Tidak dinafikan setelah berkahwin dan punyai anak, mak ayah semakin sibuk dengan kerja dan menguruskan anak-anak sehingga mengabaikan kasih sayang antara suami dan isteri.
Lama-lama hubungan suami, isteri menjadi jauh seterusnya rumah tangga mula bermasalah di sana, sini kerana kurangnya kasih sayang. Sepatutnya jika suami dan isteri mahu rumah tangga bahagia serta murah rezeki, perkara utama adalah tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Ikuti perkongsian, Tim Ustaz :
Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kisah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Ya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Begitulah.
Sumber: Tim Ustaz
MW: Sebelum melatah menyalahkan itu dan ini tak cukup, perbaikilah hubungan suami, isteri. Kadang-kadang kita alpa hingga mengabaikan kasih sayang antara suami, isteri. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat suami, isteri yang ingin mengejar bahagia untuk selamanya. Insyalla