Kalau Tak Mahu Pasangan Curang, Tak Perlu “UJI” TETAPI Lebih Baik Berterus-Terang

Share

Cukup-cukuplah ujian yang kita hadap dalam rumah tangga setiap hari, tak perlu uji pasangan lagi. Jangan pula ada di kalangan kita sama ada suami atau isteri sanggup pula nak cuba-cuba uji pasangan kerana takut pasangan berlaku curang.

Mungkin cara ini sesuai untuk pasangan bercinta, kalau sudah berkahwin lebih baik berterus-terang lagi-lagi kalau dapat suami yang lambat faham. Kalau tak nak suami curang, pesan saja awal-awal.

Kalau nak suami bantu di rumah uruskan anak-anak, beritahu saja hal sebenar. Jangan berteka-teki, suami kan lurus orangnya.  Ikuti perkongsian Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik.

Dalam Rumah Tangga, Tak Perlu Nak Cuba Uji Pasangan

Hidup dalam rumah tangga bukan tempat kita nak cuba-cuba uji pasangan kita.
“Aku nak tengok setia tak dengan aku. Itu je.”
“Habis tu kau nak buat apa?”
“Aku suruh kawan aku menyamar jadi budak perempuan yang suka dekat dia. Mesej dia selalu.”
Tepuk dahi! Bala apa benda kau nak uji-uji macam tu. Konon nak uji setia.
“Apa expectation kau buat suami kau macam tu?”
“Aku nak baca apa dia balas nanti. Lepas tu aku nak dia beritahu yang dia ada aku sebagai isteri dia. Itu je.”
“Kalau dia respon lain daripada apa yang kau fikir macam mana?”
“Siaplah dia. Jenis tak guna.”
“Hamboi. Baru setakat membayangkan kau dah kata dia jenis tak guna.”
Baca Juga Di Sini:
Untuk info lebih MENARIK, klik saja di sini.
Hidup Bukan Untuk Kita Perjudikan, Cukuplah Ujian
Puan, hidup ini bukan untuk kita perjudikan dengan trial and error begitu. Cukuplah ujian sedia ada yang datang semula jadi ke rumah tangga kita.
Tak perlu nak tambah ujian sendiri. Sepatutnya apa respon yang puan nak suami lakukan kalau kena macam tu, itu yang puan kena beritahu.
“Bang, kalau ada orang lain tiba-tiba kata dia suka dekat awak. Dia sanggup jadi nombor dua. Tak minta banyak, nak awak jadi suami je. Saya nak awak tanya saya dulu ya.
Beritahu ke dia awak dah bina hidup rumah tangga ni lama dengan saya. Daripada kita tak ada rumah. Pergi sana sini naik motor sahaja. Berteduh bawa flyover highway sama-sama.
Awak pakaikan saya baju hujan. Biar awak lencun seorang tak apa. Masa lahir anak pertama awak pengsan sebab tak boleh tengok darah. Macam mana jaga anak semua awak belajar dengan mak saya.
Beritahu dia yang awak tak sanggup nak sia-siakan semua tu hanya sebab awak nak bela hidup orang lain. Boleh ye bang?”
Haaa! Tu contoh, contoh.
Maksudnya dekat sini, beritahu jelas-jelas. Bukan kau nak tengok-tengok nanti dia respon apa.
Lelaki ini jangan diuji. Mereka ni lurus. Nak faham diri sendiri pun masalah, lagilah nak faham kalian yang perempuan.

Jenis bercakap guna hati tapi macam bercakap guna mulut. Mana mahunya puan. Cakap dalam hati tu tak dengar dek siapa-siapa. Malaikat sahaja boleh dengar.

Suami tu dah lah bukan malaikat. Jenis selow pula. Ya Ampunnn.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Kami takut diuji. Haa!
MW: Jadi mak-mak jangan berkias dengan suami atau uji mereka, sebaliknya berterus-terang. Takut juga dari nak bagi ujian pada pasangan sendiri, kita pula yang sakit hati.
Published by
Syazwani Mehat