Kalau Perkahwinan Lebih Banyak Mudarat Daripada Kebaikan Jika Diteruskan, Mungkin Perpisahan Jalan Terbaik

Share

Kalau perkahwinan lebih banyak mudarat daripada kebaikan jika diteruskan, mungkin perpisahan jalan terbaik.

Setiap pasangan sememangnya mendambakan perkahwinan hingga ke hujung nyawa, namun bila takdir Allah mengatasi segalanya, apa daya manusia.

Kadang-kadang perpisahan atau penceraian menjadi peluang kedua untuk pasangan untuk mulakan hidup baru. Penceraian bukanlah penamat hidup, abaikan kata-kata negative bila bergelar janda atau duda, kerana peritnya ujian rumah tangga, mak ayah yang laluinya.

Kalau Perkahwinan Lebih Banyak Mudarat

Ikuti perkongsian Kheyr Hameed ini dan fahami apa yang cuba sampaikan.

Bukan mudah memberi nasihat dan pandangan pada mereka yang perlu memilih untuk meneruskan perkahwinan atau mengakhirinya.

Kerana itu adalah tentang hidup mereka. Selalu aku ingatkan pada mereka yang datang pada aku, “Ini tentang kehidupan kau. Kau yang rasa, kau yang tanggung.

Artikel Berkaitan:

Hidup Jangan Bersandar Pada Kenangan, Bila Cinta Pergi, Move On! Ikut Islam Ajar

Paling Sukar Dalam Hubungan PJJ, Bila Perpisahan Sementara Betul Jadi Depan Mata

Perpisahan Buat Kita Jadi Zero, Jangan Sesekali Ajar Anak Benci Keluarga

Daripada Kebaikan Jika Diteruskan

“Kau takut jadi janda sebab takut orang mengata. Tapi orang tahu tak apa yang kau rasa? Orang tu bagi kau makan ke, masa kau tengah lapar terkais sana, sini nak cukupkan duit? Orang itu tolong kau kena masa kau kena pukul dengan laki (suami)?”

Persepsi masyarakat pada janda tak akan pernah habis. Duda tak apa. Siap ada label, “Duda itu hot.” Kalau hidup berpaksikan pada apa yang orang kata, tak akan pergi ke mana.

Umpama cerita ayah tua, anak dan keldai. Anak naik keldai, orang kata, “Sampai hati kau biarkan bapa kau yang sudah tua jalan kaki.”

Bila ayah naik keldai, orang kata, “Sampai hati kau biarkan anak kau kecil lagi jalan kaki.”

Kemudian, bila kedua-duanya naik keldai, orang kata, “Sampai hati kau buat keldai tu menderita tanggung beban.”

Bila dua-dua tak naik, orang kata, “Bodohnya kamu ini, sudah ada keldai, naiklah.” (Cerita ini mak ayah aku selalu cerita bila nak gambarkan tentang di mata manusia ini, semua benda pun tak betul)

Mungkin Perpisahan Jalan Terbaik

Aku pesan untuk yang tengah cari bahagia, sayangilah diri sendiri. Jangan fikir apa orang kata, tapi kau nak cari redha Tuhan untuk hidup ini. Kalau perkahwinan itu lebih banyak mudarat dari kebaikan jika diteruskan, maka perpisahan mungkin lebih baik.

Bila setahun dua, mereka ini datang menyapa aku mengkhabarkan betapa bahagia mereka walau mungkin masih bersendiri, aku turut tarik nafas lega.

Notakaki: Tapi ada juga yang menyalahkan aku bila selepas berpisah, hidup sedikit susah sbb perlu bekerja. Well, haters is real. Begitulah.

Mingguan Wanita : Tidak dinafikan, bila timbul soal perpisahan banyak perkara difikirkan. Tetapi sekurang-kuranglah pilihlah jalan terbaik untuk diri sendiri, kerana hidup bukan hanya untuk hari ini tetapi esok dan selamanya.

Sumber : Kheyr Hameed

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat