan Anak
Memang diakui kadang-kadang kita juga boleh hilang sabar dengan kenakalan anak-anak kita. Betul tak? kadang-kadang tanpa kita sedar kita memarahi mereka dengan teruk dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada mereka.
Lepas tu mesti kita akan merasa menyesal, betul kan? Jika itu yang kita rasa maknanya kita memang seorang yang penyayang sebenarnya. Mengucaplah banyak-banyak sambil merenung anak-anak kita itu. Lebih-lebih lagi waktu mereka tidur.
Kenanglah susah payah kita semasa mengandung dan melahirkan mereka. Malah kehadiran mereka sangat kita nanti-nantikan. Sepatutnya kita bersyukur Allah bagi kira rezeki anak, berbanding dengan orang lain yang sudah lama kahwin malah sehingga akhir hayat mereka tak pernah merasa menjadi ibu atau bapa.
Jadi bila nak marah tu, marahlah dengan percakapan yang baik-baik. Rotanlah dengan tidak mencederakan. Sebab kita berhak mendidik mereka. Masa depan anak-anak kita terletak pada didikan kita masa kini.
Ads
Kasihanilah Anak Yang Tak Bersalah
Akhir kata, kita semua tidak sempurna. Malah cara didikan dan ajaran kita semasa kecil dulu tidak sama. Ada yang hidup bahagia dan gembira ada yang dibesarkan dengan kebencian dan kekejaman.
Namun sedarilah tak kan kita nak turunkan cara didikan kita dulu yang tidak elok itu kepada anak-anak kita? Kasihanilah mereka kerana mereka tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa.
Bagi mereka kita sebagai ibu bapa mereka inilah malaikat mereka yang melindungi dan menyayangi mereka. Tenunglah mata anak kalian masing-masing, adakah kita mahukan kehidupan mereka akan datang kucar kacir?
Jika tidak mahu, didiklah mereka dengan cara yang baik dan sempurna. Sesungguhnya yang baik tu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu adalah dari kelemahan diri kita sendiri.
MW: Semoga perkongsian ini menjadikan mak,ayah lebih bertanggungjawab dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Jangan jadikan pengalaman buruk yang lalu merosakkan masa depan anak-anak yang tidak berdosa. Hargailah amanah yang Allah berikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya kaum perempuan kalau dia dah kahwin dan ada anak-anak kepalanya langsung tak fikir benda lain. Asyik-asyik suami! Pendek kata, segala-galanya yang dia rasa dan lalui setiap hari kalau boleh nak kongsi dengan suaminya.
Sebab itulah dia pantang kalau suami ada di rumah tapi mata dan tangan asyik pegang phone. Sampai satu tahap dia boleh rasa ‘dimadukan’ dengan gajet! Samalah dengan kes saudara Amir Syahir ini, baru dia faham dan selami kenapa perempuan suka sangat meluah. Nak tahu lebih dekat, jemput baca perkongsian lelaki berstatus suami ini…
Dulu aku macam tak kisah sangat bila isteri aku mengadu itu ini sebab aku rasa perkara kecil macam tu pun nak mengadu. Lama-lama baru aku faham. Isteri ni memang suka mengadu dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Kalau kita tak beri perhatian, dia akan cari medium lain untuk meluahkan perasaan.
Lagi bahaya kalau dia cerita kat media sosial. Habis satu dunia tahu perangai kau. Habis satu dunia tahu masalah kau. Siapa yang malu? Kau nak marah isteri pun tak boleh jugak. Sebab silap kau sendiri yang taknak dengar luahan hati isteri.
Tak mustahil jika kau terlalu sibuk untuk dia, akan ada orang lain yang sanggup luang masa untuk isteri kau nanti. Kalau sayang, luang masa. Jangan duk cipta alasan.
Macam isteri aku dia suka cerita pasal anak-anak murid dia. Kadang-kadang pasal isu hot kat sekolah. Hari-hari ada je la cerita. Melalui penceritaan dia sedikit sebanyak aku dapat memahami anak-anak istimewa dan bidang pendidikan ni.
Perempuan ni bila dah kahwin, dunianya adalah suaminya, anak-anak dan keluarganya. Dah kurang masa dengan kawan-kawan. Aku tengok isteri aku pun, kalau kawan nak ajak makan lepas sekolah memang dia tak pergi. Sebab dalam kepalanya fikir nak ambil anak dan pergi makan dengan suami. Itu lebih penting buatnya.
Sebab tu lah, suami adalah sahabat baik, sahabat susah senang. Dengan cara mengadu, bercerita itu ini dapat membuatkan dia bahagia dan senang hati. Apa salahnya luangkan sedikit masa dengar apa isteri nak cakap. Simpan sekejap telefon tu. Bukan dia minta duit seribu pun.
Sekalipun kau baru balik kerja dan penat, jangan sesekali hampakan keluhan hatinya. Kau tak tahu yang dia lagi penat. Mana dengan kerja, uruskan hal anak-anak dan rumah tangga. Apa salahnya beri dia sedikit masa kau dan pinjamkan sekejap telinga kau.
Suami yang baik adalah suami yang dapat menjadi seorang pendengar yang baik. Kerana bukan senang nak jadi seorang pendengar yang baik. Jangan manjang kau duk main telefon je!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ya ampun.. derita sungguh bila suami anak mak ini. Kalau dapat mentua yang jenis sayang menantu, bahagialah hati. Payahnya bila mentua sendiri tak sebulu dengan menantu.
Nampak menantu macam nampak ‘perempuan kaki kikis duit laki’. Padahal hakikat sebenar, anak dialah yang paling parah menghabiskan duit isteri.
Sebab nak jaga maruah suami je, isteri pendamkan sikap sebenar suami. Ramai isteri yang macam itu.
Melindungi suami sebab tak nak aib suami tersebar. Tapi, betapa dia usaha menjaga pun mentua tetap tak terbuka hati nak terima.
Isteri terlampau berdikari dalam rumah tangga adalah realiti zaman sekarang. Semua perkara isteri buat termasuk mencari rezeki sehingga sudah tak rasa perlunya suami dalam rumah tangga.
Bab uruskan anak semua serahkan pada isteri yang selesaikan. Allah, betapa penatnya jadi wanita. Andai dapat suami yang menolong, alhamdulilah itu satu rezeki. Tetapi macam mana pula bagi pihak isteri yang sendirian buat semua kerja rumah dan dalam masa yang sama bekerja?
Kredit foto: Freepik
Isteri Bila Terlampau Berdikari
Moga perkongsian daripada Intan Dzulkefli ini boleh membuka hati kaum lelaki yang terlalu berkira nak tolong isteri di rumah.
Apabila suami terlalu mengambil sikap berlepas diri dan membiarkan isteri menyelesaikan hampir semua urusan dalam rumah tangga, ia akan meninggalkan dua kesan, baik dan buruk.
BAIK BURUK
Kesan positifnya, ia membuat si isteri belajar berdikari. Tetapi buruknya, ia mungkin menimbulkan persepsi dalam fikiran isteri bahawa suami tidak lagi mempunyai peranan yang signifikan dalam rumahtangga, ada atau tiada sama sahaja.
Lama-lama Rasa Tak Perlu Suami Dalam Rumah Tangga
Natijahnya? Isteri tidak lagi mampu menghormati dan memuliakan suami seikhlas hati. Suami yang bersifat ‘qowam’, yakni bersifat pemimpin, pelindung dan bertanggungjawab adalah key-point utama bagi membuat isteri hormat dan memuliakan suami, ikhlas dari hati.
Walau sesuper-woman mana sekalipun isterimu, janganlah sesekali membuat dia sampai tak terkesan dengan ketiadaanmu dan tidak teruja dengan keberadaanmu. Jangan sampai hilang rasa keperluan suami dalam rumah tangga. Nauzubillah min zaliq.
Sesungguhnya rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah itu memerlukan kerjasama, pengorbanan dan kebersamaan kedua pihak. Suami dan isteri menunaikan amanah dan tanggungjawab, baik saat susah mahupun senang. Kata nak masuk syurga sama-sama, kan?
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...