Kalau dah sah jadi suami isteri tetapi diuji pula dengan perkahwinan jarak jauh a.k.a PJJ, memang tak mudah. Yang tak ada anak rumah jadi sunyi dan yang ada anak-anak pun jadi satu cabaran bila salah seorang akan jatuh sakit.
Inilah yang dilalui oleh seorang ibu, Puan Noor Aniza yang terpaksa jarak jauh dengan suaminya selepas berkahwin. Namun nak dijadikan cerita, dia berlapang dada selepas mendengar tip rumah tangga daripada Prof Muhaya di radio IKIM.
PJJ atau perkahwinan jarak jauh memang bukan mudah. Ada yang terpaksa, mostly sebab kerjaya atau sambung belajar.
Saya pernah merasa PJJ. Suami di Jepun dan kemudian di Bintulu, Sarawak. Tapi alhamdulillah saya dan Ayaka di kampung halaman bersama mak dan abah. So, tak rasa sunyi sangat. Anak pun baru seorang.
Sepanjang PJJ, hari-hari telefon atau video call di skype. Hari-hari sedih bila Ayaka yang umur setahun masa tu sentuh skrin telefon beri reaksi pada ayah dia kat sana. Masuk bulan Ramadan, masing-masing letih. Puasa, berbuka, solat terawih. Boleh dikatakan tak sempat nak set masa untuk kol.
Selang beberapa bulan kami berjumpa, Ayaka tak mesra dan tak kenal dengan abahnya. Malu-malu macam orang kali pertama jumpa. Sedih lagi.
Sepanjang PJJ, 2 kali saya excident kereta. Bila dalam masalah macam tu, saya sangat-sangat perlukan pertolongan dan sokongan suami. Tapi, telefon ajelah yang menjadi perantaraan.
Untuk yang PJJ, bertabahlah. InshaAllah ujian itu manis. PJJ memberikan kita lebih kekuatan. Entah macam mana rezeki saya terdengar Prof. Muhaya kat IKIM pada satu hari. Ada orang bertanya tentang PJJ. Prof kata lakukan sesuatu yang kreatif untuk mengeratkan hubungan cinta suami isteri. Saya nak share beberapa perkara kita boleh buat:
1. Tulis kad atau surat cinta pada suami. Tampal gambar love dan letak bedak bagi wangi. Saya dulu gunting dan tampal-tampal kad bewarna di lab. Kawan sebelah tanya,
“Ko buat apa tu?
“Buat kad untuk suami”
“Romantiknyee..”
Hanya yang PJJ sahaja mengerti.
2. Bagi surprise birthday gift
Bila tiba hari-hari istimewa tu, pos la hadiah atau tempah delivery kek. Pada tahun 2012 dulu, saya gigih cari kat FB siapa ada buat homemade cake kat Bintulu tu. Memang susah sangat nak cari. Bila jumpa terus saya order dan minta dia deliver ke alamat suami pada tarikh 21 Januari. Malam tu sampai wasap dari suami tengah potong kek.
3. Tulis e-mail. Yang ni saya terlupa sungguh saya pernah buat. Surat mungkin hilang tapi e-mail remains forever. Baru-baru ni (2018) saya cek balik email lama-lama. Ternyata masih ada balasan email-email saya dengan suami masa PJJ dulu. Allah rindunya… terasa kuat sangat ikatan hati kami satu masa dulu.
4. Cuba telefon hari-hari. Bila tiba waktu malam sebelum tidur cubalah telefon dan bercakap walau sebentar. Berbual tentang hari ini, berbual tentang perancangan esok dan sebagainya. Biar keduanya tahu keadaan masing-masing. Atau mungkin hanya untuk berbalas ucapan sayang dan rindu.
Apa yang saya nak cuba kongsikan, seboleh mungkin kita cuba bina hubungan hati yang erat dengan pasangan. Biarpun jasad terpisah jauh, hati kita tetap dekat.
Namun, ada satu pula kelemahan kita sebagai manusia. Bila kita sudah direzekikan Allah duduk bersama, kita LUPA nak teruskan ‘hubungan hati’ seperti yang kita buat masa PJJ dulu. Kita terlupa nak cipta manisnya hubungan berumahtangga sebagaimana yang kita buat dulu. Jasad dekat hati pula terpisah jauh. Tambah-tambah bila anak sudah bertambah. Komitmen kerja pula semakin membebankan.
Teruskan kawan..jangan berhenti di situ.
Waktu rehat di tempat kerja, telefon pasangan. Kongsilah apa sahaja cerita. Hantar mesej wasap tulis kata sayang dan letak love banyak-banyak. Tulislah nota-nota ucapan terima kasih dan selit di dompetnya. Sesekali, buat surprise delivery, bagi bunga di tempat kerja. Makan tengah hari bersama dan dating berdua.
Benar… kita perlu teruskan.
Nak tahu tak, masa PJJ ujian dari syaitan dasyat sekali. Kadangkala datang sangka buruk, hilang rasa percaya, hilang rasa kasih sayang, fitnah orang sekeliling, rapat dengan kawan berlainan jantina yang lain..nauzubillah.
Bila kita dah duduk bersama, apakah kita menyangka syaitan akan duduk saja? TIDAK! Syaitan kan dah janji akan sesatkan manusia untuk ikut jejak langkah dia. Dia usaha nak pisahkan kita sampai bercerai-berai.
Bina hubungan hati dengan pasangan. Penuhi keperluan emosi masing-masing. Rasa diterima, rasa dihargai dan rasa disayangi. Itu sunnatullah.
Dalam masa yang sama, jaga syariatullah. Solat berjemaah, solat awal waktu, solat dengan kusyu’, aminkan doa pasangan, baca taklim bersama, jaga ikhtilat pergaulan dengan rakan di tempat kerja, dan sebagainya.
Semoga Allah pelihara rumahtangga kita dari fitnah manusia dan gangguan syaitan.
Amin.