Siapa tak nak kaya. Mesti semua orang memasang angan-angan untuk menjadi seorang yang kaya raya. Mampu beli apa sahaja yang diinginkan. Kalau boleh, sebuat sahaja nak beli atau nak makan, semuanya dapat.
Itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan, kalu kita hanya berangan-angan tanpa sebarang usaha. Ingat, kekayaan dan wang ringgit tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha. Nak beli kerta atau rumah sekali pun kenalah berusaha.
Bahkan, ada sesetengah orang sanggup berusaha dengan membuat kerja-kerja sambilan, semata-mata untuk menambahkan pendapatan. Ada yang sanggup kumpul harta dan aset untuk masa depan. Hasilnya, bersusah-susah sekarang, nanti esok-esok dapat segala yang diinginkan hasil titik peluh sendiri.
Inilah perkongsian daripada Hayat Muhammad, seorang peguam di Terengganu dalam memberi panduan dalam mencari kekayaan melalui pendapatan kedua.
Kereta Atau Rumah?
Semas mendapat kerja awal-awal dahulu, apa yang anda fikirkan dengan gaji yang ada. Beli kereta atau rumah?
Jawapannya….
Tahniah buat anda yang mempunyai kesedaran awal untuk membeli aset. Ini kerana, setiap orang akan mula bekerja ketika berusia 24 hingga 30 tahun. Waktu ini, kita tak berfikir panjang dan banyak duit dihabiskan.
Bila sudah masuk umur 30 tahun, baru tersedar, aset belum ada lagi, rumah masih menyewa dan duit simpanan tidak ada.
Sebenarnya, dalam perkara pertama, belilah kereta yang asas untuk memudahkan kita bergerak.
Ads
Nak pergi dan balik kerja. Myvi pun tak mengapa. Axia pun ok. Sebab apa kereta asas,. Ini adalah untuk tujuan nak bergerak. Kereta adalah keperluan. Ya lah, semua orang tahu, bermula gaji yang tidak besar. Baru nak mula hidup.
Kedua, dalam 3 tahun pertama. Simpan duit gaji. Tengok boleh simpan duit ke tidak. Masa ni sudah boleh mula survey cari rumah asas. Harga yang tak mahal. Maksudnya sesuai dengan gaji.
Selepas 3 tahun bekerja, biasanya ada kenaikan gaji. Pendapatan lebih stabil. Masa ini kalau simpanan pun sudah banyak sikit, boleh buat permohonan pinjaman untuk buat rumah. Kira betul-betul pinjaman berapa tahun dan berapa perlu bayar setiap bulan. Kalau pasangan nak buat pinjaman bersama, kenalah sama-sama bayar, Alhamdulillah.
Selepas 5 Tahun
Bila dah ada kereta asas dan rumah asas, simpanan pun sudah ada, gaji stabil, bolehlah berkira- kira untuk tukar kereta dan renovate rumah atau beli aset yang lain. Biasanya selepas 5 tahun bekerja.
Kad kredit kena jaga- jaga. Jangan sampai habis limit. Pastu jangan bayar minimum 5 % sahaja. Kalau guna, bayar banyak sikit. Supaya tak tertunggak. Interest dia sangat tinggi.
Pinajaman Peribadi kalau tak perlu, jangan apply. Komitment bulanan kecil. Loan kereta dan rumah biarlah potongan yang sepadan dengan gaji.
Ads
Contohnya kalau gaji 7k, bayar kereta 1K.
Benda ni subjektif, sebab ia bergantung pada lifestyle kita.
Loan rumah pun sama. Jangan sampai kau letak tangan atas dahi malam- malam sebab duit habis bayar loan.
Kalau nak cepat dapat kereta dan rumah idaman, cubalah bisnes, cari pendapatan kedua. Pakat suami isteri buat betul- betul.
Makan gaji untuk menyara kehidupan.
Pendapatan kedua untuk mencari kekayaan.
MW: Betul juga. Kalau mengharapkan duit makan gaji memang tidak akan cukup. Cuba tengok kebolehan lain yang boleh membantu untuk kita jana pendapatan kedua.
Hana & Da’i Syed bulan madu di Sabah, tunai umrah sambil lawat keluarga di Mesir. Tahniah diucapkan buat personaliti dan pengacara cantik, Hana Ismail yang sudah bergelar isteri kepada Da’i Syed Iqmal.
Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan akhirnya pasangan ini telah selamat bernikah dengan sekali lafaz. Menerusi majlis pernikahan pasangan yang diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Ampang itu, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga wali, Ismail Dahwan dengan lafaz akad dalam bahasa Arab.
Pemilik nama sebenar Nurulhana Ismail, 36 telah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Hana & Da’i Syed Bulan Madu Di Sabah
Dalam majlis penyatuan hati tersebut, pasangan mempelai bersetuju tiada sebarang pertukaran dulang hantaran kerana mereka telah berbuat demikian ketika melangsungkan pertunangan pada Oktober lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan rapat serta pihak media. Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datin Seri Paduka Umie Aida, Sharifah Noorhasleenda dan Irma Hasmie.
Malam tadi juga pasangan tersebut telah diraikan dalam satu majlis resepsi di Shah Alam.
Seperti mana yang dilaporkan media, perkenalan antara mereka berlaku apabila Umie Aida bertindak selaku ‘orang tengah’ selepas Syed meluahkan rasa suka terhadap Hana.
Hana Anugerah Allah Bagi Da’I Syed
Pemilik nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful turut meluahkan Hana adalah satu anugerah Allah buat dirinya.
“Syukur saya menjadi seorang suami kepada Nurul Hana Ismail. Pada pagi yang mulia ini, kami dapat bersama-sama dengan ulama dan habib yang mendoakan kami.
“Tarikh nikah hari ini juga tiada apa-apa maksud, cuma dipercepatkat kerana tidak mahu proses berkenalan terlalu lama, hanya sebulan setengah saja.
“Kenapa saya memilih Hana, sebab keistimewaan dia banyak. Antaranya cantik budi pekertinya, budi bahasanya cantik dan suka ke majlis ilmu,” ujarnya.
Tunaikan Umrah Bersama
Bercerita tentang bulan madu, Hana memaklumkan akan ke Sabah dan seterusnya ke Makkah bersama suami.
“Minggu depan, saya akan ke Sabah atas urusan kerja dakwah. Alang-alang nak ke sana bawalah suami sekali.
“Sebulan selepas itu kami akan menunaikan umrah bersama-sama dan seterusnya melawat keluarga walid (ayah Da’i Syed) di Mesir,” katanya.
Tahniah Mingguan Wanita ucapkan buat pelakon dan pengacara yang kini bergiat aktif dalam dunia politik, Dira Abu Zahar yang dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Dira Bergelar Datuk
Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, 36, merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.
Acara tersebut bersempena sambutan ulang tahun ke-71, Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka semalam.
Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.
Berhasrat menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin, Dira tekad untuk menabur bakti pada masyarakat dan berbakti pada negara.
Ucapan Tahniah & Doa
Sejurus umum mengetahui perkahabaran tersebut, laman Instagram Dira turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa yang dititipkan rakan-rakan dan para peminat yang tumpang berbangga dengan pencapaian yang diperolehinya.
Sumber Foto: Instagram Dira Abu Zahar Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sempat Pakaikan Baju Raya, Kenangan Terakhir Sebelum Anak Meninggal. Tiada yang lebih memilukan hati mak ayah apabila kehilangan anak tersayang. Anak yang dijaga sejak kecil kini telah tiada lagi. Sukar untuk menerima kenyataan namun harus reda dengan permergiaannya.Apatah lagi ketibaan syawal tidak lama lagi, perasaan rindu, sedih pasti terkesan dihati.
“Jujurnya memang sedih sampai hari ini kerana teringatkannya namun Allah lebih menyayangi Daffrel dan saya bersyukur sempat pakaikan baju raya untuknya.”
Begitu kata Muhamad Firdaus Ismail, 38, bapa kepada kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) terlantar, Muhammad Daffrel, dua tahun empat bulan yang dijemput Ilahi pada pagi Khamis lalu.
Anak Bongsu Meninggal
Anak bongsu daripada tiga beradik itu meninggal dunia selepas enam hari dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru paru.
Pemergian Muhammad Daffrel memberi kesan kepada seluruh keluarganya terutama Muhamad Firdaus dan isteri Norazimah Bunihan, 35, yang berharap dapat menyambut Aidilfitri tidak lama lagi dengan anak istimewa mereka itu.
“Kebetulan, saya dan isteri sudah beli baju raya untuk anak-anak termasuk Daffrel. Kami rancang nak pakai bersama pada pagi Syawal ini namun keadaan Daffrel kritikal pada malam Rabu lalu.
“Dia pun tidak sedar sejak hari kedua dimasukkan ke hospital, malah doktor juga sudah minta kami bersiap sedia dengan kemungkinan (meninggal dunia) dan kerana itu, saya pakaikan Daffrel baju Melayu berwarna hitam sebagai kenangan terakhir.
“Ditakdirkan, Daffrel meninggal dunia pagi esoknya (Khamis) tidak lama selepas bantuan pernafasan ditanggalkan,” katanya.
Anak Terlantar
Bercerita lanjut, Muhamad Firdaus berkata, Muhammad Daffrel disahkan menghidap Cacna1e (isu genetik), kelewatan pembangunan global (GDD), laryngomalacia (saluran pernafasan sempit) sejak berusia empat bulan.
Menyedari keperluan anaknya yang terlantar dan perlu dipantau setiap masa, Muhamad Firdaus berbincang dengan isteri sebelum ambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai cef di sebuah hotel di sini.
“Saya dan isteri buat keputusan yang sukar sebenarnya iaitu salah seorang perlu berkorban demi Daffrel.
“Selepas berbincang, saya yang berhenti kerja kerana jadual rawatan Daffrel yang padat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pada masa sama perlu menguruskan persekolahan abang serta kakaknya.
“Manakala isteri terus bekerja dan ikutkan, saya yang lebih banyak menghabiskan masa dengan Daffrel…jadi pemergiannya amat meninggalkan kesan mendalam hingga ke hari ini.
“Bagaimanapun, sudah takdirnya Daffrel pergi…jadi saya tiada pilihan melainkan reda dengan ketentuan-Nya,” katanya.
Muhamad Firdaus berkata, walaupun terlantar, Muhammad Daffrel tidak banyak meragam, malah sangat mudah dijaga.
@firdaus__ismail Terima kasih semua yang selalu ada dengan Daffrel selama 2 tahun 4 bulan ini, semoga Daffrel tarik kita semua ke dalam syurga bersama dengannya.. aminn ya mujib.. Al-fatihah . in memory Muhammad Daffrel Firdaus bin Muhamad Firdaus #Daffrel#anaksyurga#fyp♬ Sad and lonely – MoppySound