Kalau Penat BEREHATLAH Mak-mak Mengandung, Jangan Minta Baby Dalam Perut Bertahan

Share

Wahai mak-mak yang sedang mengandung di luar sana, ingatlah. Walau seteruk mana pun pekerjaan anda, ajarkanlah diri agar tetapkan dalam kepala ‘Kalau penat.. berehatlah’.

Masa hamil inilah ibu kena banyak berehat dan tenang fikiran. Kerehatan itu bukan sebab baby dalam perut semata-mata tapi kesihatan diri anda itu yang paling utama. Bila ibu sihat, bayi pun sama-sama jadi sihat. Dan sebaliknya yang jadi jika ibu tak cukup rehat atau keterlaluan penat.

Inilah kisah benar yang terjadi pada Puan Zalmah Mat Amin ketika mengandungkan anaknya yang kedua. Kisah yang berlaku pada 20 November 2016 ini merobek hatinya. Menyedarkan banyak hal akan apa yang telah dilaluinya.

Inilah catatan beliau yang mana ia bertujuan untuk memberi pengajaran buat mak-mak yang ketika ini sedang mengandung. Bukan tujuan mahu menakut-nakutkan, tapi ikhlas mahu memberi kesedaran ‘KALAU PENAT, BEREHATLAH MAK-MAK MENGANDUNG’

Saya Usap Perut Sambil Menangis

Assalammualaikum dan salam sejahtera ibu-ibu dan bakal ibu semua. Kisah yang saya nak kongsikan ini berlaku pada 29 November 2016.

Ambillah sebagai ikhtibar dengan apa yang berlaku pada anak kedua saya. Waktu itu, kakaknya berumur 3 tahun lebih.

Pada permulaan preggy yang kedua, condition kesihatan saya tip top. So happy sangat sebab masa mengandung kaka dia, saya ada diabetes dan darah tinggi. Tapi under control lagi.”

Ketika mengandung kali itulah pelbagai masalah dan ujian menimpa hidup menyebabkan saya stress dan teramat penat.

Dalam bulan 3 doktor detect saya ada darah tinggi dan kencing kotor. Pernah kena stay 3 malam di HKL. Kena makan ubat darah tinggi pun iya.

Masalah-masalah saya itulah menyebabkan saya menjadi terlalu berdikari. Hingga terlupa yang saya ini mengandung.”

Walau terlalu penat, saya gagahkan diri hingga terlupa baby saya pun dah terlalu penat di dalam. Saya selalu usap-usap perut saya menangis agar anak saya bertahan.

Baby dalam kandungan beliau ternyata begitu aktif. “Dia menendang-nendang tak kira waktu.”

Pakar Maklumkan Saya Dan Baby, 50-50

Sampailah bulan November, kandungan beliau dah memasuki 7 bulan. Masa itulah, dia sedar yang baby dalam perut kurang bergerak.

Saya pergi ke klinik dan akibat darah tinggi, saya dirujukkan ke hospital. Saya pilih Hospital Serdang sebab dekat dengan rumah. Dan akhirnya saya diwadkan.

Ubat darah tinggi dan sawan ikut saluran darah diberikan, segala pakar masuk menemui saya dan memaklumkan condition saya 50-50.

Baby saya tak mampu survive hingga cukup bulan. Air ketuban yang kurang dan kalau diteruskan dua-dua akan OUT!. So doktor pilih ibu. Masa itu hujan air mata selebat-lebatnya.

Saya merayu pada doktor buatlah sehabis baik untuk selamatkan anak saya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Baby saya pergi juga meninggalkan saya dan dunia ini. Tenanglah sayang di sana bertemu Penciptamu. Tidak sedetik pun Mama melupakan Sayang dan Mama terlalu ingin bertemu Sayang.

Mama titipkan salam rindu buat sayang setiap kali lepas solat. Mama terasa sangat ikatan antara kita walau kita di alam berbeza.”

Ingatlah Pesan Ini Mak Mengandung.. BEREHATLAH!

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin saya kongsi. Tapi cukup untuk kali ini buat bakal-bakal ibu, jagalah kesihatan baik-baik.

  • Jangan buat kerja berat-berat.
  • Makan ubat ikut waktu.
  • Jangan cuba-cuba skip ubat.
  • Rehatlah secukupnya.

Buat anakku arwah Putra Muhamad Firas Firdawsi, Mama bangga memiliki Sayang. Doakan Mama tabah menghadapi ujian-ujian hidup yang sementara ini. Sayang berkorban untuk Mama di sana. Mama, Papa dan kakak Mayra sangat merindui sayang.

Sumber/Foto : Zalmah Mat Amin

Published by
Netty Ah Hiyer