Ya ampun.. derita sungguh bila suami anak mak ini. Kalau dapat mentua yang jenis sayang menantu, bahagialah hati. Payahnya bila mentua sendiri tak sebulu dengan menantu.
Nampak menantu macam nampak ‘perempuan kaki kikis duit laki’. Padahal hakikat sebenar, anak dialah yang paling parah menghabiskan duit isteri.
Sebab nak jaga maruah suami je, isteri pendamkan sikap sebenar suami. Ramai isteri yang macam itu.
Melindungi suami sebab tak nak aib suami tersebar. Tapi, betapa dia usaha menjaga pun mentua tetap tak terbuka hati nak terima.
Benar, sebagai mak ayah bukan mudah mahu menghalang kemasukan fitnah akhir zaman ke dalam rumah sendiri. Kadangkala tanpa sedar pun, mak ayah terleka dengan smartphone di tangan. Itulah antara tanda-tandanya. Bentengi hati daripada fitnah akhir zaman dengan surah Al Kahfi.
Perkongsian daripada Ainizal Abdul Latifyang menunjukkan panduan bagaimana mahu mengawal hati anak-anak daripada tergelincir dengan kehadiran fitnah akhir zaman.
“Sedang menguji susunan dan ayat hafalan Rizqy anak Autisme saya, pada 10 ayat surah Al Kahfi” Tulisnya ketika menerangkan video ujian hafalan anaknya.
Perangkap 5S
Perjalanan homeschooling pada setiap hari jumaat di mulakan dengan ulangan bacaan, kefahaman melalui terjemahan, dan tadabbur surah Al Kahfi.
Mereka perlu difahamkan tentang akan hadirnya fitnah akhir zaman dan dajjal. Merekalah anak-anak kita yang jika di izin Allah adalah generasi yang akan melalui zaman tersebut dengan dasyat.
Kita tidak mampu menghalang keluarnya fitnah akhir zaman, namun kita sudah di peringatkan berkali-kali oleh baginda rasulullah melalui hadith sahih tentang bagaimana mahu menghalang fitnah tersebut daripada masuk ke dalam rumah.
Sungguh, jika ditadabbur barulah kita akan tahu dan faham apa kaitan surah Al Kahfi ini dengan fitnah akhir zaman dan kehadiran dajjal. Bagaimana pemuda-pemuda gua itu Allah selamatkan daripada kekufuran, begitulah kita mohon di selamatkan Allah dari fitnah ini kepada keluarga kita.
Benteng Surah Al Kahfi
Saya pernah mendengar satu ceramah (maaf lupa siapa penyampai), yang memberitahu, jika kita perhatikan, strategi fitnah akhir zaman sebenarnya telah di rancangkan melalui perangkap 5S iaitu:
1) Smoke : Rokok dan ketagihan.
2) Sport : Sukan-sukan yang banyak dipertandingkan.
3) Screen : Game, video dan filem yang tidak ditapis.
4) Song : Lagu dan hiburan yang melalaikan.
5) Sex : Eksploitasi aurat wanita dan filem porno.
Hari ini, tanpa kita sedar, semua itu sudah berjaya masuk ke dalam rumah-rumah kita, tanpa kita dan anak-anak keluar rumah mencarinya. Mereka boleh dapat semua maklumat berkaitannya di hujung jari iaitu hanya melalui gadget.
Saya sendiri mengakui tidak mampu untuk menghalang 100% perangkap ini masuk ke dalam rumah. Allahuakbar, satu dua terlepas juga di sebabkan gadget sudah menjadi keperluan untuk melakukan kerja dan komunikasi pada hari ini.
Moga Selamat Dari Seburuk-buruk Fitnah
Dalam keadaan kita tidak mampu menghalang ia masuk ke dalam rumah, siapalah yang mampu untuk menjaga kita dan mereka kalau bukan Allah, melalui amalan yang ditunjuk ajar oleh nabi.
Moga kita dan keluarga sentiasa mendapat bantuan, hidayah dan ihsan daripada Allah dalam menjaga dan memperbaiki iman supaya terselamat dari seburuk-buruk fitnah, iaitu fitnah akhir zaman.
Serius, kadang bercinta nak kemas kain baju yang tak berlipat. Itu belum campur masalah susunan kain baju yang dalam almari ‘senget-benget’, sekali tarik terus berterabur.
Bukan anak saja yang tak reti tarik, kadang kalau suami nak cepat dia main tarik dan akhirnya kain baju dalam almari nampak tak cantik.
Lepas itu, pandang yang dalam bakul pula! Allahu… ngeri tengok kain baju dah macam kubu perang. Satu tak apa lagi, yang dua tiga bakul itu yang jadi malas sangat mak-mak nak mulakan.
Haaa… inilah masalah harian kaum mak-mak, berperang dengan kain baju dari cuci baju ke sidai dan sampailah bab melipat. Tetap gagal!
Tetapi tak semua, ada yang rajin melipat kain baju. Yang syok kalau encik suami boleh buat sambil tengok TV, macam saudara Firdaus Shakirin ini.
Jangan Tunggu Banyak Baru Nak Lipat…
Dalam banyak-banyak kerja umah, lipat baju is the easiest sekali. Ambil bakul, tabur baju depan tv, then lipat. Peluh tak keluar, just tangan je bergerak sambil tengok TV.
Yang paling senang untuk buat ni, tapi mungkin berat bagi yang tak pernah buat.
Jangan tunggu banyak, jangan kumpul-kumpul then baru lipat. Kompom rasa malas nak buat kalau dah banyak bakul. 2 hari sekali basuh baju, then terus lipat. Pastu kalau malas sangat, gantungkan je baju-baju guna penyangkut (hanger), ni yang paling senang, cepat dan kemas. Kalau ambil pun, baju-baju lain tak terabur.
Ada orang, tarik satu baju, habis satu almari berselerak. Pastu biar, sapa kemas? Isteri la kan… sapa lagi.
Baju Paling Lambat Nak Lipat
Bila dah biasa buat, setakat sebakul tu, dalam 15 minit saja. Sekejap je pun… yang melambatkan ialah baju anak-anak, yang keci-kecil. Nak lipat pula kena pairing bagi betul. Tak boleh la baju merah seluar oren. Kena cari pair dia yang sama.
Bila susun dalam almari pun macam tu, baju satu susunan, seluar satu susunan, pakaian “kecik-kecik” itu letak dalam laci. Baju seluar yang selalu pakai, letak atas sekali… yang kain cepat kedut, gantungkan… mudah tak?
Siapa kata jadi suami kena buat kerja-kerja rumah tu susah? Nak atau tak je, bang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila suami tiba-tiba tak lagi cinta. Kerana kasihnya sudah tertumpah pada wanita lain dan beria-ia mahu menikahinya. Lalu, isteri diceraikan tanpa sebab munasabah.
Ini yang dikongsikan oleh peguam syarie, Roslina Sabiyah & Co. ketika berdepan dengan kes kliennya yang dicerai suami, hanya disebabkan suami sudah jatuh cinta dengan seorang janda yang tak mahu berpoligami.
Isteri Ini Dicerai Suaminya Di Luar Mahkamah
Jika diberi pilihan.. saya lebih suka menyelesaikan masalah kes harta pusaka berbanding masalah kes rumahtangga.
Tapi sebagai seorang peguam syarie, saya tak dapat mengelak untuk berhadapan dengan kes-kes masalah rumahtangga tersebut. Jarang saya menulis tentang isu rumahtangga sebenarnya.. tapi kali ni saya nak kongsi 1 kisah..
Baru-baru ini saya didatangi seorang wanita yang baru diceraikan suaminya di luar mahkamah. Alasan diceraikan kerana si suami nak berkahwin lain dengan seorang janda beranak dua.
Macam klise je alasan ni kan? Dah 14 tahun saya hadap kes-kes macam ni. Saya dah train hati supaya tak jadi hati tisu. Konon hati dah kebal. Tapi kes kali ini saya mengaku saya tewas..
Keluarga ini keluarga bahagia. Si isteri suri rumah sepenuh masa yang taat. Tugasnya mengurus rumahtangga termasuk menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah.
Walaupun suri rumah dan sudah mempunyai 6 orang anak, rupa dan penampilannya masih kemas dan menarik.
Dalam Diam Suami Jalin Cinta Dengan Rakan Sekerja
Si suami pula seorang lelaki bekerjaya yang berjaya. Seorang suami yang bertanggungjawab dan ayah yang penyayang kepada anak-anaknya. Keperluan keluarga dijaga dengan baik. Pendek kata semuanya nampak sempurna.
Sehinggalah si suami rupanya ada menjalinkan hubungan cinta dengan rakan di tempat kerja dalam diam. Mereka merancang untuk berkahwin.
Si suami masih sayangkan isterinya. Tapi terpaksa menceraikan isterinya kerana janda tersebut tak mahu berpoligami walaupun isteri pertama sanggup bermadu.
Maka tangisan si isteri yang setia dan anak-anak tak mampu menghalang cinta baru si suami untuk diteruskan.
Ini Hak Yang Isteri Boleh Tuntut Jika Dicerai Tanpa Sebab Munasabah
Ditemani anak sulungnya yang baru berusia awal belasan tahun dan 2 anak kecil, dia datang berjumpa saya untuk mengetahui apa hak-hak yang dia boleh tuntut dalam keadaan dia diceraikan tanpa sebab yang munasabah.
Dia sedar tak guna nak meratap menangis sedangkan ada perut yang perlu di isi dan ada hidup yang perlu diteruskan. Saya kagum dengan semangat dan ketabahan dia.
Bukan mudah menerima sesuatu yang tak terduga secara tiba-tiba dalam hidup.
√ Saya terangkan secara jelas apa haknya yang boleh dituntut dari segi nafkah iddah, tuntutan mut’ah, harta sepencarian, hak jagaan anak, nafkah anak dan lain-lain.
√ Dia juga berhak jika nak mendakwa pihak ketiga sebagai punca hancurnya rumahtangga dia. Semuanya bergantung pada dia samada nak teruskan ataupun tidak.
Anaknya yang sulung mendengar penuh tekun, sesekali dia membantu menerangkan kepada ibunya. Dia yang saya sifatkan sebagai tulang belakang yang menjadi penguat ibunya.
“Adik..walaupun ayah dan ibu adik dah tak ada apa-apa hubungan, hubungan adik sebagai anak-anak dengan ayah tetap ada sampai bila-bila.”
√ “Jika berlaku apa-apa pada ayah, adik dan adik-adik semua ada bahagian faraid terhadap pusaka ayah. Anak-anak tiri ayah tak berhak. Ingat tau.” pesan saya.
Dia mengangguk tanda faham. Nampak matang dari usianya.
Kena Bangkit Semula Dan Cepat Cepat Move On
“Acik, saya tak pernah tengok ibu dan ayah saya bergaduh. Tapi tak tau kenapa ayah saya tiba-tiba jadi macam tu..” sayunya dengar anak kecil meluah rasa. Tak terbalas nak menjawab..
“Sayang.. ibu buat semua ini bukan untuk menganiaya ayah. Tapi ibu nak bantu ayah jalankan tanggungjawab dia.”
“Sekurangnya dengan cara ini kita masih boleh teruskan hidup kita macam biasa walau tanpa ayah di sisi.. ibu nak kamu dan adik-adik teruskan sekolah dan jadi orang berjaya nanti..” balas si ibu sambil mengusap lembut kepala anak sulungnya.
Allahu.. tiba-tiba muka terasa panas. Tak tau nak sorok air mata kat mana.
Ujian hidup kita berbeza-beza.. tapi walau apa pun dugaan yang mendatang dalam hidup, kita kena bangkit semula dan cepat-cepat move on.
Jangan pendam sorang dan cuba dapatkan bantuan. Realiti kehidupan.. memang pahit tapi itulah rencahnya.. mungkin Allah dah susunkan rancangan yang lebih baik untuk kita semua.
Mohon doakan yang baik-baik je ya. Semoga urusan hidup mereka dan kita semua dipermudahkan.. aminnn.
MW : Semoga mak-mak semakin jelas dengan hak-hak seorang isteri ini. Kena hadamkan betul-betul, kerana kita takkan pernah tahu apa yang bakal terjadi esok lusa dalam alam rumah tangga kita. Yang penting, ilmu ini kena simpan kemas-kemas dalam diri.