Bila sebut jalan-jalan dekat utara ini, boleh terbayangkan harga makanan yang murah. Dan tentulah seronok bawa anak ramai bercuti ke Negeri Jelapang Padi.
Dr Yazeed Hair Johari yang berkesempatan membawa keluarga bercuti di utara berkongsi pengalaman menarik menikmati suasana dan pemandangan kampung, tepi sawah bendang di Jerlun, Kedah.
Selain harga makanan yang dikatakan ‘terlalu murah’, penginapan homestay mereka sekeluarga duduk ini juga berbaloi untuk dicuba.
Tentunya pemandangan kampung dekat Jerlun yang cantik itulah memukau pandangan sepanjang bercuti di sana.
Kenapa aku pilih home stay ni di alor star ?
Nak review homestay yang best ni. Tapi kalau kau golongan kayangan sila skip post ni. Sesuai untuk orang bandar yang dah lama tak tengok kampung.
Hari tu, aku ada mintak followers rekemen homestay dekat alor star ni. So Aku pilih suggestion yang ni. Jarak dia 15km dari bandar Alor Star.
Takkan balik kedah duduk hotel. Kalau takat duk hotel, dekat KL lagi banyak pilihan.
Duduk area bendang la best. Kau ada? Takdeee? Lemahhhh
Aku pilih Homestay D paddy, di Jerlun Kedah.
Kenapa aku pilih rumah ni?
Baca : Seronoknya Bawa Anak Jalan-jalan Dekat Selangot, Melawat Ladang Farm Fresh
Aku memang rekeman kat hangpa la. Kalau nak jalan-jalan dekat utara, Kampung-kampung dekat Jerlun ni memang cantik. Aku pun tak habis explore lagi.
Sekinchan pun tak boleh lawan laaa!!!!
Lagi 2 minggu nak datang lagi, confirm nak repeat.
Aku tidoq lena sepanjang 2 malam dekat sini.
Apa yang korang dapat dengan bayaran RM150 semalam . Berbaloi sangat. Tak da apa nak komplen.
Homestay D Paddy
En Rahim 012 432 2476
Dropped pin
https://goo.gl/maps/fTKmVUnFZTne1BadA
Sumber/Foto : Yazeed Hair Johari