‘Kalau Penat Dia Akan Senyap’ Luahan Hati Emelda Rosemila, Simpati & Bangga Dengan Suami

Share

Lama tak dengar kisah pelakon cantik Emelda Rosemila yang juga isteri pelakon dan pengarah terkenal, Adlin Aman Ramlie ini. Sekitar awal tahun 2000, nama pelakon yang tak dimakan usia ini cukup dikenali.

Paling tak boleh lupa, lakonannya dalam drama Kekasihku Seru (sekitar tahun 2008), sebuah siri drama bergenre seram gandingan mantapnya bersama Datin Seri Umie Aida. Selepas mendirikan rumahtangga, Emelda seakan menyepi lama dari dunia lakonan.

Hakikatnya, Emelda atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Binti Abdul Hamid ini masih lagi aktif dalam dunia seni. Terkini, lakonannya sebagai Helena menghiasi drama Cinta Tiada Ganti yang ditayangkan di Astro.

Dan, menjadi isteri kepada seorang sutradara hebat tak memungkinkan dirinya menyepi dari dunia seni yang sudah menjadi darah dagingnya. Sebagai isteri, Emelda melihat sisi suami dari sudut yang diterjamahkan sebagai seorang yang punya cara sendiri yang kadangkala disalah erti.

Luah Emelda, “Dia adalah seorang yang sangat berbakat. Menjadi idola kepada ramai penuntut di Aswara satu masa dahulu. Boleh menyanyi, menari, berlakon, mengarah, menulis dan bermain alat muzik

.”

Darah seni yang mengalir dari sejarah dan salasilah keluarga. Tapi dia tak suka tunjuk apa yang dia boleh buat. Minat yang mendalam dalam bidang seni.”

 

Sisi Adlin Aman Ramlie Yang Kita Tak Tahu

Akuinya isteri Adlin ini lagi, “Di rumah, kalau tak buat apa dia akan habiskan masa dengan membaca, especially buku-buku biography dan sejarah. Tak kira sejarah kita atau sejarah luar.”

Sejarah P. Ramlee favorite dia. Kalau tak baca, dia akan menulis sampai pagi. Seorang individu yang kuat kerja dan tak pernah putus asa. Selalu positif dan memandang ke hadapan.”

Adakala penat melayan karenah-karenah manusia. Ramai manusia yang suka bermuka-muka. Ramai juga yang beriya-iya. Kalau penat dia akan senyap. Fikiran dia tak pernah berhenti berfikir.”

Dalam pada itu, jujur luah Emelda suaminya ini seorang yang baik hati. “Baik hati suka tolong orang. Ramai juga yang ambil kesempatan atas keluhuran hati.

Walaupun cara dia sering disalah erti. Sebagai isteri saya selalu bersimpati dan kagum dengan semangat yang patut dicontohi. Saya bangga dengan Adlin Aman Ramlie.” Tulis Emelda yang bahagia disamping suami dan anak tercinta, Edra Rafael Adlin.

 

Patutlah Cantik, Tengok Rutin Sarapan Pagi Emelda Rosemila Ini

Kalau tengok wajah Emelda Rosemila ini memang macam tak dimamah usia. Awet muda sentiasa. Tapi bila tengok cara Emelda ambil sarapan pagi memang kita akan rasa kagum dengan rutin pemakanan sihatnya itu.

Patutlah wajah Emelda berseri-seri malah langsing pula tu. Kata Emelda dalam instagramnya, “Morning is my favourite time of the day. Kena bangun dengan semangat to kick start your day.

So apa yang kita consume untuk breakfast juga menentukan macam mana energy kita sebum lunch. Kadang makanan buat kita jadi lemah dan malas. So, consume only the best for yourself.”

Idea Sarapan Emelda Yang Mak Mak Boleh Cuba

 

Morning all!
Having my 1st homemade gula melaka granola + oat. Yummynyaaaa!
Have a wonderful day semua!
Avocado + raw honey + chiaseed

 

My most fav breakfast meal.
Simple and very easy to make, and healthy too!
Always eat fruits on an empty tummy!!
Sexy Avocado + the sweetest Raw Honey

 

Beberapa minit to noon. Still boleh wish good morningggggg!
Brekkie harinie ~
Strawberry oat ( blend stoberi )
Dark choco
Walnut
Stoberi
Blueberry
Raw Honey

 

Egg Muffin je pagi nih.
Have a good day! Muah muah!

 

 

For Blood, colon, heart, skin, immune system etc
Spinach
Ulam raja
Celery
Ginger
Turmeric
Lemon
Kiwi
Apple
ChiaSeeds + raw honey

 

Good Morning from Mama CoCo.
Pakai subang gayut harinie!

 

Morning!
Comei tak ai?

 

Pagi tadi punya breakfast!
Peanut butter on toast.
Tenggelam dah roti.

 

My breakfast couture this morning!

 

Sunday Brekkie!
Gluten free pancakes with lotsa fruits. Honey + Sugar free peanut butter.

 

Good Morningggggg!!

 

Perfect meal for my tummy!

 

Morning!
Harinie breakfast edra ada headgear. Lama dia stare sebelum makan.

 

Baguskan cara Emelda ini, amalkan pemakanan sihat untuk kecergasan sepanjang hari. Lagi rasa seronok, sarapan yang disediakan ini juga dinikmati bersama anaknya, Edra.

Haa.. mak-mak pun boleh cuba contoh sarapan gaya Emelda ini. Sebab bukan sekadar cantik malah menyelerakan. Paling penting ianya sajian sarapan sihat.

Sumber/Foto : Instagram Emeldarosemila, Pinography

Published by
Netty Ah Hiyer