Rata-rata, semua orang mesti suka makan nanas terutamanya wanita. Rasanya sangat manis, syoknya bila pula dicicah dengan asam. Boleh dikatakan, dapat makan nanas setiap hari pun tak kisah. Sesetengah mak-mak suka masukkan nanas dalam masakan. Itu kalau nanas yang tak berapa manis. Kan!
Sekarang ini, nanas memang tak ikut musim, ada saja yang orang jual. Lebih menarik lagi, dengan baka nanas MD2, cukup popular dengan rasa manisnya. Sampaikan ada yang sanggup mencari benihnya untuk ditanam sendiri.
Ada sesetengah orang mengatakan bahaya makan nanas terutamanya wanita yang baru hamil sebab nanas ni ‘tajam’ dan boleh membuatkan keguguran. Tapi, sejauh mana kebenaran, tidaklah tahu sebab ada juga yang makan nanas di awal kehamilan, alhamdulillah kandungannya sihat saja.
Sesetengah pula, ada yang tak suka makan nanas sebab bila makan akan terasa lidas. Mulalah tak selesa pada bahagian lidah. Ada berpendapat, lidas ini bila kita tidak memotong bahagian ‘mata’ nenas dengan sepenuhnya. Betul ke?
Berbalik kepada makan nanas setiap hari ini, Dr Rizal Abu Bakar ada berkongsi tentang kebaikannya. Malah, yang menarik perhatian, bila makan nanas, mood kita akan jadi lebih baik.
Persediaan untuk makan malam – Nanas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nanas. Macam tahu tahu sahaja.
Nanas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.
Ads
Nanas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.
Vitamin yang cantikkan kulit.
Paling menarik tentang nanas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.
Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.
Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nanas.
Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.
Ads
Seperkara yang saya suka tentang nanas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.
Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nanas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.
Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.
Bila makan nanas, lidah terasa lidas. Kenapa boleh jadi macam ni. Ikuti perkongsian daripada Fatimah Salim pula tentang ‘lidas’.
Ads
Siapa Biasa Makan Nanas Lidah Berasa Lidas?
Lidah boleh berasa lidas (pedih atau gatal pada lidah atau mulut) semasa memakan nanas adalah disebabkan oleh kandungan bahan kimia jenis bromelain. Ianya tergolong dalam enzim jenis proteolytic yang berupaya menguraikan protein.
Bromelain boleh menguraikan sedikit lapisan protein mukosa yang membentuk permukaan lidah atau bahagian mulut yang lain. Keadaan ini menjadikan lidah menjadi sensitif kepada bahan kimia asid sitrik dan asid malik dalam jus nanas.
Iritasi kedua asid ini pada permukaan lidah dan mulut yang terjejas adalah penyebab kepada rasa lidas.
Cara untuk mengurangkan kandungan bromelain ialah dengan membuang dengan teliti bahagian ‘mata’ nanas atau memerap seketika nanas dengan sedikit garam. Bromelain banyak terkandung dalam bahagian ‘mata’ nanas dan garam pula mampu merencatkan aktiviti enzim bromelain.
Enzim bromelain juga boleh dinyahasli (denatured) dengan haba memasak. Maka, memasak atau merebus nanas akan memastikan enzim punca lidas tidak lagi aktif. Namun rasa dan tekstur nanas pastinya akan berubah.
Nota: Memerap daging lembu dengan hampas atau jus nanas juga boleh cepat melembutkan tekstur daging semasa dimasak.
MW: Agak-agak ada tak yang tak suka makan nanas. Rugi! Sebab banyak khasiatnya. Tapi ada juga yang kadang-kadang, bila lidah terasa ‘lidas’ terus terbantut nak makannya.
Rupa-rupanya boleh servis aircond sendiri hanya guna remote dan cuma perlu tahu caranya, sangat senang, mudah dan berkesan. Cara ini untuk menggalakkan anda servis aircond sendiri setiap kali guna, barulah lambat rosak.
Tetapi jika membabitkan masalah teknikal atau lebih berat, panggillah orang yang lebih pakai dalam membaiki aircond. Sebenarnya mudah saja, mak,ayah boleh lakukan sendiri di rumah.
Ikuti perkongsian syamzone ini dan ketahui caranya yang betul:
Cara-caranya selepas anda guna aircond waktu malam, jangan matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut.
Teknik-teknik bersihkan aircond:
1. Tetapkan mode daripada “Cool” ke mode “Fan”, tetapkan kelajuan kipas (fan) ke tahap paling tinggi.
Mengapa tetapkan ke mode “fan”?
Tujuan kita tetapkan ke mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
Secara tidak langsung, ia juga akan mengeringk n kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
PESANAN…
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, apa salahnya mencuba sebab mudah saja caranya. Paling penting seisi keluarga selesa apabila aircond di rumah sejuk dan berada di dalam keadaan yang baik. Betul tak?
Ada caranya untuk bersihkan kotoran degil atas dapur supaya kembali jadi berkilat macam baru beli. Hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur sahaja. Bukan apa biasanya, selepas memasak, memang akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.
Menerusi perkongsian daripada Dapur Pak San ada cara mudah untuk bersihkan dan kilatkan dapur.
Ramai bertanya dan nak tau cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Saya nak kongsikan tips kali ni.
Bahan Diperlukan:
Baking Soda
Garam
Tisu Dapur
Cuka
Cecair Pencuci Pinggan
Cara Membuat:
1. Tabur atas dapur baking soda dan garam.
2. Selepas itu tuang sabun cuci pinggan dan lumur bagi samarata ke semua tempat.
3. Kemudian tutup guna tisu dan tuang cuka. Pastikan cuka meresap dan basah.
4. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna berus pengosok periuk.
Insha Allah senang bersih kotoran degil atas dapur nanti.
Tip ini boleh digunakan untuk kilatkan kuali juga.
Info Ekstra!
Tak perlu basahkan dulu dapur atau kuali sebelum tabur dan lumur bahan-bahan tersebut. Hanya perlu tabur kering.
Haa… yang mana suka sangat makan pucuk ubi, boleh amalkan petua daripada Puan Saleha Maarof, katanya kalau kena caranya tak ada lah kita kena angin sampai sakit kepala.
Syaratnya betulkan cara masak! Nah, jemput godek kejap.
Cara Masak Pucuk Ubi
Tahu tak, ada orang alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kena serang angin, sampai sebu sebu.
Ni petua dari mak Sal sendiri. Mak memang tak boleh makan sebarangan memang mudah kena angin.
Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Petua ni mak dapat dari orang tua tua yang ajar mak, lepas mak dah buat, mak dapat dah me nikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.
Caranya :
1. Masukkan sedikit je beras masa masa nak rebus pucuk ubi tu.
2. Rebus la sampai empuk lembut.
Boleh Guna Untuk Ulam Lain
Nak rebus sekali batang boleh, tak nak pun tak apa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.
Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.
Jadi mana yang hadapi masalah yang sama sakit angin tu boleh try petua ni, dah tak ada masalah lepas itu kita boleh nak menikmati sayur kampung ni nak buat ulam.
Doakan mak sal, Sarifah Ahmad diberi kesihatan yang baik ye. Mudah mudahan, aamiiin.
Silakan share petua ni tau memang sal izinkan moga moga semua orang dapat manfaatnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...