Boleh ke hidup dengan gaji RM1000 zaman sekarang? Haaa… sebenarnya kalau rezeki berkat, semuanya dipermudahkan oleh Allah. Dapat hidup tanpa hutang dan beribadat dengan selesa bersama keluarga tersayang.
Konsepnya, jaga hubungan dengan DIA. Namun kebanyakan kita, masih ramai kejar wang daripada mencari keberkatan hidup. Awal pagi keluar dan balik malam-malam, sampai tak sempat nak mengaji al-Quran. Akhirnya hidup jadi kucar kacir. Anak-anak tak sihat dan macam-macam benda buruk yang muncul dalam hidup.
Bahagia kah duit banyak jika selalu diuji sedemikian? Nah, mari betulkan dan hadam tentang rezeki berkat melalui pengalaman saudara Muhammad Hassan tentang kisah hidup rakannya.
Sekarang baru saya betul-betul faham. Jika rezeki kita berkat gaji RM 1000 sebulan pun boleh survive.
Rupanya dengan rezeki yang berkat Allah akan bagi kesihatan yang baik.
Rupanya dengan rezeki yang berkat Allah bagi kebahagian dan ketenangan.
Dengan rezeki yang berkat anak-anak akan taat ibu bapa, isteri akan taat suami, suami akan faham tanggungjawab.
Dengan rezeki yang berkat jiran tetangga akan senang hati dengan kita, tanah-tanah akan subur, tanaman akan tumbuh dengan baik.
Dengan rezeki yang berkat Allah s.w.t akan tanamkan dalam jiwa kita untuk sayang semua makhluk.
Dengan rezeki yang berkat setiap hari rindu akan sedekah.
Dengan rezeki yang berkat apabila ditimpa ujian terus mereka akan mengadu kepada Allah s.w.t.
Rakan saya gaji rm30-40 sehari. Tapi mampu solat 5 waktu berjemaah, kereta tunai, rumah tunai, keluar berdakwah setiap bulan. Anak di madrasah hafal al-Quran. Lagi saya senyum beliau pernah dapat hadiah sebuah kereta viva praduan di pasaraya. Sebelum ini ya Allah tengok kereta memang sedih, tiada penghawa dingin, selalu rosak atas jalan, di traffic light. Tapi berkat doa beliau Allah bagi kereta viva.
Saya tanya beliau apa formula hidup senang dan berkat?
“Jangan tinggal ini.”
Beliau tunjuk dalam poket. Ada Al-Quran kecil.
Allahu. Sayang beliau. Setiap kali jumpa pasti peluk dan cium dahi beliau. Selalu minta beliau doakan untuk saya.
Tuan puan, kita jahat, kita banyak dosa. Tapi Allah tetap sayang kita, Allah tetap bagi rezeki kepada kita.