Kalau Salah Pilih Yogurt, Nak Kurus Pun Boleh Bertambah Gemuk

Share

Yogurt mungkin menjadi salah satu alternatif untuk kita menurunkan berat badan. Pengambilan yogurt bukan sahaja membantu dalam diet yang kita lakukan tetapi boleh menjadikan senyuman lebih indah. Walau bagaimanapun, tidak semua yogurt mengandungi rendah kalori dan tanpa gula kerana ada sesetengah yogurt yang boleh membuatkan anda bertambah gemuk.

Menurut Neelanjana Singh, ahli nutrisi di Heinz Nutrition Foundation India, sebelum anda mengikuti program diet dan memasukkan yogurt sebagai salah satu snek sihat anda, perhatikan jenis yogurt yang sesuai untuk anda.

Kandungan Nutrisi = Secawan Yogurt

• Nutrisi yang terdapat dalam yogurt bergantung kepada jenis susu yang digunakan dalam pembuatan yogurt. Contohnya, secawan yogurt (200g) dari susu haiwan = 234 kalori.
• Jumlah kalori ini berbeza jika diperbuat daripada susu kambing. Jadi, perhatikan komposisi dan keperluan gizi dalam setiap label produk itu.

Yogurt Asli Masih Sihat

• Yogurt yang terlalu banyak diproses dengan penambahan rasa, perubahan tekstur dan sebagainya boleh menghilangkan khasiat yang penting dalam kesihatan. Malahan, komponen penting seperti protein dan mineral turut berubah jika terlalu banyak diolah.

Kandungan Gula

• Biasanya, kandungan gula tidak terdapat dalam yogurt asli sebaliknya terdapat laktosa yang merupakan gula semulajadi yang ada dalam produk susu.

Sumber Kalsium

• Kebanyakan yogurt mengandungi tingkat kalsium yang berbeza-beza untuk diambil setiap hari dalam satu hidangan. Jadi, yogurt menjadi pilihan sumber kalsium yang besar terutamanya yogurt asli berbanding dengan yogurt soya.

Manisnya Gula

• Dalam sehari, wanita memerlukan 40g gula. Dalam yogurt plain sahaja mengandungi sebanyak 12g gula per mangkuk. Bayangkan jumlah gula dan kalori dalam yogurt yang mengandungi buah dan pemanis buatan.
• Jauhi produk-produk makanan atau minuman yang menggunakan pemanis buatan kerana ia boleh membuatkan pinggang anda melebar dan berisiko untuk mendapat diabetes.

Campuran Buahan Segar

• Tidak semua yogurt mengandungi buah segar kerana ia telah ditambah dengan pewarna buatan. Biasanya yogurt buah tidak mengandungi lebih 4% dari keperluan vitamin C sehari.
• Cara terbaik menyediakan buah dalam yogurt adalah dengan memasukkan potongan buah segar ke dalam yogurt. Tetapi, jika anda ingin yogurt buah yang sedia ada, pastikan ia mengandungi 25% keperluan vitamin C dalam sehari.

Pilihan Yogurt Terbaik

‘Low fat’, ‘non fat, ‘sugar free’ atau ‘natural’, semua tulisan ini terdapat pada label yogurt. Cuma anda sahaja yang perlu bijak dalam memilih yogurt yang sesuai dengan anda. Jika salah memilih yogurt, ia akan membuatkan perut anda buncit dan meningkatkan kadar gula darah.

4 perkara yang perlu anda tahu sebelum mengambil yogurt:

1. Full of Sugar
• Yogurt dengan potongan buah yang telah di awet memang mengandungi gula yang berlebihan berbanding dengan sekeping coklat kecil.
• Pilih yogurt tanpa pemanis (plain) dan jika anda ingin rasa masam atau manis di lidah, tambahkan dengan potongan pisang atua oren. Malah, anda juga boleh masukkan satu sudu teh madu.

2. Mix Mistake
• Salah satu cara untuk menikmati yogurt adalah dengan menambahkan topping. Tetapi, jangan masukkan topping yang sebarangan kerana ia akan menambahkan kadar kalori. Pilihlah topping yang sihat seperti kacang almond, kismis dan sebagainya.

3. Smoothie
• Tidak semua minuman yang dijual diproses dengan buah yang segar kerana ada sesetengah minuman mempunyai kadar gula dan kalori yang tinggi seperti aiskrim sundae.
• Bagi penggemar smoothie, cuba lakukan sendiri di rumah dengan mencampurkan buah-buahan segar dengan tambahan susu segar. Lazat dan sihat.

4. Frozen
• Sekarang ini, ramai yang gemar menikmati frozen yogurt, ditambah dengan topping yang menarik. Tidak salah untuk anda menikmati frozen yogurt sekali sekala. Namun, minuman ini tidak mempunyai kandungan probiotik yang diperlukan dalam badan. Lebih baik anda menikmati yogurt biasa tanpa pemanis yang mengandungi probiotik.

 

Published by
Nora