Perasaan sedih dan hiba sering menghantui golongan wanita. Sikap wanita yang lemah-lembut membuatkan mereka mudah beremosi denga keadaan sekeliling termasuklah dengan pasangan dan keluarga. Perasaan sedih ini normal jika ia tidak berpanjangan.

Tetapi jika mak-mak benar sayangkan diri sendiri, jangan biarkan perasaan sedih berpanjangan kerana bimbang kesannya kelak. Perasaan sedih dalam tempoh yang lama akan menyumbang kepada depresi tanpa mak-mak sedar.

Ikuti perkongsian Dr Arisman, MD. dan fahami penjelasannya baik-baik:

DEPRESI ADALAH PENYAKIT BAHAYA ‼️
=================================

Depresi adalah gangguan suasana hati (mood) yang ditandai dengan perasaan sedih atau murung dan rasa tidak peduli, putus harapan (gejala mesti berterusan selama 2 minggu atau lebih)

Depresi (kemurungan) yang dibiarkan berlanjutan dan tidak mendapatkan rawatan seawal mungkin boleh menyebabkan terjadinya penurunan produktiviti kerja, gangguan hubungan sosial dan paling buruk sekali hingga munculnya keinginan untuk bunuh diri. Ya bunuh diri!

Dianggarkan 1 daripada 15 orang dewasa akan mengalami depresi dalam setahun.
Lebih sering dijumpai pada usia dewasa. Terapi boleh terjadi pada anak berusia belasan tahun.

Wanita lebih sering menghidapi depresi. Kajian menunjukkan 1/3 wanita akan mengalami major depressive episode in their lifetime. (Depresi pada wanita sering dikaitkan dengan perubahan hormonal, termasuk menstruasi, kehamilan, setelah kehamilan, atau menopause.)

🤔 Doktor, apa gejala Depresi, Sedih?

1️⃣ Ciri-ciri psikologi seseorang yang mengalami depresi adalah:

 Mengalami kecemasan dan kekhuatiran yang berlebihan
 Tidak stabil secara emosional
 Merasa putus asa atau frustrated
 Berfikir untuk membunuh diri (depresi tahap berat)

2️⃣ Ciri-ciri fisik dari seseorang yang mengalami depresi adalah:

 Selalu merasa lelah dan tak bertenaga
 Mengalami pusing dan rasa sakit tanpa penyebab yang jelas
 Menurunnya selera makan
 Malas keluar rumah
 Malas bersihkan tempat tinggal
 Gangguan waktu tidur atau tidur yang terlalu lama. Boleh jadi juga mereka susah untuk beranjak dari tempat tidur.
 Merasa bersalah setiap masa
 Malas menjaga kebersihan diri
 Meyakini banyak orang membenci dirinya

🤔 Apa penyebab Depresi ini doktor, puncanya perasaan sedih?

🤷‍♂️ Penyebab utamanya masih belum diketahui. Ada kajian menunjukkan ianya berhubungan dengan faktor genetik dan biokimia.

👇 Beberapa faktor pemicu terjadinya depresi, di antaranya:

IKLAN

1. Mengalami peristiwa trauma
2. Memiliki penyakit kronik atau serius
3. Mengonsumsi jenis ubat tertentu
4. Memiliki riwayat gangguan mental lainnya
5. Faktor persekitaran tidak sihat (tempat kerja atau rumah)

Baca Juga Di Sini:

Hidup JANGAN Berpandukan PERASAAN Semata, Jika Allah Ambil Pasti DIGANTI

Sedihnya ISTERI Berpantang, SUAMI Diam-Diam BUKA Ruang Pada Orang KETIGA

Info Lebih Menarik Klik Saja Di Sini. 

Kalau Sayangkan DIRI Sendiri, Jangan Biarkan Perasaan Sedih Berpanjangan Bimbang Kesannya 
Sumber: Public Health Malaysia

🤔 Macam mana nak rawat depresi doktor?

Depresi adalah penyakit gangguan mental yang boleh sembuh dengan baik. 80 hingga 90% mereka bebas dari gejala dengan rawatan.

1. Jumpa doktor seawal mungkin bila ada salah satu gejala di atas. Dapatkan konsultasi dari doktor di klinik swasta/kerajaan.

IKLAN

2. Doktor akan melakukan ujian saringan bertulis iaitu DASS (Depression Anxiety Stress Scale)

3. Rujuk ke Klinik Psychiatric untuk counselling session dan rawatan lanjut.

4. Ubat antidepressant akan diberikan jika perlu (oleh doktor Psychiatric)

5. Psycotherapy atau talk therapy selalu digunakan oleh pakar untuk rawatan tahap depresi ringan tanpa perlu makan ubat.

(Itu pentingnya rawatan awal untuk deteksi depresi sangat perlu. Semua orang malas dan takut dengan ubat kan? Kan?)

6. Electroconvulsive therapy (ECT) akan diberikan kepada pesakit tahap berat atau penyakit bipolar yang tidak sembuh dengan ubat.

IKLAN

7. Self-help and coping. Misalnya lakukan senaman, yoga, diet seimbang, kualiti tidur yang baik, elakkan merokok dan minum alkohol.

Jangan pernah merasakan diri menghidap “sakit jiwa” atau takut di gelar “sakit mental” atau biasa orang kampung cakap “orang gila”.. No. NO. No. Never.

Kalau Sayangkan DIRI Sendiri, Jangan Biarkan Perasaan Sedih Berpanjangan Bimbang Kesannya 
Sumber: Public Health Malaysia

Penyakit Depresi Boleh Berlaku Pada Siapa Saja, Jangan Sedih

Penyakit depresi boleh terjadi pada setiap orang. Dan paling ramai adalah mereka yang mengalaminya tanpa sedar bahawa mereka sebenarnya berada dalam episod depresi.

Bagi kita yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan sayangkan diri sendiri dan orang terdekat, maka jangan segan dan jangan lambat untuk berjumpa doktor dapatkan rawatan.

Ingat. Ada beberapa penyakit lain yang seakan sama dengan gejala depresi. Misalnya mereka yang menghidapi penyakit tiroid, kekurangan vitamin tertentu, atau ketumbuhan pada otak (brain tumor).

Semoga bermanfaat. Jangan lupa share dan like my fb untuk perkongsian berikutnya.

Man Aris
“Sama-sama belajar”
Medical mythbusters malaysia

#depressionisReal
#supportthem
#helpthem

(Sumber: American Psychiatric Association, PHM)

MW: Depresi boleh berlaku pada sesiapa saja. Jadi jangan bimbang sekiranya mak-mak merasakan mempunyai simptom yang disebutkan di atas adalah lebih baik mengambil langkah awal dengan berjumpa doktor. Insyallah rawatan segera dapat membantu mak-mak. 

Sumber: Dr Arisman, MD.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI