Pelakon kacukan Melayu-Scotland, Catriona Bahrin Ross yang juga ibu kepada 3 orang cahaya mata berkongsi catatan tentang pesannya ibu yang kemas disemat dalam hatinya. Sebab, belum tentu setiap hari mak-mak akan dengar kata-kata yang manis-manis tentang anak.
Lagi-lagi dalam dunia sekarang ini, semacam orang kita dah tak peduli dengan budaya berhati-hati dalam berkata-kata. Asal lepas bebas memberikan pandangan, tak kira sakitkan hati orang lain atau tidak, asalkan dirasakan betul pada dirinya. Itulah yang terluah di bibir. Paling seram, di ruangan komen media sosial.
Pertanyaan ayat ‘makan dalam’ bukan tak pernah dihadapi oleh aktres cantik ini. Tapi Catriona tahu macam mana nak kawal diri agar aura negatifnya tak sampai meresap dalam hati. Semua itu disebabkan pesanan padu yang mak ayah pernah pesan padanya waktu kecil-kecil.
Kini anak-anak Catriona, Sephia Rania, Jammal Raess dan Edruce Riyadh semakin membesar. Di sebalik membesarkan mereka, Catriona tak pernah lupa memori tiga tahun lalu. Kerana apa yang dilaluinya ketika itu, sampai hari ini masih ada mak-mak yang perlu hadapinya.
Ads
“Kurus Anak You..” Ada Saja Kata-kata Begini Singgah Di Telinga
“3 years ago… When Edruce Riyadh was 5 months old. He was naturally small and somewhat thin as a baby. Bukan yang tembam, paha KFC, pipi kembung orang tengok 200 meter geram nak datang cubit.”
Katanya mana-mana pun dia melangkah, ada saja kata-kata sebegini yang terdengar di telinganya.
“Kurus anak you..”
“Kecik anak you..”
“Slim betul anak yang ni..”
Yep sebab di dunia Nusantara ini orang tak dipesan untuk cakap berlapik, beralas kata. Semua selesa untuk bersuara apa mahunya. Kan?
Ini Yang Mak Ayah Catriona Ross Ajar
Aku diajar oleh Daddy to “mind our own business” dari kecil. Ilmu orang Barat. Arwah ibu ajar “kalau tak ada something nice to say, then smile je. Sebab Rasul dulu pun smiled kalau tak ada benda nak dikata..”
Ads
So.. aku senyum je and berdiam diri tiap kali orang nak bagi pendapat kenapa Edruce Riyadh was tiny. (Keluar dari kilang lain tapi kilang-kilang lain pulak kalut nak bagi label)
Asalkan Anak Kita Sihat
Selalu juga Catriona ingatkan dirinya, “Tak kisahlah.. ini anak aku and he is healthy. How can he not be? I breastfed this child dari saat pertama dia lahir dan aku susukan sampai hujungnya and demi nak succeed in breastfeeding my child.”
Ads
Gigihnya Catriona dalam memberikan penyusuan susu ibu kepada anaknya, dia telahpun menjemput pakar ke rumahnya untuk mengajarnya cara memegang bayinya dengan betul semasa penyusuan.
“I invited a well known babywearing guru to my house when Edruce was a month++ old so she could train me in babywearing so i could direct feed him whenever, wherever. Rasa bangga dengan kegagahan aku masih kuat sampai semarang.”
Sebab itu mak-mak, pesan Catriona ini boleh mak-mak sematkan juga dalam dada. Kalau ada kata-kata atau apa saja yang mak-mak tak suka fikirkan dari sudut yang baik tentangnya dan senyumlah.
“Make your self better, learn new things and most importantly, dont worry about persepsi orang because most people criticize. Dont let it hurt you. You got this ladies. Whatever it maybe. Lots of love.”
Majlis resepsi kenduri perkahwinan yang sepatutnya diadakan di dewan terpaksa dibatalkan sebaliknya pengantin memilih untuk bersedekah lauk kenduri di pusat pemindahan banjir. Murni sungguh pasangan pengantin, keluarga dan katerer yang terlibat dalam menyumbang dalam memberi makanan kepada mangsa banjir yang memerlukan di lembah Klang ini.
Bukan apa, hujung tahun selalunya di penuhi dengan majlis kenduri kahwin, namun gara-gara bencana banjir, perancangan asal majlis di lokasi sepatutnya terpaksa dibatalkan.
Majlis Resepsi Perkahwinan Terpaksa Dibatalkan
Menerusi perkongsian TikTok @erinerene, majlis perkahwinan pasangan pengantin tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab banjir. Mereka memutuskan membuat agihan makanan lauk kenduri kahwin di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Meru, Klang, Selangor.
Malah pihak catering juga turut turun padang memberi 300 pax makanan buat orang ramai.
Perkara tersebut mendapat perhatian ramai yang terharu dengan tindakan prihatin pengantin, malah ramai juga pada masa yang sama mendoakan semoga perkahwinan pasangan ini dirahmati.
Antaranya:
Mima Laily “Pasangan ini memulakan sesuatu yang membuka jalan keberkatan besar buat rumahtangga mereka kelak..takbir!”
chantek Disebalik dugaan, Allah limpah rezeki pahala buat pengantin. Alhamdulilah semoga kekal ke jannah
Broken Angel Ya Allah.. Lebih besar pahala jika sedekah ketika amat diperlukan. Tahniah pengantin dan keluarga. Allah pilih hambanya yang bertuah untuk berbuat baik.
Solihin Tahniah pihak catering.Percayalah anda akan dapat keuntungan yang berlipat ganda.Kepada pihak pengantin,Semoga berbahagia selalu!
Ell InshaAllah sakinah mawaddah warahmah rumahtangga kalian dimulakan hubungan dengan penuh barokah.
Adimus Putra Yamin Selamat Pengantin Baru.Semoga berkekalan hingga syurga cinta Allah, sesungguhnya kalian bertuah dapat doa kesyukuran dari mangsa banjir.
Mingguan Wanita: Tahniah buat pengantin sekeluarga dan pihak katering. Semoga mendapat keberkatan dalam memulakan rumahtangga dan dilipat gandakan lagi rezeki apabila membantu golongan yang memerlukan. Terbaik!
Bukan mudah menerima keadaan apabila pernah dikhianati! Memang jatuh terduduk hingga hilang harta benda, namun Cekyana tak serik dan terus melangkah.
Bergelar seorang CEO Viral atau seorang usahawan bukanlah sesuatu yang mudah, sudah pasti perlukan perancangan yang lama dan berkesan. Begitu juga yang dilalui oleh pengasas Masak Masak Cekyana atau nama sebenarnya Nur Diana Matusin.
Di peringkat awal sebelum bergelar founder, apa yang penting adalah mendalami atau belajar ilmu bisnes sebelum mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang ini secara serius.
“Saya sendiri sebelum ada bisnes selama setahun saya ikuti kelas. Nampak pelik kan, macam orang bodoh sebab belum ada produk, tetapi itulah pengalaman. Saya start ikut kelas dengan modal apa yang ada dekat tangan sampailah saya join kelas yang caj yuran ribu-ribu.
“Pada pendapat saya, “value” kita adalah bergantung kepada berapa banyak yang kita sanggup keluarkan untuk mengikuti kelas atau mendalami bisnes daripada orang lain.
“Sebenarnya kalau kita tak nak belajar dan harapkan ilmu free saja tak boleh juga, sesungguhnya kelas free tak sama dengan kelas berbayar,” terang usahawan yang baru berusia 26 tahun ini panjang lebar.
Kejayaan yang ditempa Cekyana hari ini bukanlah datang bergolek malah memerlukan perancangan.
Pilih Long Term Bisnes
Menurut anak kelahiran Beaufort, Sabah, memilih untuk memasarkan produk berasaskan rempah oden bukanlah disebabkan dia seorang chef atau mempunyai pengetahuan dalam bidang makanan.
“Bermulanya rempah oden ini disebabkan saya mencari-cari bisnes yang memberi pulangan long term. Jelas sekali produk makanan adalah perniagaan jangka panjang.
“Saya lakukan sedikit research, buatkan jenama Masak Masak Cekyana ikut trend. Seperti mana generasi Z atau alpha ini, mereka lebih suka makanan yang baru dan viral.
“Manakala generasi baby boomers pula berbeza. Jadi di sini menyebabkan kuasa pembeli produk saya melibatkan banyak budak-budak muda, termasuklah yang jadi ejen. Itu sebab utama mengapa saya memilih bisnes ini dan trendkan juga sekali,” kata Nur Diana Matusin atau mesra dengan panggilan Cekyana.
Mencuba Pelbagai Bisnes
Seusia 18 tahun, Cekyana telah menceburi bidang perniagaan dan pelbagai cerita diperoleh menerusi pengalaman sebagai dropship baju, menjual produk dan keperluan bayi serta beberapa bisnes lagi.
“Saya pernah menjual blaus, jual handphone dan macam-macam lah. Pernah sedang sarat mengandung 9 bulan, saya jadi personal shopper sebab nak cari duit. Ketika itu saya tiada bisnes tetap, mencuba macam-macam.
“Kemudian saya decide untuk jadi founder bukan disebabkan saya tahu apa itu founder, sebaliknya saya suka share manfaat. Seperti mana share manfaat produk yang saya pernah jual iaitu produk baby, malah bisnes produk baby bukan tak berjaya.
“Tetapi jika saya teruskan ketika PKP ini, mungkin saya perlu struggle gila sebab produk baby ini bermusim walaupun ketika pendemik ini ramai yang nak bersalin tetapi tak ramai yang willing untuk keluarkan duit untuk membeli produk agak “premium”. Perkara ini juga menjadi alasan terbesar mengapa saya memilih produk makanan,”jelasnya.
Suka ada duit lebih, boleh berkongsi manfaat dengan orang lain.
Target Miliki 7 Income
Biarpun setakat ini Cekyana belum menerima sebarang pengiktirafan atau award daripada mana-mana pihak sejak menceburi bidang perniagaan, namun dirinya bersyukur dengan segala rezeki yang telah ditentukan.
“Walaupun masih belum menerima sebarang award, tetapi insyallah di masa akan datang akan tiba masanya. Oleh itu kita kena terus berusaha dan jangan give up, keep on going dan sentiasa update dan improve progress.
“Saya bersyukur setakat ini sudah boleh saving, boleh invest. Paling penting adalah untuk invest dan target saya setakat ini adalah untuk mempunyai 7 income yang pasif.
“Tidak bermakna bila saya banyak income saya hendak duduk diam, kerana saya masih mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu saya laksanakan seperti sedekah, zakat dan amal kebajikan yang perlu saya buat,” ungkapnya yang turut berkongsi impian membina sebuah rumah kucing.
Pernah Dianiaya & Dikhianati
Jatuh, bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa. Malah mahu atau tidak perlu ditempuh juga, Cekyana juga tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai ragam manusia.
“Pertama sekali saya pernah berurusan dengan orang yang tak nak supply stok saya. Keduanya pula saya pernah berurusan dengan orang yang tak jalankan bisnes itu betul-betul jadi kita tiada orang yang hendak guide.
“Manakala setelah jadi founder, pernah dianiaya dan dikhianati hingga saya jatuh terduduk hingga hilang harta benda. Terpaksa sewa kereta dan keluarkan duit juga untuk teruskan bisnes.
“Hingga sekarang masih ada cabaran dan setiap level memang ada cabaran yang tersendiri. Pengalaman pernah dikhianat dan staf berhenti hingga 14 orang antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.
“Dan setiap pengalaman pahit buat saya belajar. Mungkin jika tidak ada ujian seperti itu sebelum ini mungkin di masa akan datang ada yang cuba ambil kesempatan. Bila perkara sebegini berlaku, jadi saya akan lebih berhati-hati bila menemui masalah yang sama selepas ini,” jelasnya.
Tak pernah putus asa dan rasa down, resipi kejayaan Masak Masak Cekyana.
Bukan Mudah Bergelar Founder
Selain meletakkan Nabi Muhammmad saw sebagai idola, Cekyana turut menjadikan founder-founder atau owner yang hebat sebagai inspirasinya untuk dia berjaya dalam perniagaan.
“Sebenarnya ramai yang saya kenal dan jadikan mereka inspirasi. Sejak sebelum berjaya lagi banyak tengok mereka dan ambil vibe yang positif.
“Sememangnya menjadi founder it’s not easy, menjadi owner dan orang kenal bukan satu yang mudah. Bila orang kenal, ada yang suka kecam dan tuduh macam-macam. Saya tak suka situasi begitu.
“Oleh itu, dalam hidup ini kita tak boleh give up, saya pun jenis orang yang tak suka give up dan down. Sebab saya pernah lalui cabaran yang berat sebelum ini kerana perkahwinan pertama saya gagal dan sekarang merupakan perkahwinan kedua saya,” jelas anak keempat daripada lima adik-beradik ini.
Perkahwinan Yang Gagal
Siapa yang mahu kecundang dalam perkahwinan, begitu juga dengan Cekyana. Sudah tertulis jodohnya sampai di situ dan akhirnya dia redha.
“Perkahwinan pertama gagal bukan disebabkan saya tak layak jadi isteri yang solehah sebaliknya saya ingin berjaya dalam kerjaya dan masa depan. Jadi saya ambil keputusan untuk berpisah kerana bekas suami saya kurang berminat dengan bidang perniagaan.
“Saya dan dia sangat berbeza, saya tak suka hidup selesa dan duit ada cukup-cukup saja, sebab saya mahu duit lebih-lebih. Sebab bila ada duit lebih banyak benda boleh buat, saya suka share rezeki dengan orang dan itulah benda-benda rutin harian yang saya buat,” ungkapnya yang makin bahagia dengan perkahwinan kedua.
Perlu Perancangan Untuk Berjaya
Kejayaan yang ditempa Cekyana hari ini bukanlah datang bergolek malah memerlukan perancangan yang rapi dan atas keizinan Allah SWT.
“Semua perkara yang berlaku dalam hidup, saya sudah plan dan target. Memang sudah ada route map saya sendiri untuk tahu ke mana hala tuju.
“Sedari awal sudah susun siap-siap apa yang akan berlaku dalam masa 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun akan datang. After that saya nak jadi apa, sebab saya tak suka bila saya tak bersedia. Bila tak bersedia, kita cepat jatuh, jadi bersedia itu amat penting,” katanya lagi.
Kenangan Paling Pahit
Sesuatu yang paling pahit dalam hidup Cekyana adalah apabila dia memilih untuk berpisah dengan pasangan di kala dirinya sedang sibuk menguruskan bisnes dan dalam masa yang sama mahu uruskan perpisahan serta anak.
Manakala perkara paling manis adalah bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan orang ramai dan diizinkan bersedekah.
“Mungkin ada orang kata saya suka menunjuk bila bersedekah, tapi saya tak kisah sebab saya memang suka lakukan perkara tersebut, bukan sengaja nak raih simpati atau nak glamor.
“Kalau itu niat awal saya, lebih baik saya tubuhkan NGO saja kan. Tapi ini duit hasil titik peluh kita yang di mana itulah impian saya untuk bersedekah dan dapat bina keluarga yang bahagia sekarang,” luahnya.
Bergelar jutawan dalam usia yang begitu muda, pasti ada rahsianya.
Bahagikan Masa Sebaiknya
Setiap orang pasti melalui saat getir dalam perniagaan, pada peringkat permulaan, tak dinafikan akan kucar-kacir sedikit kerana segala rutin berubah. Jika waktu malam orang lain sedang tidur, kita pula masih buat bekerja.
“Bila kita makin berkembang, makin busy.. Insyallah kita pun sudah mampu menggaji staf segalanya akan kembali normal. Kita akan ada masa dengan anak dan untuk perkara lain.
Tambah Cekyana, masih banyak impian dan cita-citanya yang belum tercapai, tetapi belum bersedia untuk berkongsi dengan orang lain seperti miliki rumah yang diimpikan.
“Buat masa ini takut mahu fikir lebih-lebih, di masa akan datang belum tahu bagaimana rezeki saya. Jadi buat masa ini saya hanya ikut dan follow rezeki Allah yang diaturkan, saya sentiasa improve dan muhasabah diri saya.
“Sebagai hamba Allah kita jangan buat kerja Tuhan untuk tentukan sesuatu mengikut kemahuan kita. Sebaliknya Allah Yang Maha Mengetahui dan layak manage rezeki kita. Oleh itu teruskan konsisten berdoa, berusaha dan bertawakal kepada Allah, “ katanya sebelum mengakhiri perbualan.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Hebat usaha guru-guru SK Lemoi, Cameron Highlands ini. Ketika, sekolah ditutup akibat Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB), dan sedar para pelajarnya sukar meneruskan pembelajaran dalam talian. Guru-gurunya turun padang, masuk kampung anak-anak murid mereka.
Empat buah kampung dijejaki demi menghantar lembaran kerja untuk pelajar-pelajar mereka. Salah satu kampung terletak jauh dalam hutan. Perlu jalan kaki untuk sampai. Ketika merentas belantara ini, guru sama merasai keperitan anak-anak murid untuk mencari ilmu hampir setiap hari.
Belajar Dalam Talian Tak Boleh, Guru Buat Luar Talian
Oleh kerana kita tidak boleh buat pembelajaran dalam talian, kita buatlah luar talian. Apa sahaja kita usaha, asal anak-anak boleh belajar. Kan?
Alhamdulillah, hari ini kami selesai mengedarkan lembaran kerja dan bahan belajar untuk anak-anak SK Lemoi, Cameron Highlands.
Anak-anak yang bersekolah di SK Lemoi datangnya daripada empat buah kampung iaitu Kg Lemoi, Kg Telimau, Kg Chenan Cerah dan Kg Tileb (kampung yang baru di buka). Hanya Kg Lemoi dan Kg Telimau yang boleh dilalui dengan kenderaan (pacuan 4 roda atau motorsikan). Kg Chenan Cerah dan Kg Tileb pula terletak jauh di dalam hutan yang hanya boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja.
Biasanya, dari sekolah untuk sampai ke Kg Chenan Cerah memakan masa kurang lebih dua jam dan tambah lagi satu jam untuk sampai ke Kg Tileb.
Masuk Kampung Edar Lembaran Kerja
Semalam kami telah ke kampung-kampung berhampiran sekolah untuk mengedarkan fail yang mengandungi lembaran kerja dan bahan belajar untuk setiap murid.
Tidak susah untuk mengumpulkan mereka, sebab bila mereka nampak sahaja cikgu masuk kampung – akan bersegeralah mereka berkerumun. Walaupun sekadar menempel tanpa berbuat apa-apa.
Dalam hujan lebat dan salakan anjing sahut menyahut petang semalam juga kami telah selesai mengedarkan bahan untuk anak-anak di Kg Telimau.
Pagi tadi pula, dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak setiap seorang, roti dan air minuman; kami bergerak masuk ke Kg Tileb.
Fail-fail dan alat tulis telah kami bungkus rapi dalam plastik. Bimbang kehujanan.
Jalan hutan dan denai yang dilalui oleh anak-anak untuk ke sekolah dan asrama mengundang rasa keinsafan dalam diri. Bayangkan betapa kentalnya anak-anak sekecil 7 tahun ini bersama-sama mereka sahaja berjalan untuk ke sekolah.
Penduduk Kagum Usaha Guru Redah Belantara Demi Anak-anak Murid
Suasana agak “gempar” sedikit apabila kami tiba di Kg Tileb. Boleh jadi mereka hairan dan kagum kerana inilah kali pertama kami para guru sampai di kampung ini. Tiada kelihatan kaum lelaki, hanya kaum wanita beberapa orang dan anak-anak kecil sahaja di rumah dan laman. Barangkali kaum lelaki telah ke kebun atau hutan mencari hasil. Kecuali Batin yang masih di rumah.
Setelah meminta izin daripada Batin, kami mengorak langkah masuk ke kawasan rumah. Hanya ada 7 buah rumah di kampung ini. Sebaik kami merapat, berkerumunlah anak-anak kecil mengelilingi kami. Nasib baiklah hari ini kami bawa banyak bekal gula-gula, coklat, jajan dan biskut untuk mereka. Wahhh bukan main seronok masing-masing mendapat habuan. Kami ikut terhibur melihat mereka rakus membuka plastik pembalut, ada yang agak sukar – tanpa ragu mereka hulur pada kami untuk dibukakan.
Anak-anak ketika itu menjalani rutin mereka jika tidak ke sekolah. Anak lelaki ke kebun, anak perempuan membasuh pakaian, memasak dan mengemas. Mereka berhenti seketika untuk mengambil bahan yang kami bawa. Berkeliling dan berbual-bual bagaikan melepas rindu lamanya tidak berjumpa dek perpisahan yang tergesa-gesa minggu sebelumnya.
Kami tidak dapat berlama di situ kerana risau hujan akan turun. Sekarang hampir setiap petang hujan dan kami tidak mahu ditimpa kesusahan jika terpaksa keluar dalam hujan.
Tubuh Kecil Itu Pikul Beg Berisi Sireh, Sayuran..
Sedang kami bersiap untuk keluar, Arif dan Amirul pulang dari kebun. Ada senyum terukir di wajah demi melihat kami. Di belakang tubuh kecil itu pula memikul beg kecil berisi sireh, pucuk labu, jagung dan sayuran. Sayu hati ini melihat wajah polos yang sekecil ini sudah tahu mencari rezeki untuk keluarga mereka.
Kami tinggalkan pesanan untuk mereka. Insya-Allah kami akan datang lagi nanti untuk pembelajaran seterusnya. Biar bagaimana caranya sekalipun, guru-guru tetap akan cuba memberi yang terbaik buat anak-anak didik.
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan staf SK Lemoi yang telah bertungkus-lumus menyediakan lembaran kerja / bahan belajar untuk murid-murid dan seterusnya menghantar kepada setiap mereka.
Terima kasih atas kerjasama semua. Diharap dengan sedikit usaha ini, akan memberi manfaat kepada anak-anak didik kita untuk terus belajar walaupun di rumah dan tanpa kemudahan internet.
THIS IS LEMOI! Nota: Al Fatihah untuk arwah Syam Din; kalau arwah masih ada – dah tentu dialah yang paling sibuk ketika ini. Ketika PKP sebelum ini, arwahlah yang menguruskan untuk hantar semua kerja kepada anak-anak. Semoga arwah tenang di sana. Al Fatihah.
MW : Luar biasa hebat kerja cikgu! Semoga usaha yang cikgu-cikgu lakukan diberkatiNya.