Mula-mula cuma rasa sayang nak buang barang. Sebab dalam fikiran, ‘nanti bila-bila boleh guna.’ Enam bulan berlalu, barang tetap rupa itu. Tak pun digunakan. Malah, makin banyak barang lain anda susun baik dalam almari atau luar almari. Sama ada bertimbun, atau disusun dengan baik, ia tetap satu masalah yang perlu anda ambil serius.
Bila terbaca kisah warga emas yang hidup dalam timbunan sampah lebih 7 tahun. Dan memerlukan masa 9 jam untuk membersihkan sampah seberat 10 tan dari dalam rumahnya. Ia satu berita yang perlu dipandang serius. Sifat ‘sayang’ pada barang-barang itulah permulaan kepada cerita penyakit mental hoarding disorder ini.
Nak diskaun terhebat guna kod promo ini:
Menurut Mohammad Aiman Amri, pemegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Nottingham, England yang menggunakan Facebook sebagai platform berkongsi input psikologi secara online, penyakit menyimpan barang ‘hoarding disorder’ antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar untuk dibuang.
“Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya.”
“Mungkin ada yang menganggap ini sebagai sentimental value, tetapi itu hanya sebagai pemula. Keadaan yang semakin teruk, apabila sudah masuk sebagai Disorder.”
Yang paling sukar tentulah mahu merawatnya. Sebab penghidap tak nampak penyakit yang mereka alami sebagai satu masalah. Itu tindakan normal pada mereka.
1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan
2. Tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah makanan pun boleh dikumpul dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat.
3. Semakin melarat, apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran bekas makan, atau surat-surat lama yang tak terpakai, dan akhirnya mula menyimpan sampah-sampah.
Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya, penyakit itu tetap ada. Tetap barang-barang yang sudah tidak perlu yang disusunnya.
Kerana setiap kali mereka mahu membuang, akan sentiasa terfikir dalam kepala, “Elok lagi ni, nanti mesti ada nak guna.”
ITU LAH SIMPTOM TERBESAR NYA. “Percaya bahawa objek tersebut pasti akan ada gunanya satu hari nanti.”
Masih misteri, tak diketahui penyebabnya. Mungkin disebabkan stress, genetik, keadaan kimia otak dan macam-macam lagi penjelasannya.
Rawatan untuk kondisi ini hanya boleh dijalankan oleh yang pakar, iaitu Psikiatri atau Psikologis/Terapis yang bertauliah.
Antara cadangan untuk mengawal diri daripada kondisi ini semakin melarat ialah, TOTAL CLEANING.
Kemas rumah anda, buang barang-barang yang anda tidak perlukan. Tip nya mudah, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3-6 bulan, secara psikologinya memang dah tak diperlukan, walaupun semahal mana pun harganya.
Tak semestinya buang, boleh juga diberi hadiah atau dijual, contohnya jika melibatkan perabot, pakaian atau sebagainya. Jika barang masih elok, boleh dibawa ke FREE MARKET.
Sekarang dah semakin ramai yang mula menyertai nya 🙂
Walaupun sukar untuk dibuang, percayalah, selepas itu akan lega. Nak simpan juga beberapa objek sentimental boleh, asalkan tidak melebih 10% daripada jumlah barangan anda yang hendak dibuang tadi itu.
Marilah kita sama-sama tingkatkan lagi kesedaran terhadap kesihatan mental manusia, ia bukan semata-mata mengenai depresi, anxiety, ADHD, autism dan sebagainya.
Ia lebih luas daripada itu.
Pesakit hoarding disorder dipanggil hoarder. Yang mana, sukar untuknya mengasingkan mana barang yang perlu disimpan atau dilupuskan. Semakin lama makin banyak barang yang disimpannya. Walaupun barang itu tak lagi berguna padanya.
Ketika dalam pengajian di UK, biliknya antara yang paling besar tapi punyai ruang yang paling sempit. Disebabkan barang yang melambak. Bila habis pengajian, sebahagian barang itu dibawanya pulang ke Malaysia. Bayangkan!
Aiman tak mampu nak lupuskan pun barangan yang disimpan sejak dari zaman belajar. Memang dia struggle nak lepaskan barang-barang zaman study tu dari hidupnya.
“Macam mana saya usaha nak membuang semua barang ini. Pilih mana yang perlu dilupuskan. Akhirnya, saya cuma menyusunnya sama seperti sebelumnya. Cuma 10% saja yang ampu dibuang.”
Penyakit kejiwaan yang dialaminya ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan tapi ia perlu diambil peduli. Sama seperti kesihatan fizikal seseorang. Tak bermakna fizikal nampak elok, dalaman kita sihat.
Kajian menunjukkan 30% rakyat Malaysia terdedah dengan tekanan perasaan (depression). Ini termasuklah penyakit kejiwaan yang lain; OCD, Narcissim, Sociopathy, Bipolar dan sebagainya.
Ada beberapa teknik untuk jadikan proses ini berjaya:
1. Bermula mengikut seksyen. Contohnya, selesaikan barang-barang dalam almari pakaian dahulu. Lupakan bahagian lain (rak buku, tepi katil atau sebagainya). Ini membantu untuk fokus pada kategori.
2. Asingkan mana-mana yang kita rasa sudah tidak perlukan (lama, buruk, koyak, kusam dan sebagainya). Sambil itu, kemas juga seksyen tersebut.
Cadangan saya, sediakan satu kotak/beg/tong atau apa sahaja untuk longgokkan semua yang diasingkan itu. Ia menimbulkan satu persepsi dalam minda kita bahawa ada satu titik untuk lepaskan semua barang lama tersebut. Sangat membantu!
3. Habis asingkan, sebenarnya tugas kita belum selesai. Kita perlu masuk pusingan kedua, iaitu keluarkan semua yang dalam keadaan baik, tetapi kita dah tak pakai.
Kenapa pusingan kedua?
Sebab pusingan pertama tadi, kita hanya asingkan mana-mana yang kita memang yakin takkan pakai, sebab itu senang nak buat.
Pusingan kedua, ialah mengasingkan mana-mana yang masih elok, tetapi kita mahu lepaskan. Ini yang mencabar dan amat sukar dilakukan ?
4. Setelah selesai, sekiranya anda rasa barang itu masih banyak dalam simpanan, dan mahu kurangkan lagi, masuk lagi pusingan ketiga. Ulang-ulang proses sehinggalah ke tahap jumlah minimum barang anda. Mana yang PERLU sahaja, bukan mana yang MAHU.
Sebenarnya ada macam-macam jenis penyakit kejiwaan yang kita perlu pelajari. Sebab apa yang mereka alami ini sebenarnya satu penyakit yang sukar diubati. Janganlah cepat mengecam atau membenci. Sebaliknya bantu penghidap Hoarding Disorder ini, baik dirujukkan pada pakar atau tanda sokongan yang boleh memulihkan kesakitannya.
Sumber/Foto/Video : Aiman Psikologis,Youtube Domics