Dengar cerita suami nak kahwin lagi dari mulut boleh buat kaum isteri mengamuk, jadi lebih baik lah bisik awal-awal pada orang rumah sebelum keadaan jadi lebih buruk.
Ini kalau nak ikutkan rasa marah memang jadi tak best, tetapi rasanya kaum perempuan ini tak sama. Ada yang boleh dibawa berbincang, itu pun kalau suami jujur dan MAMPU!
Konsepnya, jangan buat hal diam-diam.
Suami Nak Kahwin Lagi
Menarik dalam perkongsian Doktor Khairul Faizie kali ini, dia dan isterinya punya pandangan yang sama dalam isu poligami.
Pagi tadi, masa bersarapan, isteri aku cakap dia ada mimpi kelakar.
Aku tanya mimpi apa?
Dia kata:
“I mimpi kita pergi berjalan jalan ke Melaka. Lepas tu entah macam mana, boleh kantoi, jumpa bini no. 2 u. Hahaha . Rupa rupanya dah 6 tahun kahwin, dah ada seorang anak.”
Aku lupa pulak nak tanya macam mana rupa bini no. 2 aku tu…
1) Be gentle
Ads
Suami, kalau kau nak kahwin lagi, bagitau isteri. Jangan sorok sorok. Kata nak jalankan salah satu sunnah nabi kan, so why on earth benda yg baik ( sunnah) perlu di sorokkan?
Soal bini kau nak bagi atau tidak, itu soal lain. Yang penting, jadilah suami yg bertanggungjawab. Jangan menipu.
Bayangkan cerita dalam mimpi bini aku tu, aje gila 6 tahun aku simpan rahsia selalu ulang alik gi Melaka…Hahaha.
Kau tak rasa bersalah ke tipu bini each time kau nak balik rumah bini muda? Bini kau beria ia bantu rumahtangga, sediakan itu ini supaya kau & anak anak rasa selesa, tapi kau tipu dia.
Kalau kau dah inform bini niat nak kahwin lain, tapi dia tetap berkeras tak bagi / atau suruh lepaskan dia, maka solat taubat banyak banyak, solat hajat banyak banyak, baca Al Quran & zikir banyak banyak. Minta Allah lorongkan jalan penyelesaian nya. Setelah kau yakin itu ‘ hint’ yang Allah kurniakan, maka buatlah keputusan sendiri. Dah tua bangka kan, dah terlebih matang.
2) Ingatlah, suami anda bukan hak anda.
Ads
Isteri, kalau lah suami anda ada buka mulut dia nak kahwin lagi, ajak dia berbincang. Jangan berperang, jangan merusuh. Memang kamu akan marah, standard la, tapi guna akal, bukan nafsu. Hormatilah hak suami anda yang diperuntuk kan utk kahwin lagi. Anda mahu dia buat dosa zina dengan orang lain?
Kalau suami bagitau dia nak kahwin, itu tanda nya dia jujur.
Walaupun poligami di halalkan dalam agama, memang ramai isteri yang masih tak boleh terima. Tak mengapa, itu hak masing masing, macam merokok itu difatwa haram, tapi ramai yang masih hisap. Percayalah, aku sebagai lelaki, berani kata begini:
“Lelaki yang senyap je, tak kecoh kecoh pasal poligami, maka mereka ini lah yang paling berpotensi untuk amalkan poligami”
Kena ingat, suami anda bukan hak anda. Begitu juga buat suami, isteri anda bukan hak anda. Anak anak kita, bukan hak kita. Kita ambil tanggungjawab untuk mendidik mereka (bagi isteri, melayan suami), dan mereka boleh jadi asbab untuk kita ke syurga, atau neraka. Allah aturkan apa yang terbaik, sebab dia Maha Mengatur & Melindungi hamba hambaNya ( Asmaul-husna: Al Waliyy ).
Ads
Sayang macam mana pun kita pada suami / isteri / anak anak, satu hari nanti, kita tetap akan hilang mereka, dan berjumpa kelak di syurga, Insya Allah. Kalau suami kahwin lain, Insya Allah, anda isteri bukan hilang dia pun di dunia yang fana ini. Kalau suami culas tanggung jawab lepas kahwin 2, maka sila buat aduan ke pejabat agama. Simple.
3) Jaga lah hati kaum mu.
Wanita yang bakal jadi isteri no. 2, jagalah hati kaum sejenis dengan mu. Kamu sama sama wanita. Tergamak kah kamu sama sama berpakat dengan bakal suami mu, utk menipu madu mu?
Ingatlah, langit tidak selalu cerah.
Kalau kamu tergamak menipu isteri pertama yang selama ni bertahun tahun berkorban wang, tenaga, keringat dan air mata utk bina rumah tangganya (dan kamu kahwini suaminya secara rahsia), maka jangan sentap kalau kamu pula menerima nasib yang sama, bila suami mu pula ulang benda yang sama, dengan isteri ke – 3 nya !
Dan ingatlah, jangan berahsia bila nak berpoligami, jangan ikut suami orang lari ke Selatan Thai menikah di sana. Perkahwinan kamu tidak di daftarkan. Memang sah dari hukum agama, tapi tidak sah dari sudut perundangan syariah.
Andai terjadi perkara yang tak di ingini, contohnya suami mu culas bagi nafkah, di mana kamu nak tuntut hak? Nak buat aduan ke pejabat agama?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Banyak sangat kes pasangan kahwin nak mudah, sanggup ke Thailand demi halalkan hubungan. Yang banyak jenis pasangan kahwin jadi nombor dua! Tetapi bila dah bertahun bersama, akhirnya lelaki buat perangai dan gagal tunaikan tanggungjawab. Padahnya hubungan rumah tangga dilanda badai.
Allah… tolonglah sedar wahai kaum wanita! Untuk renungan sebelum bertindak dengan cara yang salah dalam urusan perkahwinan, jom baca perkongsian penulis ruangan RESEPI HIDUP majalah Mingguan Wanita, Puan Suzana Ghazali ini…
“Kak Su, suami saya tak nak daftarkan perkahwinan kami. Dia cakap, kalau saya uruskan juga untuk daftar, jatuh talak satu.”
Antara aduan seorang isteri yang sudah berkahwin di sempadan hampir lima bulan. Suami melarang gara-gara diugut isteri pertama, jika perkahwinan kedua suaminya didaftarkan, dia akan failkan cerai. Suami isteri ini telah bersemuka dengan saya sebelum ini dan saya nasihatkan untuk uruskan permohonan poligami. Lebih kurang sebulan kemudian, saya dimaklumkan oleh si isteri, mereka dah pun berkahwin di sempadan, dengan pujukan si lelaki tika itu bagi memudahkan urusan.
Teringat kata orang: bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Ya lah, kalau nak susah tu, mudah saja tapi kalau nak senang belakang hari, perlulah bersusah sedikit di awalnya. Kalau senang dan mudah pada awal tadi, biasanya malah kebanyakan kes membuktikan, akan ada payah dan susahnya di belakang hari.
Ramai yang tahu hakikat ini. Namun, yang menjadi masalahnya ialah tahu tetapi enggan mengambil iktibar. Ada juga yang tahu tetapi bila terkena batang hidung sendiri, bertindak seolah-olah hakikat bukan senang nak senang tu dusta semata-mata. Tetap nak juga ambil jalan mudah dengan pendirian, berdoalah agar mudah juga belakang hari. Ya… memang betul, kita usaha dan yang lainnya kita serahkan kepada AllahYang Maha Kuasa.
Jangan lupa… usaha dan ikhtiar perlulah mengikut jalan dan landasan betul. Sungguh, matlamat tidak menghalalkan cara walaupun jalan yang anda ambil hanyalah bercanggah dengan undang-undang dan bukan hukum syarak. Satu perkara yang perlu diingat terutamanya oleh para gadis dan wanita di luar sana, undang-undang adalah untuk kebaikan anda. Melanggar undang-undang bererti anda menempuh bencana dan paling tragis, ada kes perlanggaran undang-undang dan dalam masa yang sama bercanggah juga dengan hukum syarak.
Bukan Suka-suka
Ketahuilah, perkahwinan bukanlah perkara main-main apatah lagi perkara gurauan atau suka-suka. Perkahwinan memerlukan agar setiap rukun dan syaratnya dipenuhi. Rukun nikah ada lima: calon isteri, calon suami, wali, dua orang saksi dan sighah iaitu ijab dan kabul. Saya tak nak jelaskan dengan terperinci mengenai hukum dan syarat nikah ini. Saya yakin, anda boleh cari faktanya sendiri. Namun, fokus saya ialah mengenai perkara yang selalu diambil mudah dalam perkahwinan iaitu wali dan saksi.
Teringat kes pertama yang saya kendalikan ketika menjalani latihan praktikal di Kuala Muda, Kedah: seorang lelaki ditangkap bersama seorang wanita yang diakui sebagai isterinya. Malangnya ketika tangkapan dibuat, tiada surat akuan nikah yang berjaya dikemukakan. Ketika perbicaraan, lelaki ini mengeluarkan kenyataan amat menggeletek hati saya hinggalah sekarang.
Tika hakim bertanya: siapa wali perkahwinan? Si lelaki menjawab: “saya tak tau yang arif, abang angkat saya yang uruskan”. Hakim bertanya lagi: siapa saksi perkahwinan? Jawapan masih sama: “saya tak tau yang arif, abang angkat saya yang uruskan”. Ya Allah!! Kenapalah boleh jadi begini? Itu kata hati saya tika itu dan setelah hampir 20 tahun terlibat di dalam bidang kerjaya ini, saya kenal pasti satu perkara, ramai yang mencari jalan keluar yang mudah tanpa memikirkan kesan dan akibatnya di belakang hari. Seperti kes lelaki yang terlalu mengharapkan abang angkatnya inilah, khabarnya perkahwinan dijalankan oleh kadi Thailand tetapi bila ditanya di mana tempat nikah, jawapannya: sebuah kampung dekat dengan Kuala Ketil. Alahai, bila pula Kuala Ketil masuk bawah sempadan Thailand?
Itu kisah pada tahun 1996. Saya tahu dan saya yakin, hari ini tika kita disogok dengan pelbagai kemajuan, masih ramai lagi yang terlibat dan bercadang untuk terlibat di dalam perkara yang bodoh seperti itu. Ya, memang perkara bodoh dan juga memalukan.
Saya merayu kepada para gadis atau wanita di luar sana, jangan termakan pujuk rayu lelaki yang konon cintakan anda sepenuh hati. Jika benar cinta, minta si lelaki berkahwin dengan anda mengikut cara yang betul, tidak melanggar adat, menepati kehendak undang-undang dan paling penting bertepatan dengan kehendak syarak.
Ketahuilah dan ingatlah, simpankan kemas di lipatan minda anda… natijah dan kesan daripada perbuatan bodoh itu akan diterima dan ditanggung oleh anda sendirian. Terus terang, hampir kebanyakan kes sebegini, pihak lelaki bertindak lepas tangan. Yang merana dan menderita, yang terpaksa meneruskan hidup dalam sengsara adalah anda!!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sudah ajalnya, satu lagi kes melibatkan bayi lelaki maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) di Dungun, semalam.
Muhammad Azhari Zul Azri, 20 bulan, disedari terjerut tali terbabit oleh ibunya, Noryasmin Mat Yasin pada 6.50 petang.
Maknya Solat Asar, Anak Ralit Bermain
Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan bermain bersama kembarnya ketika ibunya mengerjakan solat Asar di dalam bilik rumah berkenaan, manakala abang dan kakaknya berusia lingkungan tiga hingga empat tahun berada tidak jauh dari mangsa.
Bayi yang berumur setahun lapan bulan itu pula bermain di atas sofa bersebelahan dengan bidai itu sebelum dipercayai terjatuh dan lehernya terjerut dengan tali bidai terbabit.
Sebaik selesai mengerjakan solat, ibu mangsa terkejut mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim, 39.
Zul yang bekerja sebagai penyelia projek bergegas pulang ke rumah dan mengejarkan anak mereka ke Klinik Kesihatan AMBS untuk mendapatkan rawatan. Polis masih menunggu proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sumber: Astroawani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami adalah pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya. Tanyalah pada lelaki, mereka boleh menjadi suami namun tetapi belum tentua semuanya boleh menjadi suami yang hebat. Malah, sebagai isteri tentu sekali dia dambakan suami yang hebat itu mempunyai personaliti unggul yang memukau jiwa dan raga isterinya.
Tidak dinafikan, nilai suami yang memukau mata isteri adalah seorang lelaki yang dapat memikul anggungjawab bukan pada isteri tetapi keluarga. Sebab itulah, sebelum berkahwin, ilmu-ilmu rumah tangga perlu ada demi untuk membina keluarga bahagia hingga ke syurga.
Menurut Dr. Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga, nilai seorang suami yang memukau, ia perlu diterangi dan disuluh minda setiap orang. Ini adalah bertujuan untuk membantu lelaki yang sudah berkahwin atau belum, mahupun untuk wanita yang sudah atau belum berkahwin dapat muhasabah kendiri demi membina mahligai cinta yang bahagia.
Suami Yang Lemah
Dalam pemerhatian, kebanyakan wanita yang telah berkahwin mengadu, rasa tidak bahagia mereka selepas berumah tangga adalah berpunca daripada sikap suami yang memiliki personaliti seperti:
Tidak romantik
Tidak sabar sebaliknya pemarah
Tidak bangun malam untuk solat tahajud
Tidak mengambil berat akan keselamatan isteri
Tidak berjimat sebaliknya boros berbelanja
Tidak pimpin isteri dan anak-anaknya bersolat jemaah
Tidak cekap mencari duit untuk kegunaan seisi keluarga
Tidak menunjukkan kepimpinan sebagai pencinta masjid/surau
Tidak bersikap lembut sebaliknya mengasari isteri dan anak-anak
Tidak peka akan kesihatan kendiri, misalnya perokok tegar dan suka melepak lewat malam.
Imej Suami Hebat
Realitinya, suami akan kelihatan berimej hebat pada pemerhatian isteri apabila dia senantiasa menampakkan:
Suami yang penyayang
Bijak membelai minda dan emosi isteri
Pendengar yang setia
Suka memberi pelbagai hadiah istimewa kepada isteri tanpa dijangka
Sering memberi nasihat dengan kata-kata yang ringan namun membina jiwa dan terserlah keterampilannya
Gigih dan fokus mencari rezeki yang mampan dan halal buat kebajikan isteri dan seisi keluarganya.
Senyuman seorang suami yang baik pekerti akan menyerlahkan lagi imej romantik suami dan menampakkan nilai keimanan, ketulusan, kesetiaan, kegigihan dan ketekunannya untuk memimpin isteri.
Trait Personaliti
Dalam menjadikan suami, seorang personaliti yang hebat, dia mesti merasionalkan para isteri berhubung setiap perkara dan kebaikan kepada isteri. Contohnya, menutup aurat supaya isteri itu kelihatan sebagai orang yang baik-baik dan mencegah dirinya daripada diganggu oleh lelaki yang berhidung belang.
Daripada aspek psikologi wanita pula, suami yang hebat mesti ingat bahawa “Setiap isteri itu sangat berkeinginan untuk disayangi setiap masa, menjadi buah hati suaminya, dihargai dan dihormati.”.
Begitulah juga seorang suami yang hebat pada perspektif wanita
“Dia seorang suami yang menjadi ayah yang soleh dan teladan terbaik buat anak-anaknya. Suami yang hebat juga selalu membawa kegembiraan buat seisi keluarganya”.
Bagi perspektif ilmu kaunseling Islam pula, terdapat 7 ciri personaliti suami yang hebat iaitu;
Empati tinggi
Bertanggungjawab
Penyayang tidak pemarah
Solatnya sempurna 5 waktu
Berkemampuan menyara seisi keluarga
Tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup
Penampilannya bersih sedap mata memandang
KESIMPULAN
Suami yang miliki persona ialah merujuk kepada karisma seseorang suami yang beriman dan berhati mulia.
Keimanan menerbitkan hati yang suci dan kesucian hati menerbitkan perasaan yang harmoni dan keharmonian perasaan menghasilkan personaliti seseorang yang berwibawa. Seterusnya kewibawaan itulah yang merupakan aset utama seseorang suami untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan dipatuhi oleh setiap ahli keluarganya khususnya isteri.
Tanpa iman dan hati yang mulia, seseorang suami itu akan sukar untuk:
Mengotakan katanya
Arahannya dipatuhi,
Pandangannya dipercayai
Fikirannya dirujuk
Minatnya dihargai
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...