Kalau Mama Tau Pinggan Corelle Dia Terlekat Dalam Mangkuk, 2 Minggu Lah Tak Cakap Dengan Aku

Share

Jangan buat main-main dengan set berharga mak-mak. Baik tupperware, pinggan mangkuk corelle mahupun set portmeirion mak-mak, bila pecah atau hilang, berminggu-minggu merajuk mak-mak, belum tentu hilang.

Sebab itulah bila, anak perempuan ini, Shazlin Faizal terlekatkan pinggan corelle dalam mangkuk waktu basuh pinggan.. dia punya gelabah membawa kepada kegelabahan satu keluarga. Hahaha.. cerita ini memang lucu.

Sebaik pinggan itu terlekat, macam-macam cara anak ini usahakan nak cungkil keluar pinggan corelle mama dia. Tapi macam-macam usaha itu semua sia-sia. Yang jadi lucu, bila Shazlin minta bantuan netizen di twitter miliknya.

 

 

Weh aku basuh pinggan, tiba-tiba piring kesayangan mak aku ni termasuk pulak ngam ngam dalam mangkuk tu. Macam mana nak keluarkan? Tolong weh. Dah congkeh guna pisau pun tak boleh buat apa-apa. Mati lah kena marah dengan mama.” Luahnya.

Dalam thread yang lain, twitnya kedengaran lebih lucu lagi. “Tolong weh. Kalau mama tau corelle dia terlekat macam tu. 2 minggu lah tak bercakap dengan aku.”

Sebenarnya, ini bukan lagi soal lucu. Shazlin semakin serius dan dia benar-benar risau. Sebab anak ini tahu betapa sayangnya mak pada pinggan corellenya itu. Dan akhirnya abah pun turun padang memberikan bantuan. Haa… nampak tak penangan pinggan mangkuk kesayangan mak-mak dalam cerita ini.

 

Abah Beli Pam, Tetap Tak Nak Keluar

Abah bought this new pump dekat mini market, still tak nak keluar.” Dan akhirnya cerita pinggan corelle ibu yang terlekat sampai ke pengetahuan mamanya.

 

“My mom dah tahu. Mannnn habis lah.

 

Abang Dan Kakak Ipar Pun Tolong Sama

Sambungnya dalam thread yang lain, abang dan kakak iparnya pun usaha juga cungkil pinggan corelle tu keluar dari mangkuk. Tetap.. tak mahu juga dia keluar.

Abang and kakak ipar pun tolong.. bodohlah piring ni.”

Hahaha.. kelakar anjay!”

 

Cuba Pula Curah Air Panas

Bila guna pam tandas pun tak berkesan, Shazlin cuba cara lain. “Dah try curah air panas kat atas anda kat dalam. It doesn’t work maybe sebab mangkuk tu tebal.”

 

Guna Sabun Pulak Kot Menjadi

Nampaknya cara curah air panas pun tak menjadi. Anak perempuan ini cuba pula guna sabun. “Dah nak habis sabun letak bagi licin. Dah senget benget pisau dok congkeh. Lagi hangin kepala mama pisau dia senget.”

 

Masak Atas Gas, Tengok Apa Cerita

Macam-macam dah cuba kan, tetap juga tak berkesan. Ini ikhtiar seterusnya. “Dah taruk air lepas tu masak sekali. Kita tengok apa cerita

,”

Guys, mangkuk tu lagi mahal dari satu set piring tu ya. Lepas tu piring tu tak boleh beli sekeping je. PS: I menganggur sekarang.. siapa nak beli buah pinggang?” Hahaha.. lucu sungguh caption ini.

Sayangnya, piring corelle mama Shazlin tetap setia dalam mangkuk itu.

 

Cara Lain Pula.. Letak 3 Jam Dalam Peti Sejuk

Letak dalam peti. Kita tengok 2 ke 3 jam dia duduk dalam tu apa cerita ya? Lepas tu ada tak mana-mana company yang ada jawatan kosong? Just in case ya.”

 

Matilah Nak!

Dan seperti yang dijangka.. cara terakhir itu tetap tak berkesan. Ini last pilihan yang Shazlin ada. “Boii I’m dead! I’m freaking DEAD! Terpaksa pecahkan. Hmm siapa yang tau orang jual set corelle ni sekeping je. Please let me know.”

Ramai Rupanya Yang Memahami & Cuba Bantu

 

 

 

Usaha Pula Pujuk Hati Mama

Dalam twitnya juga Shazlin memaklumkan yang mamanya terima apa yang sudah berlaku, tetapi pesan mamanya tetap buatkan dia kena usaha lebih.

Mama cakap tak apalah, dah dapat buat orang happy tu dah elok dah. Tapi dia tetap nak yang baru jugak.”

Demi mama, Shazlin berusaha juga mencarikan ganti pinggan correlle mamanya yang telah pecah berderai itu. Ramai juga yang membantunya. Memberikan cadangan mencari pinggan itu di Sogo antaranya.

 

 

Demi nak pujuk hati mama juga, Shazlin dah selesaikan menggosok pakaian sebakul. “Dia tak nak cakap dengan aku. Lepas tu nak amik hati dia. Aku pun gosoklah kain sebakul

.”

Sayu pula cerita pinggan corelle Shazlin ini. Apa pun sejuk perut mak mengandung. Sebab dapat anak baik hati macam Shazlin yang pandai pujuk dan ambil hati orang tua. Rupanya, tak rugi pun jadi anak yang baik.

 

 

Akhirnya tweetnya yang dah viral itu sampai juga ke pengetahuan Malaysia Corelle Store. Yang mana, syarikat itu bermurah hati menggantikan pinggan corelle mama Shazlin yang pecah itu secara percuma.

Dan Shazlin dijemput ke warehouse Corelle Malaysia bersama ibunya untuk memilih sendiri pinggan corelle yang mahu diganti itu. Ketika Mingguan Wanita menghubungi Shazlin, beliau maklum akan perkara itu.

Alhamdulillah..” tuturnya ringkas.

Nota hakak : Nampak kan? Bila Allah nak datangkan rezeki yang besar.. dia berikan musibah dulu. usaha macam-macam cara sampai berjaya, redha sabar itulah kunci kekuatan hati.

Sumber/Foto : Twitter Shazlin Faizal

Published by
Netty Ah Hiyer