Sebelum bayi lahir lagi dan duduk dalam perut mak-mak, dia sudah mempunyai deria pendengaran. Apa jua yang mak ayah cakap dia boleh dengar. Bila dengar kata yang baik-baik daripada persekitaran, ia boleh memberi kesan pada peringkat awal kehidupannya. Sebab itu, dalam pertuturan, mak-mak kena bezakan antara kata-kata kesat, kasar atau pun tegas.
Inilah topik yang dibincangkan dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pada tengah hari tadi, ‘Kesan Pertuturan Kesat Terhadap Anak-anak’. Menurut panel jemputan, Dr Aminah Kassim, pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak & Remaja, Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur:
“Kata-kata inilah, anak boleh rasakan dirinya disayangi atau tidak. Bikla disayangi, akan wujud jalinan kasih sayang. Jika tidak, ia memberi kesan jangka masa panjang, yang mana anak-anak akan memberontak, takut, agresif dan tidak berani bercakap.”
Berkongsi pengalaman, Sharifah Shahirah yang sering berkogsi keletah anak-anaknya di IG, berkata:
“Paling penting, komunikasi dengan anak-anak sangat penting, Jangan sesekali bercakap di belakang. Selepas itu, barulahkita umpan dengan masakan kita, bonding tu sangat penting.
Bagi paparan lanjut, saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD jam 8 malam bersama Siti Elizad dan Sherry Al-Hadad.