nak cantik, bersahabatlah dengan tomato

 

Buah tomato sering kali digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Bahkan ramai orang yang suka memakannya secara mentah kerana khasiatnya yang tinggi untuk kesihatan. Buah tomato kaya dengan vitamin A, B1 dan C. Warna merah tomato adalah disebabkan oleh likopena iaitu sebatian semula jadi (karotenoid) yang dikatakan berfungsi sebagai antioksidan semula jadi yang baik.

Kalau Nak Cantik, Bersahabatlah Dengan Tomato…

Lawan Radikal Bebas

Selain manfaat daripada sudut kesihatan, tomato juga bagus untuk melawan kesan kerosakan sel kulit akibat radikal bebas. Sebaiknya, disarankan setiap orang untuk mendapatkan likopen minimum sebanyak 16mg sehari. Ia dikatakan dapat membantu untuk mengurangi kadar radikal bebas pada tubuh dan membantu kelembapan kulit.

Tomato juga dapat membantu mengawal dan mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit wajah serta berkemampuan untuk menghilangkan kulit kusam.

Ads

Apa kata anda cuba lakukan sendiri perawatan ini di rumah untuk miliki wajah yang bersih, mulus dan cantik. Anda juga boleh amalkan jus tomato dan timun bagi membantu singkirkan lemak daripada badan. Selamat mencuba!

Masker Tomato & Avokado

Bahan-bahan:

1 biji buah tomato
1 biji avokado – ambil isi

Ads

Cara membuat:
1. Lenyek dan hancurkan buah tomato dan buah avokado. Satukan dan sebatikan keduanya.
2. Jadikan sebagai masker dengan menyapunya pada seluruh kulit wajah.
3. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas bersih dengan air suam.

Masker Tomato & Timun

Bahan-bahan:

1 biji tomato
1 batang timun

Ads

Cara Membuat:
1. Potong dan kisar keduanya hingga hancur.
2. Sapukan pada muka dengan rata. Biarkan seketika sebelum cuci dengan air suam.
3. Campuran masker ini mampu menyingkirkan minyak berlebihan pada wajah dan mencegah kulit kekeringan.

Kalau Nak Cantik, Bersahabatlah Dengan Tomato…

Jus Tomato, Saderi & Timun Bantu Singkirkan Lemak

Bahan-bahan:
3 ½ cawan tomato cencang
2 cawan timun yang dipotong dadu
1 batang saderi
½ sudu teh serbuk lada hitam

Cara Membuat:
1. Masukkan tomato, timun dan batang saderi ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur dan halus.
2. Masukkan serbuk lada hitam, kemudian kisar lagi hingga sebati.
3. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati. Boleh tambah ais jika suka.
4. Sebaiknya minum jus ini ketika perut kosong atau 30-60 minit sebelum makan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI