Kalau Nak Beraya, Jangan Main Terjah Bimbang Tuan Rumah Tak Ready Terima Tetamu!

Share

Amboi! Bukan main seronok bila PM umum boleh beraya dalam negeri. Tapi nak pesan pada semua, kalau nak beraya jangan main terjah je bimbang tuan rumah tak ready terima tetamu. Ingat ye PM kata satu rumah tak boleh lebih 20 orang.

Virus Covid-19  ni belum habis lagi , jangan nak berjimba sangat ye. Kalau tuan rumah kunci pintu pagar, janganlah sentap. Fikir yang baik-baik, barangkali di rumahnya ada warga emas atau ahli keluarga yang sakit kronik. Boleh jadi juga rumah yang  tak mengalukan tetamu kerana mereka ada anak istimewa atau bayi. Jangan terus kecam, labelkan keluarga tu sombong.

Mereka mungkin masih trauma dengan Covid-19 yang meragut ratusan nyawa di Malaysia. Saya tertarik dengan kiriman WhatsApp yang mengingatkan kita supaya berjaga-jaga sebelum nak beraya sakan, jangan terjah sesuka hati ke rumah orang. Mesejnya terbaik, memang mengundang insaf.

Jangan Terjah Check Dulu Rumah Tu Ada Golongan Berisiko Tak?

Ringan-ringankan mulut bertanya dengan tuan rumah. Adakah rumah yang nak dituju ada warga emas, anak istimewa dan pesakit kronik seperti kanser dan buah pinggang. Kalau jawapannya ada, batalkan niat beraya ke sana. Golongan tersebut berisiko tinggi, jangan sebab kita datang entah mungkin ada virus, mereka pula jadi mangsa.

Tak kira lah ahli keluarga sendiri pun, call sebelum datang. Bimbang nanti saudara mara kita tak ready terima tetamu. Mungkin bukan sebab ada golongan berisiko tapi kekangan kewangan.  Maklumlah ramai yang hilang punca pendapatan sekarang.

Mana kita tahu, makanan tu rupanya cukup-cukup untuk anak beranak dia je. Kalau kita dah terpacak depan rumah, takkan orang nak halau. Cuma bimbang nanti kerana kita yang seronok makan juadah raya, tuan rumah sekeluarga ikat perut.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/beli-barang-untuk-mak-ayah-haram-ambil-balik-bila-mereka-meninggal/

https://www.mingguanwanita.my/kalau-tak-nak-malu-jaga-adab-bila-beraya/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Lupakan Sampul Raya

Memang niat nak bersedekah tapi ingat ye, sampul tu banyak tangan yang pegang. Begitu juga dengan duit raya. Entah berapa tangan yang sentuh duit tu. Kita pula bagi pada budak-budak dan orang tua. Macam yang kita tahu golongan ni berisiko tinggi dijangkiti Covid-19. Jadi fikir-fikirkan lah. Kalau nak bersedekah, mungkin boleh bank in duit raya.

Utamakan Keselamatan Keluarga Berbanding Meraikan Tetamu

Tuan rumah jangan rasa serba salah, cakap je terus terang kalau tak ready terima tetamu. Nak-nak kalau kat rumah ada baby dan ahli keluarga yang sakit, sebaiknya jangan terima tetamu. Fikirkan tentang keselamatan ahli keluarga. Tetamu kena fahamlah, raya tahun ni memang berbeza.

Akhir kata, tak payah nak ralat kalau tak dapat berkunjung raya. Kita sambut dengan anak beranak kita je tahun ni. Perancangan Allah tu adalah yang terbaik, jika difikir memang banyak hikmahnya. Salah satunya, kita dapat berjimat. Biasanya raya sebelum ni, memang bajet besar sampai ada yang berhutang nak balik kampung, nak buat rumah terbuka dan persiapan lain. Jadi Allah dah selamatkan kita daripada membazir dan berhutang.

Semua orang pun rindukan mak ayah di kampung, tapi kita lagi bimbang keselamatan mereka. Sekarang teknologi canggih, kita bervideo call je dengan mak ayah untuk hilangkan rindu. Nanti bila keadaan dah pulih, kita balik peluk cium mak ayah kita sama-sama ye. Renung-renungkan dengan mata hati.

 

Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.

Published by
intan rohaizat