Tidur dalam aircond memang dah jadi perkara biasa sekarang nie. Mana-mana rumah memang akan ada aircond, tambah-tambah sekarang nie panas membahang. Barulah boleh lena tidur.
Tidur dalam aircond yang terpasang sepanjang malam pun, mungkin tidak baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi bagi mak-mak yang nak turunkan berat badan. Sampaikan salah satu sebab tak kurus-kurus adalah tidur dalam aircon.
Sebenarnya, ada banyak penyebab berat badan tak turun. Cara yang mak-mak buat tu mungkin tak betul. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan berat badan mak-mak naik.
Tidur Guna Aircond
Dalam penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2006, seseorang yang tinggal di tempat yang mempunyai suhu yang sejuk dikatakan badan tidak bekerja keras untuk mengeluarkan peluh dan cepat merasa lapar. Kesannya, badan badan tidak dapat mengawal makanan yang diambil.
Wanita Bekerjaya
Ibu yang berkerjaya lebih cenderung menjadikan anaknya obesiti daripada ibu yang hanya suri rumah sepenuh masa. Kajian dari University College London mendapati kebanyakan anak yang terdiri daripada ibu bekerja lebih cenderung mengalami kenaikan berat badan berbanding dengan ibunya yang tinggal di rumah sahaja.
Kurang Tidur
Kajian yang dilakukan dalam jurnal Archives of Disease in Childhood pada tahun 2007 mendapati tidak mendapat tidur yang cukup akan meningkatkan risiko obesiti seseorang. Kajian dalam jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition pada tahun 2009 pula mengatakan tidur yang tidak cukup boleh membawa kepada rasa lapar, penat dan seseorang akan merasa malas untuk melakukan sebarang aktiviti fizik.
Lampu Terpasang Ketika Tidur
Ada pendapat mengatakan seseorang yang menyalakan lampu tidur pada waktu malam boleh menambahkan beberapa inci lingkaran pinggang. Walau bagaimanapun, hasil kajian yang dilakukan, penelitian ini hanya mungkin berlaku kepada mereka yang makan lewat malam sahaja.
Keturunan
Dalam jurnal Archives of Disease in Childhood mengatakan anak-anak yang lahir ketika ibu mereka berusia 30 tahun ke atas berpeluang untuk mempunyai lemak badan yang berlebihan berbanding dengan anak yang dilahirkan oleh ibu pada usia bawah 25 tahun.
Dalam Journal of the American Medical Association pada tahun 1997, anak perempuan berusia 9-10 tahun yang dilahirkan ibunya pada usia 35 tahun ke atas mempunyai risiko obesiti lebih tinggi berbanding merka yang dilahirkan oleh ibu yang berusia 21 tahun ke bawah.
Kurang Minum Air
Kurang minum air boleh mengakibatkan dehidrasi. Kadang-kala kurang air ini boleh membawa kepada rasa lapar sedangkan anda hanya inginkan air putih sahaja. Jika anda merasa lapar, cubalah untuk minum segelas air putih. Jika rasa lapar itu hilang, itu bermakna anda hanya dahaga. Selain air putih, anda juga boleh minum jus buah atau teh herba untuk memenuhi jumlah air dalam badan.
Pengambilan Ubat-ubatan
Penyelidikan dalam jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition padatahun 2009 mengatakan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat untuk diabetes, depresi, tekanan darah tinggi dan kehamilan boleh menambahkan berat badan.
Perkahwinan
Menurut Dimitry Tumin, penulis dalam penelitian bidang sosiologi di Ohio State University, wanita yang sudah berkahwin mempunyai tanggungjawab yang besar di rumah berbanding dengan yang masih bujang.
Dikatakan kemungkinan berat badan meningkat terjadi kepada wanita yang berkahwin pada usia lebih 30 tahun, sedangkanwanita yang berkahwin pada usia 20 an tidak terlalu banyak untuk mendapat risiko pertambahan berat badan.