Kalau Suami Anak Emak, Usaha Ini Boleh Selamatkan Isteri Dari Terseksa

Share

Ya ampun.. derita sungguh bila suami anak mak ini. Kalau dapat mentua yang jenis sayang menantu, bahagialah hati. Payahnya bila mentua sendiri tak sebulu dengan menantu.

Nampak menantu macam nampak ‘perempuan kaki kikis duit laki’. Padahal hakikat sebenar, anak dialah yang paling parah menghabiskan duit isteri.

Sebab nak jaga maruah suami je, isteri pendamkan sikap sebenar suami. Ramai isteri yang macam itu.

Melindungi suami sebab tak nak aib suami tersebar. Tapi, betapa dia usaha menjaga pun mentua tetap tak terbuka hati nak terima.

Kalau lah dapat suami anak emak ini, macam mana nak buat

. Apa jalan terbaik untuk leraikan kekusutan emosi dalam hati kita wahai isteri.

Cara Sedarkan Suami Anak Emak ( Jenis Nak Buat Apa Keputusan Pun Tanya Mak Dulu )

PERTAMA : Jadi Isteri Yang Tegas Dan Ada Pendirian

Ini penting sangat-sangat. Suami kena faham bila dia dah berkahwin, dia sudah punya tanggungjawab terhadap isteri yang dinikahi.

Sedarkan suami.

Kalau cara halus tak jalan. Guna cara ‘kasar’.

Bukan sampai berdarah. Cuma tegas fahamkan suami pendirian anda.

Kenapa anda menderita emosi, melayan sikap anak maknya itu.

Cakap biar terang. Sampai suami faham. Sebab rata-rata suami ni payah nak buka hati faham isteri.

Kalau anda tak suka. Tak sukalah kebenarannya. Dengan anak emak ini tak payah berkias.

Dia takkan faham.

KEDUA : Beri Suami Peluang Jadi Lelaki Hebat

Sokong suami. Jangan perlekeh dia. Anak emak ini manja sifatnya.

Jadi manjakanlah suami anda. Dalam konteks beri semangat. Barakan keinginannya untuk jadi orang hebat.

Kalau asyik-asyik kondem, itu yang dia balik ke emak.

Duduk bawah ketiak. Sampai bila?

Tak tahan kan.

KETIGA : Berdamailah Dengan Takdir

Jangan perangi mentua. Kalau suami anak emak, anda pun kena pastikan jadi menantu kesayangan emak.

Bunyi macam memaksa. Tak sebenarnya..

Bila suami nak bermanja dengan emaknya. Layankan sajalah. Tak perlu cemburu pun.

Jadilah diri sendiri yang ikhlas mencintai suami. Nanti sayang anda pada insan yang melahirkan suami akan datang jua.

Published by
Netty Ah Hiyer