Kalau kita ada buat salah atau sesuatu yang tidak kena mesti ada orang tegur tentang apa yang telah kita buat. Biasanya, keluarga terdekat, adik beradik atau kawan baik yang akan berbuat demikian.
Mereka tegur kita bukan sebab tidak suka atau marah, sebenarnya dia sayang dan mahu kita perbaiki supaya tidak mengulangi apa yang telah kita buat.
Namun, tidak semua apa yang orang tegur itu, kita akan terima. Ada sesetengah kita yang agak ‘degil’ dan merasakan semua yang dia buat itu adalah betul. Jangan begitu dan jangan terlalu sombong umtuk terima teguran. Ini untuk kebaikan kita bersama.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Siti Nur Ailiey memang betul. Kalau ada orang tegur dan membuatkan kita terasa hati, cuba fikir kembali dan ingat apa yang telah kita lakukan. Mungkin apa yang kita buat itu tanpa kita sedari.
Ketika ada seseorang yang menegurmu dan menyinggung perasaanmu,
Jangan bersedih, laa tahzan..
Ads
Lekaslah berkaca, tanyakan pada hatimu.
Mungkin ada keperibadianmu yang kurang baik atau tingkah lakumu yang masih buruk ?
Ini kerana terkadang penilaian mereka ada benarnya,
Mereka tak akan tahu hubunganmu dengan Allah kerana kita hidup dalam di kalangan manusia biasa.
Pasti yang mereka nilai sesuai dengan apa yang mereka lihat..
Ada hadis yang mengatakan bahwa “Allah seringkali menegur hambanya melalui lisan orang lain”
Tapi terkadang kita banyak tertipu di sini, tak sedikit manusia berbuat baik hanya kerana ingin di puji manusia lain (riya’).
Mari perbaiki niat agar hidup penuh manfaat.. !!
Jika ingin melihat keajaiban dari bumi, maka lekaslah jemput dengan akhlak yang mulia..
Ads
Tetapi jika ingin melihat keajaiban dari langit, maka segeralah jemput melalui sholat
Pesanan Ayah
Ayah ku pernah berkata kepadaku….Saat aku dilanda duka atau dirundung musibah kerna kesilapan sendiri.
Ingatlah “Sabar itu bukan duduk diam je , atau tahan hati.
Tidak.
Sabar itu adalah berlapangkan dada dengan berzikir, baca Al-Quran, solat dan yang paling penting sekali taubat.
Sabar bukan menahan diri semata-mata, tapi hidupkan hati tu.
Ads
Dekati Allah, jangan jauhi.
Masalah sebesar dunia sekali pun, ingat Allah Maha Besar. Rasakan betul-betul dalam hati. Barulah masalah besar itu terasa kecil, terasa nipis tidak tebal.
Meski susah, pergi kepada Allah. Bicara dengan-Nya. Ada soalan, tanya Allah. Ada tangisan, alirkan air mata depan Allah.
Jangan Bersedih
Hidup ini hanya sementara untuk terus bersedih….
Janganlah bersedih di saat yang lain menjauhimu
Karena sesungguhnya kita tidak pernah sendirian.
INGATLAH ada Allah yang selalu ada untuk kita
« أَنْ يَعْلَمَ أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ مَعَهُ حَيْثُ كَانَ »
“(Yaitu) seseorang mengetahui bahwa Allah ‘azza wa jalla selalu bersamanya di mana saja dia berada.”
(HR. Thobroni dalam Al Mu’jam Ash Shogir. Hadits ini dishohihkan oleh Syaikh Al Albani di As Silsilah Ash Shohihah no. 1046)
“La Tahzan Wa La Tahinu . Qawi Lillahi Ta’ala . ” Jangan Bersedih Dan Jangan Lemah . Kuatlah Kerana Allah Ta’ala..”
MW: Jangan ingat apa yang kita buat ini semuanya betul. Kita bukanlah manusia sempurna.
Dalam kehidupan kita pasti akan diberi ujian dan masalah yang mampu membuatkan hati gelisah dan tak bahagia. Namun bagaimana kita melihat masalah itu, sama ada suka menyalahkan orang lain atau menyemak kembali memperbaiki diri.
Sebenarnya formula mudah bagi mendapat hati yang tenang adalah jangan suka menyalahkan setiap perkara yang terjadi pada orang lain. Ini kerana jika merasakan bahawa diri sendiri sahaja yang betul, ia petanda kita mempunyai masalah hati.
DIA BUAT TAK BAIK DENGAN KITA, DIA TANGGUNGLAH AKIBATNYA..ALLAH ADA
Kehidupan adalah ujian. Bila kita ada masalah dengan orang,perbanyakkan istighfar. Kuncinya taubat dan check ourself. Jangan cari salah orang lain. Kadang-kadang masalah itu timbul sebab hubungan kita dengan ALLAH tidak baik. Kunci hidup bahagia adalah memiliki hati yang bersih.
Dalam hidup ni, ada satu hal yang perlu kita jaga, jika nak mudah dapat hati yang tenang iaitu jangan suka salahkan orang. Kita uruskan diri kita. Uruskan emosi kita. Uruskan tahap iman kita. Itu yang lebih penting sebenarnya! Hidup jangan asyik cari salah orang. Risaukanlah diri sendiri tiada bekal ke sana nanti.
Jangan Cari Kesalahan Orang
Paling mudah memang menyalahkan orang lain, bila kita ada masalah. Padahal masalah sebenarnya adalah kita terlalu sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, sehingga kita terlupa memperbaiki diri. Jangan rasa diri kita sentiasa betul, kita juga banyak salah. Bila kita rasa kita saja yang betul, itu petanda kita ada masalah hati.
Sungguh kita boleh cuba bantu orang lain tapi ingat kita tak boleh ubah orang lain. Kalau kita dah penat berusaha untuk membantu orang lain menjadi lebih baik, dah letih mengingatkannya soal tanggungjawab tapi dia masih begitu juga, bertenanglah dan terus mendoa’kan agar suatu hari dia akan berubah.
Rehatkan diri kita dari kesibukan menguruskan urusan orang lain. Urusan yang telah di atur oleh ALLAH tak perlu kita ikut sibuk masuk campur. Orang yang sabar itu hatinya tenang. Orang yang redha itu hatinya bahagia. Kerenah orang, itu urusan dia dengan ALLAH. Dia buat tak baik dengan kita, dia tanggunglah akibatnya. ALLAH ADA!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, bila terjadinya sesuatu masalah, cuba semak balik diri kita. Muhasabah diri berbanding kerap menyalahkan orang lain. Percayalah hati akan jadi lebih tenang, kehidupan akan lebih bahagia.
Ada benarnya bimbang sungguh dengan trend berpeluang ziarah ke Baitullah sebagai satu penanda aras bahawa hidup kita sudah diberkati. Hakikatnya sesiapa sahaja boleh sahaja ke tanah suci ini.Janganlah kita terus berbangga dengan ibadah yang dilakukan, ini kerana hanya Allah yang menyampaikan kita ke sana. Sebaliknya malulah jika masih melakukan dosa serta tidak menunaikan perintah dan suruhanNya.
Adakah pemergian ke Mekah tanda hidup kita sudah diberkati?
Saya ada satu kebimbangan apabila trend di kalangan kita yang menjadikan ziarah ke Baitullah sebagai lambang hidup kita sudah diberkati.
Baitullah dianggap tempat untuk menyuci dosa, namun bila pulang ke tanahair diulang lagi dan lagi dosa yang sama.
“Aku pondan tapi boleh sampai Mekah” “Aku tak pakai tudung tapi boleh sembahyang depan Kaabah” “Kau banyak solat dan puasa tapi tak pernah jejak ke Mekah”
Mana dalil mana nas menyatakan Kaabah hanya menerima orang yang tiada dosa?
“Bukanlah kebaikan itu dengan memandangkan wajahmu ke timur atau barat, tetapi kebaikan ialah mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, malaikat, kitab dan para nabi, dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabat, anak yatim, orang miskin, ibn sabil, dan orang yang memerlukan dan riqab, dan mereka yang menunaikan solat, mereka yang mengeluarkan zakat dan mereka yang menunaikan janji bila berbuat janji”
Sejak zaman jahiliah, orang Mushrik tawaf di sekeliling Kaabah dalam keadaan berbogel.
Sejak dahulu pencuri penyeluk saku membuat onar di keliling Kaabah.
Pelacur penzina begitu banyak di sana sejak dahulu.
Malah bukan satu dua jemaah mati membunuh diri di hadapan Kaabah.
Adakah mereka mati kena petir di hadapan Kaabah?
Adakah semata-mata berada di hadapan Kaabah tanda semua aktiviti kehidupun mereka selama ini diberkati?
Sahabat,
Siapa pun boleh pergi ke Mekah, siapa pun boleh sahaja tawaf, saie mengerjakan haji dan umrah. Penzina, penipu, pencuri, ahli syirik dan lainnya boleh sahaja ke Mekah pada bila-bila masa.
Dosa hidup kita tidak disucikan semata-hata hadir di hadapan Kaabah. Apabila berbuat dosa, Allah suruh kita bertaubat. Taubat ini boleh dilakukan di mana-mana. Tiada nas menyuruh kita bertaubat hanya di depan Kaabah.
Dalam Islam tiada ritual penebusan dosa di hadapan Kaabah. Tiada bayaran tiada aktiviti tertentu menghapuskan dosa melainkan taubat. Hanya Allah yang mengetahui taubat kita diterima atau tidak.
Hanya Allah yang berhak mengampunkan dosa kita.
Bergambar di hadapan Kaabah bukan tanda Allah reda.
Tapi cinta kita kepada Kaabah, rindu kita untuk menunaikan umrah dan haji adalah satu ibadah yang sangat baik dan dituntut.
Betapa ramai ahli maksiat pergi ke Mekah dan pulang masih berbuat maksiat?
Berapa ramai orang berkali-kali mengerjakan umrah dan haji tapi masih menipu dan khianat.
Jangan berbangga dengan ibadah kita yang hanya Allah yang menyampaikan kita ke sana.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, berkesempatan dan berpeluang ziarah ke Baitullah bukanlah lambang hidup sudah diberkati.Jangan sesekali berbangga dengan ibadah kita, yang hanya Allah yang menyampaikan kita ke sana.
Dunia hari ini semakin hari makin mencabar, bukan saja arus pemodenan tetapi juga dari segi cabaran dalam mendidik anak-anak terutamanya didik anak perempuan dengan dunia luar yang penuh pancaroba
Kalau nak dibandingkan dahulu, cara didikan mak ayah kita cukup berbeza dengan sekarang. Dulu, anak perempuan tak berani nak keluar malam, sekarang ini mereka bebas. Lebih teruk lagi dengan tidak menjaga aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Bimbang didik anak perempuan yang tiada had dan batasnya, boleh menjurus kepada masalah sosial yang sukar dibendung sekarang ini. Lebih memalukan, bila ada yang sudah terlanjur dan sanggup membuang bayi. Ini perihal anak perempuan, belum lagi cara mendidik anak lelaki.
Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan, mak ayah kena berbalik kepada cara didikan yang diajar oleh Nabi kita sebelum ini. Mungkin betul, menjaga anak perempuan umpama menjaga 10 orang anak lelaki.
Perkongsian daripada Mohammad Yaakob Yusra boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana. Ikutlah cara Nabi s.a.w dalam mendidik anak perempuan. Mudah-mudahan ia memberi keberkatan dan kesenangan hidup dunia akhirat.
Kalau kita tengok dalam masyarakat hari ni semua pakat nak ikut trend. Lagi pun ramai pakat mengajar ajar anak ikut trend dan cara pakaian barat.
Kalau ada yang berpakaian sempurna menutup aurat dikatakan tidak up to date. Jom kita tengok macam mana Nabi SAW didik anak perempuan. Ikut apa yang Nabi SAW ajar, Insya Allah hidup tenang dan bertambah berkat.
#madad
#MurtadhaDakwahCentre
MW: Moga ia memberi manfaat kepada mak ayah di luar sana. Mudah-mudahan.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...