Berpuasa di bulan ramadan, membuatkan kita agak segan untuk masuk ke premis makanan pada waktu siang hari.Bukan apa takut di salah anggap tidak menghormati bulan puasa.Dilema bagi mak-mak yang ada kecil, malu membeli makanan untuk anak sendiri, walaupun ada ‘lesen besar’.
Situasi ini pernah dialami oleh pelakon dan pengacara Norliyana Samsudin,35. Menurut ibu kepada Aisy Mateen,3 ini, dirinya pernah berasa segan untuk membeli makanan dan minuman untuk anaknya pada bulan puasa. Namun ditahan perasaan malu tersebut, demi mengelakkan anaknya kehausan dan kelaparan.
“Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.Ingat lagi 1st time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak”
Ads
“Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan.. kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pulak sembunyi sembunyi kan?”
“So kesimpulan nya.Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan.. sayangggg dieee.Kira ada lesen beso lah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha .
MW: Setuju sangat dengan apa yang Yana Samsudin ini kongsikan. Beli makanan dan minuman untuk anak tiada salahnya. Tak perlu rasa segan dan bersalah anggap tak hormati bulan ramadan.
Biasanya anak yang selesema mungkin akan demam (sehingga 38 darjah Celsius), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair yang membuatkan mereka meragam dan hilang selera makan.
Jadi sebelum selera makan anak makin kelaut dan meragam setiap kali nak tidur malam, mak-mak boleh ikut tip yang dikongsikan Doktor Taufiq Razif melalui pengalaman jaga anaknya sendiri…
Anak Selesema
Solahuddin ni jarang selsema tapi kalau dah selsema pun saya takkan bagi ubat. Bahaya budak bawah umur 2 tahun ni kalau bagi ubat selsema.
Ada sesetengah ubat selsema tu boleh menyebabkan anak di bawah umur 2 tahun berhenti bernafas ( Apnea ). Lagipun biasanya anak-anak yang selsema ni disebabkan virus je. Ia akan hilang sendiri walaupun tanpa antibiotik.
Jadi apa nak buat?
PERTAMA:
Tengok dulu hingusnya. Kalau hingusnya kental dan berwarna disertai demam tinggi mungkin penyebabnya bakteria. Yang ni boleh je nak bawa jumpa doktor.
KEDUA:
Kalau hingusnya jernih dan tak demam. Ni mungkin disebabkan virus je. Selsema disebabkan virus ni akan baik sendiri tapi selsema ni memang akan buat anak meragam sebab hidungnya tersumbat.
Ni saya ajar cara mudah supaya hidung anak kita tu jadi KURANG TERSUMBAT dan anak kita boleh bernafas dengan LEBIH LEGA.
MASAK SUP AYAM
Masakkan je sup ayam pada anak kita tu. Sup ayam terbukti boleh mengurangkan ‘nasal congestion’ . Biasanya anak meragam sebab dua dua belah hidung tersumbat. Dia nak bagitahu tak pandai lagi. Tu yang dia meragam tu kalau tengah selsema.
Dah tahu ni boleh terus amal pada anak masing-masing ye.
Resepi Sup Ayam Antibiotik
Bahan-bahan
5 biji buah pelaga
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji lada hitam
3 cawan air
1 batang carrot yang dipotong dadu atau dihiris bulat (terpulang kepada anda berapa banyak)
Sedikit ikan bilis yang ditumbuk
Cara Membuatnya:
Didihkan semua seperti memasak sup.
Untuk lebih menyelerakan dan sedikit karbohidrat, anda boleh tambahkan mee hoon atau pun spagheti.
Sumber protein pula, anda boleh gantikan ikan bilis tadi dengan isi ayam.
Untuk lebih menarik lagi, tambahkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
NOTA:
Kalau nak masukkan isi ayam, tak perlu bubuh ikan bilis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas dua tahun, Syawal kali ini paling kita nantikan. Lagi-lagi waktu inilah kita dapat menziarah dan berkumpul dengan sanak-saudara. Anak-anak pun tambah seronok bila beraya, dah tentunya masing-masing dapat kumpul duit raya.
Walaupun Syawal sudah berakhir, mak ayah masih lagi sibuk menziarah sanak saudara yang lama tak jumpa. Jadi tertangguhlah niat untuk buat perancangan duit raya anak-anak.
Jangan simpan dalam rumah lama-lama ya mak ayah. Bersegeralah simpan duit raya anak itu untuk keperluan masa depan anak-anak, lebih baik lagi jika disimpan di tempat yang boleh memberi pulangan dan menggandakan duit raya anak itu.
Jarang anak-anak kecil menyimpan sendiri duit raya mereka. Jika diikutkan kemahuan anak-anak, boleh jadi duit raya habis digunakan untuk mereka belanja apa yang mereka mahu.
Sebaiknya mak ayah ambil duit raya anak dan urus duit mereka untuk kebaikan mereka di masa hadapan. Mak ayah boleh asingkan sebahagian duit raya anak-anak untuk simpanan dan peruntukkan untuk “reward” anak-anak dengan apa yang mereka hendak, seperti buku atau makanan kegemaran mereka.
Kali ini Mingguan Wanita mahu berikan saranan pada mak ayah untuk uruskan duit raya anak-anak.
Pentingnya Membuat Pelaburan Seawal Usia Anak-anak
Lebih awal menyimpan, lebih banyak masa untuk menggandakan simpanan atau pelaburan anak-anak. Sekarang ni dah ada akaun pelaburan yang boleh dibuka seawal usia bayi.
Lagi-lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, jadi kos pendidikan dan kesihatan juga akan turut meningkat.
Sebab itulah merancang pelaburan atau tabung pendidikan anak-anak ini perlu dimulakan sejak awal. Apabila anak memasuki alam persekolahan atau universiti, sekurang-kurangnya duit pelaburan itu boleh membiayai kos pendidikan mereka. Ada yang simpan duit raya anak-anak bertahun pun masih tak cukup untuk bayar yuran pengajian anak-anak.
Jadi, ambil peluang ini untuk melabur lebih awal untuk anak-anak dan manfaatkan kuasa kompaun. Dalam pelaburan, apabila dividen tidak dikeluarkan, modal pelaburan akan bertambah. Dividen atas dividen ini akan terus menambah modal pelaburan jika dibiarkan untuk jangka panjang.
Mak ayah juga perlu konsisten untuk menambah pelaburan anak-anak. Biarlah nilainya kecil mengikut kemampuan, tetapi tak pernah lupa untuk menyimpan demi anak-anak. Apabila pelaburan anak-anak mendapat dividen, kekalkan sahaja dividen itu dalam akaun pelaburan agar pelaburan mereka terus berkembang dan menjana pendapatan setiap tahun.
Bagi mak ayah yang sedang berkira-kira membuat pelaburan anak-anak tu, pilihlah instrumen pelaburan yang sesuai untuk anak. Mak ayah kena ingat, pelaburan ini untuk masa depan anak-anak, jadi simpanlah di tempat yang selamat dan tidak berisiko kerugian modal seperti pelaburan dalam unit amanah harga tetap.
Nak melabur untuk anak dalam akaun ASNB?
Mak ayah boleh hadamkan info ini ya.
ASNB menawarkan unit amanah harga tetap dengan nilai seunit kekal pada RM1 iaitu ASB, ASB 2, ASB 3 – Didik, ASM, ASM 2 dan ASM 3.
Yang belum buka akaun ASNB untuk anak-anak, boleh pergi ke cawangan ASNB atau ejen berdekatan. Hanya bawa myKid anak dan RM10 untuk pelaburan permulaan, mak ayah dah boleh melabur untuk anak-anak.
Pelaburan tambahan adalah serendah RM1 di kaunter atau perbankan internet ejen dan RM100 di portal/aplikasi myASNB.
Sekarang ini lebih mudah nak melabur, kerana nak simpan duit raya anak-anak boleh buat secara online dengan portal/aplikasi myASNB dan perbankan internet ejen seperti Maybank2u, RHBNow, HLBConnect, CIMBClicks, AmOnline & Affin Online.
Selepas membuka akaun pelaburan, mak ayah boleh memantau akaun pelaburan sendiri mahupun anak-anak secara online dengan aplikasi dan portal myASNB.
Gunakan kemudahan myASNB semaksimum yang boleh untuk memantau, menambah dan mengurus duit anak-anak.
Tahun ini, ASNB adakan lagi kempen Labur Raya untuk mak ayah sama-sama kumpul dan simpan duit raya anak-anak di ASNB.
Apa Istimewanya Kempen Labur Raya 2022 Ini
Labur Raya 2022 ini adalah salah satu kempen yang menggalakkan pelaburan duit raya anak-anak dari seawal usia kelahiran sehingga 18 tahun.
Kempen ini bermula dari 1 Mei hingga 31 Julai 2022.
Jangan tak tahu, buat pelaburan untuk anak-anak pun berpeluang menang hadiah. Ini hadiah menarik yang disediakan.
a) Hadiah Utama: RM5,000 Junior Investment Plan x 10 pemenang
b) Hadiah Kategori Pelaburan:
i. RM1,001 & ke atas: RM500 x 100 pemenang
ii. RM501 – RM1,000: RM250 x 200 pemenang
iii. RM500 & ke bawah: RM100 x 500 pemenang
Macam mana Mak Ayah Nak Sertainya
Hanya melabur serendah RM10 dalam ASB, ASB 3 Didik dan ASM 3 ke dalam akaun anak-anak di semua saluran ASNB.
Bonus: Daftar Auto Labur untuk akaun anak-anak dan boleh dapat RM10 percuma untuk 1,000 pendaftaran pertama.
Auto Labur ialah perkhidmatan yang ditawarkan di myASNB untuk pelaburan konsisten secara automatik. Mak ayah boleh menetapkan pelaburan setiap bulan secara automatik untuk akaun sendiri dan akaun anak-anak. Macam mana nak mendaftar Auto Labur, mak ayah boleh layari link: https://www.asnb.com.my/myASNBautolabur.php
Mak ayah, ambillah peluang menyimpan duit raya anak-anak dengan kemudahan yang tersedia di hujung jari ini. Tak perlu risau kalau terlupa nak simpan, Auto Labur automatik setiap bulan
Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan. Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka, sekaligus dimurahkan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan.
Doa ini merupakan ayat 19 surah As Syura, yang diajar dan diamalkan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.Menurut beliau, caranya dengan letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun anak-anak sambil membaca dan mendoakan mereka agar dilembutkan hati.
Berikut perkongsian beliau;
“Saya selalu amalkan ayat ini iaitu ayat 19 surah As Syura untuk melembutkan hati dan amalan berzikir jugak memohon supaya dimurahkan rezeki.”
“Kalau dengan kanak-kanak saya selalu letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun mereka memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.”
“Begitu juga dizaman sekarang ini mudah sangat kata-kata nista, keji dan fitnah dilemparkan maka setiap kali saya dikeji dinista atau difitnah saya akan baca ayat ini sebagai zikir mohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah ,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.. “
Selamat beramal!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan. Bahkan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...