‘Kalau Tak ada Benda Baik Nak Cakap, Lebih Baik Senyum Je’ Padu Pesan Mak Ayah Catriona Ross

Share

Pelakon kacukan Melayu-Scotland, Catriona Bahrin Ross yang juga ibu kepada 3 orang cahaya mata berkongsi catatan tentang pesannya ibu yang kemas disemat dalam hatinya. Sebab, belum tentu setiap hari mak-mak akan dengar kata-kata yang manis-manis tentang anak.

Lagi-lagi dalam dunia sekarang ini, semacam orang kita dah tak peduli dengan budaya berhati-hati dalam berkata-kata. Asal lepas bebas memberikan pandangan, tak kira sakitkan hati orang lain atau tidak, asalkan dirasakan betul pada dirinya. Itulah yang terluah di bibir. Paling seram, di ruangan komen media sosial.

Pertanyaan ayat ‘makan dalam’ bukan tak pernah dihadapi oleh aktres cantik ini. Tapi Catriona tahu macam mana nak kawal diri agar aura negatifnya tak sampai meresap dalam hati. Semua itu disebabkan pesanan padu yang mak ayah pernah pesan padanya waktu kecil-kecil.

Kini anak-anak Catriona, Sephia Rania, Jammal Raess dan Edruce Riyadh semakin membesar. Di sebalik membesarkan mereka, Catriona tak pernah lupa memori tiga tahun lalu. Kerana apa yang dilaluinya ketika itu, sampai hari ini masih ada mak-mak yang perlu hadapinya.

 

“Kurus Anak You..” Ada Saja Kata-kata Begini Singgah Di Telinga

3 years ago… When Edruce Riyadh was 5 months old. He was naturally small and somewhat thin as a baby. Bukan yang tembam, paha KFC, pipi kembung orang tengok 200 meter geram nak datang cubit

.”

Katanya mana-mana pun dia melangkah, ada saja kata-kata sebegini yang terdengar di telinganya.
Kurus anak you..”
Kecik anak you..”
Slim betul anak yang ni..”

Yep sebab di dunia Nusantara ini orang tak dipesan untuk cakap berlapik, beralas kata. Semua selesa untuk bersuara apa mahunya. Kan?

Ini Yang Mak Ayah Catriona Ross Ajar

Aku diajar oleh Daddy to “mind our own business” dari kecil. Ilmu orang Barat. Arwah ibu ajar “kalau tak ada something nice to say, then smile je. Sebab Rasul dulu pun smiled kalau tak ada benda nak dikata..”

So.. aku senyum je and berdiam diri tiap kali orang nak bagi pendapat kenapa Edruce Riyadh was tiny. (Keluar dari kilang lain tapi kilang-kilang lain pulak kalut nak bagi label)

 

Asalkan Anak Kita Sihat

Selalu juga Catriona ingatkan dirinya, “Tak kisahlah.. ini anak aku and he is healthy. How can he not be? I breastfed this child dari saat pertama dia lahir dan aku susukan sampai hujungnya and demi nak succeed in breastfeeding my child.

Gigihnya Catriona dalam memberikan penyusuan susu ibu kepada anaknya, dia telahpun menjemput pakar ke rumahnya untuk mengajarnya cara memegang bayinya dengan betul semasa penyusuan.

I invited a well known babywearing guru to my house when Edruce was a month++ old so she could train me in babywearing so i could direct feed him whenever, wherever. Rasa bangga dengan kegagahan aku masih kuat sampai semarang.”

Sebab itu mak-mak, pesan Catriona ini boleh mak-mak sematkan juga dalam dada. Kalau ada kata-kata atau apa saja yang mak-mak tak suka fikirkan dari sudut yang baik tentangnya dan senyumlah.

Make your self better, learn new things and most importantly, dont worry about persepsi orang because most people criticize. Dont let it hurt you. You got this ladies. Whatever it maybe. Lots of love.”

Sumber/Foto : Catriona Ross
.

Published by
Netty Ah Hiyer