Memang susah nak melatih diri supaya tak cepat terasa atau mudah sentap. Kalau dipendam pun, mesti bergenang air mata di kelopak. Apatah lagi terasa dengan insan tersayang atau kawan-kawan yakni orang paling dekat.
Mudah sangat sentap dengan orang yang kita, bukan tak mahu mengawal emosi tetapi rasa sedih itu lain macam. Bukan sengaja. Ikuti perkongsian
Nur Farhana Rizal ini dan hadam baik-baik.
Mudah Sangat Sentap
Melatih diri untuk tidak cepat terasa dan makan hati itu adalah satu skill atau kemahiran yang mesti kita pelajari. Istilah orang sekarang, cepat sentap.
Biasanya, bukan dengan semua orang kita senang terasa ni. Mungkin dengan orang-orang tertentu sahaja. Contohnya mungkin kawan baik, atau seseorang yang kita rasa dekat dengan kita.
Namun, sampai bila kita nak biarkan hati kita sedih. Hati kita menangis. Hati kita terluka. Dan untuk kita mengubah orang lain atau untuk kita meminta orang lain menjaga hati kita, itu perkara yang keberangkalian untuk berlaku rendah.
Baca Juga Di sini:
Kalau Sentap, Ubah Hati Jadi Mudah Menerima
Maka, perlulah kita sendiri yang menasihati diri kita supaya berubah menjadi hati yang lebih mudah menerima dan memaafkan. Hati yang lebih mudah untuk tidak mengambil hati atas setiap kata-kata yang dilemparkan.
Kita yang ingin bahagia. Maka kitalah juga yang bertanggungjawab membina dan mencipta bahagia dalam diri kita. Kalau bukan kita, siapa lagi nak bahagiakan kita. Dan kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak bermula memberi bahagia pada diri kita.
La tahzan. Innallaha ma’ana.
Cuba selalu menjadi penghibur insan sekeliling juga hati sendiri.
MW: Rasa sentap tak boleh ditahan-tahan, jika mak-mak terasa cuba luahkan. Kadang-kadang orang yang dekat anggap kita mampu terima segalanya tanpa dia sedar orang paling dekatlah memberi impak besar pada emosi kita. Mula-mula cuba terima dan didik hati, jika tidak move on saja. Jangan biarkan hati kita tersakiti.