suami wajib lakukan

Kalau anda tengok keadaan isteri ada yang tak kena di mata, sebaiknya cepat-cepatlah suami bertindak. WAJIB! Lakukan 9 hal ini. Lagi cepat suami bertindak, lagi bahagialah rumahtangga anda. Jangan sesekali jadikan alasan isteri untuk anda bertindak curang!

Ini Sifir ringkas untuk lelaki bergelar suami yang perlu anda hafal.

LANGKAH 1

Bila kau nampak seorang perempuan yang cantik gila, seksi.. bau dia wangi pula tu & kau rasa suka + berkenan. Kau tengok betul-betul pada perempuan itu apa yang kau suka.

LANGKAH 2

Bila kau balik rumah kau pandang isteri kau.. cari perbezaan dia dengan perempuan yang kau suka tadi.

LANGKAH 3

1.   Kalau bini kau rambut kusut masai berbanding perempuan tadi, kau bawa pergi saloon buat rambut.

2.   Kalau bini kau muka dia tak putih macam perempuan tadi,kau bawa dia pergi spa atau belikan produk-produk yang boleh putihkan kulit dia…kan banyak produk kecantikan yang selamat di pasaran sekarang.

Ads

3.   Kalau isteri kau pakai baju selekeh, pergi bawa dia beli baju yang cantik & daring. Kalau malu nak bawa isteri pergi shopping.. beli online.. hah terus depan pintu!

4.   Kalau isteri kau tak pandai cakap atau berkomunikasi style kampung, didik dia bawa dia pergi kelas komunikasi atau cari tutorial di YOUTUBE “teknik berkomunikasi cara moden”

5.   Kalau isteri kau tak pandai masak, kau carikan resepi-resepi dari facebook lepas tu kau tag isteri kau.. kalau tak mahu malukan isteri kau screenshot lepas tu kau whatsapp dia..lepas tu kau tak reti-reti pergi beli bahan..makan nak sedap tapi kedekut beli barang dapur!

Ads

6.   Kalau kau cium isteri kau bau busuk, kau belikan la perfume.. bukan mahal pun bro.. bukan bagi orang lain pun bini kau juga.. jangan gatal bagi perempuan lain pula.

7.   Kalau kau tengok gigi bini kau kuning.. kau teman dia jumpa dentist & jangan lupa bayarkan sekali.

8.   Kalau kau tengok isteri kau gemuk.. kau bawa la dia pergi bersenam.. kalau tak pun belikan produk yg selamat untuk pelansingan badan..jangan pula kau kejam pergi catu makanan bini kau sampai lesu tak makan.

Ads

9.   Kalau bini kau tak seksi, belikan dia baju yang seksi-seksi macam yang kau suka tengok.. bila bini pakai tengoklah puas-puas bukan haram pun.

Kalau Tak Ada Duit Nak Modalkan Isteri

Buat la overtime ke cari side income cari duit lebih.. ni tak bila bab duit nak bagi bini asyik cakap “tak ada duit”.

Tapi bila nak ajak awek cantik pergi tengok wayang atau karaoke ade pula duit! xxx!

Sumber: Suamiku IMAMKU Isteriku MAKMUMKU via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI