Kalau Masakan Pajeri Mak-mak Ada 10 Rahsia Ini, Barulah Betul Itu Resepi Original

Share

Pajeri orang sekarang tak macam masakan pajeri orang dulu-dulu. Apa yang dikongsikan Syed Mohd Nazli

dalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) ni memang ada betulnya.

Susah dah nak jumpa, kalau ada pun rasa santannya kuat. Hilang rasa asli pajeri itu. Sebab itulah, mak-mak muda terutamanya kena belajar ilmu masakan ini.

Ini cara betul masakan pajeri baik terung atau nenas, 10 rahsia yang dinyatakan ini kena ada. Point yang beliau kongsikan inilah yang akan membetulkan salah faham terhadap pajeri nenas.

10 Cara Betul Masak Pajeri

1. Pajeri bukan sejenis masakan berkuah cair.

2. Ianya berkuah pekat.

3. Rempah yang digunakan ialah rempah kari daging.

4. Bahan wajib ialah kerisik yang digaul bersama rempah sebelum ditumis.

5. Bahan tumisan selain bawang putih / merah ialah hirisan halia dan ’empat sekawan’. Jangan dok rajin tambah serai segala bagai.

6. Proses mati rempah dan pecah minyak adalah sama macam tumisan kari ikan.

7. Cukup sedikit pati santan.

8. Masakan ini jenis masakan manis dan perlukan gula yang sedikit banyak.

9. Nenas hendaklah dicelur air panas terlebih dulu.

10. Rasanya mesti ada rasa rempah, rasa gula, rasa garam dan sikit sangat rasa lemak. Diulangi SIKIT SANGAT RASA LEMAK!

Masakan Pajeri Kena Rupa Macam Ini

 

 

Mak-mak, masaklah pajeri tu sampai jadi macam dalam gambar ini. Ini pajeri dari Mak saya yang saya akan gaul nasi di dalam periuk bekas-bekas tinggalan yang ada.

Sumber/Foto : Syed Mohd Nazli via MAHN

Published by
Netty Ah Hiyer