Bila dah rasa berat badan naik, mulalah terfikir untuk nak bersenam. Masalahnya, cara yang macam mana untuk bakar kalori yang banyak. Perlukah pergi ke gimnasium atau jogging untuk kurus.
Mak-mak tak perlu nak pening kepala macam mana nak bersenam untuk kurus. Sebenarnya, dalam aktiviti harian yang kita lakukan ini pun sudah cukup membantu. Inilah yang dipanggil aktiviti NEAT.
Ikuti perkongsian daripada Coach Mohamad Faizal Saedon tentang apa yang dikatakan aktiviti NEAT ini.
Nak kurus bukan hanya tertumpu pada bersenam dan tak semestinya senaman boleh turunkan berat badan. Sebenarnya aktivitei NEAT juga membantu untuk bakar kalori yang lebih banyak.
Apakah aktiviti NEAT?
NAK KURUS RAMAI PANDANG REMEH AKTIVITI N.E.A.T
Ads
Non Exercise Activity Thermogenesis adalah semua pergerakan tubuh sepanjang hari.
Berjalan ke dapur, mandi, syampoo rambut, sidai baju, basuh pinggan, lipat kain, makan, memandu, ambil remote tv dan segala macam yang kita lakukan sepanjang hari ialah NEAT.
Dengan perbanyakkan aktiviti NEAT ni maka banyaklah kalori akan dibakar. Malah dengan aktiviti NEAT ni membakar lebih banyak kalori sebenarnya berbanding senaman yang kebanyakannya kita buat.
Sifir sebenarnya jangan malas. Beat the Malas.
Selalu saya bagi contoh, kalau remote depan mata pun suruh anak yang di dapur ambik, kita ada masalah malas dan masalah inilah yang menggemukkan kita.
Aktiviti NEAT, Buatlah Kerja Rumah
8 tip bagaimana nak tingkatkan aktiviti N.E.A.T dalam aktiviti seharian kita.
1. Pilih berjalan dari naik kenderaan ke lokasi berdekatan. Atau setidaknya parking jauh sikit jika ke surau, pusat beli belah.
Ads
2. Naik tangga berbanding lift. Kalau kalian nak ke tingkat 10, naik tangga hingga tingkat 3 pun dah memadai.
3. Banyakkan berdiri. Kerja kalian mungkin banyak mengadap komputer atau dokumen. Banyakkan berdiri meningkatkan aktiviti NEAT
4. Angkat satu satu. Kalau nak alihkan barang, jangan angkat semua, satu satu lebih banyak pergerakan yang terlibat.
5. Bersihkan satu sudut setiap hari. Contohnya hari ni dapur, esok ruang tamu. Kalau buat semuanya tiap hari lagi bagus.
6. Tak ada kerja nak buat? Berdiri dan berjalan. Dalam rumah pun tak apa.
7. Menunggu seseorang? Bangun dan berjalan mundar mandir lebih baik dari duduk menunggu melayan tiktok.
Ads
8. Buat sendiri apa yang kalian nak. Jangan arah anak dan bini sahaja. Nak minum air buat, nak remote ambilkan, nak bantal bangun ambil. Kalau sekali sekala nak bermanja tak ada masalah.
Apapun penulisan ini adalah saranan untuk kalian rajin dan lawan kemalasan. Ia amat bagus untuk turunkan berat badan dan punya kelebihannya yang lain.
Keluarga makin seronok, tempat kerja atau rumah makin kemas membawa kepada fikiran yang lebih baik.
Fikiran yang lebih baik membawa kepada kejelasan atau fokus yang mantap. Ini sangat membantu untuk keluar dari obesiti.
Mingguan Wanita : Tak susah pun nak turun berat badan, aktiviti hari-hari pun dah cukup untuk bakar kalori. Paling penting, jangan malas.
Semalam saya tanyakan pada teman-teman di status Facebook saya. Lebih kurang begini pertanyaannya,
“Ada Siapa Dalam Frenlist Saya Ni Yang Suri?
Anda suri rumah atau suri kerjaya?
Sudi2lah komen ya…”
Subhanallah saya terima berpuluh jawapan komen, setiap jawapan itu ada kebahagiaan dalam hati rakan-rakan FB yang menjawab.
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi maklumat dengan saya. Setiapnya ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa, ada juga yang bekerja sepenuh masa tapi masih menjalankan tugas sebagai suri. Masing-masing mempunyai cerita suri yang tersendiri.
Baik anda suri sepenuh masa atau perlu membahagi masa antara kerja dan keluarga, kedua-duanya mempunyai kebahagiaan yang tersendiri. Hanya anda yang tahu bagaimana mahu membahagiakan hati anda itu.
Biarpun kita dihimpit dengan tugasan pejabat atau syarikat yang sukar, tugas sebagai ibu takkan sekali-kali ditidakkan. Saya ambil petua ini dari mak. Mak bukanlah suri sepenuh masa. Ketika saya masuk tingkatan enam, mak terpaksa bekerja semula di kilang kayu.
Waktu kerja mak dari pagi menjelang petang barulah sampai ke rumah. Tapi satu hal yang saya perasan tentang mak, biar penat macam mana sekalipun mak tak pernah balik kerja terus berehat atau tidur. Tapi dia terus singsing lengan dan masuk ke dapur.
Segelas Air Hangat Untuk Suami
Dapur itu walaupun daif saja keadaannya, tapi ia ruang paling bahagia untuk mak. Biarpun penat mak tetap masakkan lauk pauk untuk abah. Rupa-rupanya perkara yang satu ini saya warisi. Walaupun balik jam 11 malam sekalipun, akan ada sesuatu yang boleh dimasakkan untuk suami dan anak-anak. Walaupun anak-anak dah kenyang makan di rumah mak, mereka suka juga menjamah-jamah makanan yang ada.
Tapi tidaklah setiap hari semacam emak. Ada juga hari-harinya yang saya cukup stress dengan deadline dan sebagainya, kami berdua makan di luar saja. Tapi sebaik sampai di rumah, satu hal yang wajib dibuat adalah menyediakan segelas air manis yang hangat untuk suami.
Rupa-rupanya hidangan sekecil itu membawa satu makna yang besar dalam hubungan suami isteri. Kalau datang malas, saya selalu akan cakap begini. “Abang, buatkanlah air tuk saya. Kan abang buat air sedap.” Bila dah lama-lama, ini jawapan balasnya. “Tak tahulah kenapa, sekarang abang buat air dah tak sedap.”
Kesimpulannya beginilah. Bermakna kalau satu-satu kerja itu sudah jadi rutin, ia akan jadi kepakaran kita. Dan dalam konteks ini, saya sudah mengalahkan kepakaran suami membuat air hangat yang sedap dalam rumah (Sedap ini untuk lingkungan keluarga kami saja tau!). Tapi kalau bab-bab buat air bentuk jus, dia masih lagi juaranya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Teruja betul bila tengok kulit wajah gadis Korea. Licin, lembut dan glowing sangat. Jarang lah nampak kulit wajah mereka berjerawat atau jeragat. Apa rahsia penjagaan kulit wajah mereka.
Mungkin ada yang kata penggunaan produk tertentu. Rupanya nak cantik macam gadis Korea ni tak perlu mahal-mahal, hanya guna dua bahan yang memang sentiasa ada kat rumah.
Antara perkongsian menarik dalam video tiktok Zuriaty Musa tentang cara nak cantik macam gadis Korea
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Wang simpanan, salah satu perkara yang penting bagi setiap orang perlu lakukan. Penting simpanan tak kira berapa banyak pun, kita kena ada untuk kegunaan waktu-waktu terdesak.
Bila simpanan ada, sudah tentulah ada duit masuk. Ketepikan sedikit untuk jadikan simpanan dan selebihnya digunakan untuk membanyar perbelajnaan atau hutang piutang.
Ada cara yang boleh kita praktikkan untuk simpanan ini. Boleh ikuti tip dari Nur Zulaikha ini. Paling penting, bila dah buat simpanan jangan pula terguna untuk perbelanjaan yang tidak perlu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, "terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar... Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke...