“Kalau Salah Cara Cuci, Kuman Boleh Masuk Dan Rosakkan Kualiti.” Tip Simpan Daging Korban Chef Mawi

Share

Rupanya nak simpan daging pun kena ada caranya, tak boleh ambil cuci bersih dan potong sesiap letak dalam peti ais.

Malah kalau nak cairkan daging yang beku pun kena ada petua. Tak boleh sesuka hati rendam dalam air.

Jadi kalau nak daging segar itu tahan lama, mak-mak boleh cedok tip daripada Chef Mawi.

CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.

JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.

Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

Tips tambahan

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal!

Baarakallah
Semoga memberi manfaat.

Published by
Nadia