Kalau dulu, Mak Ayah suka sangat ajar anak-anak dengan dunia Patriarki. Segala bagai kerja rumah, anak perempuan patut buat. Anak lelaki sedap goyang kaki tengok TV. Bab makan pun sama, anak perempuan siapkan hidangan, yang makan dulu anak lelaki dan ayahnya.
Masih relevan ke nak ajar anak-anak zaman sekarang dengan didikan macam ini?
Maksud Patriarki
Eh, ke ada yang tertanya-tanya apa itu Patriarki? Ok, Patriarki adalah sebuah sistem sosial yang menempatkan golongan lelaki sebagai sosok otoritas utama yang sentral dalam organisasi sosial. Ayah memiliki otoritas terhadap perempuan, anak-anak dan harta benda. Secara tersirat sistem ini melembagakan pemerintahan dan hak istimewa lelaki dan menuntut subordinasi perempuan.
Berbalik kepada didikan, sebenarnya mak ayah boleh ajar anak lelaki dari awal sebab ilmu ini akhirnya cukup berguna bila anak lelaki jadi ketua keluarga. Tambah waktu wanita berpantang atau tiada di rumah sebab kursus! Tidaklah rumah tunggang langgang dan asyik nak makan luar.
Wanita yang punya anak lelaki masih kecil pada masa ini berperanan untuk menghentikan keadaan ini. Ajak dan ajar anak lelaki kita melakukan kerja rumah sebagaimana anak perempuan.
Apa kerja atau aktiviti dalam rumah yang patut dilakukan oleh mereka? Perkongsian daripada Fauzan N Siti ini boleh dijadikan panduan untuk dimulakan pada anak-anak lelaki. Latih anak lelaki dengan tugas ini nescaya menantu perempuan anda nanti akan sangat menghargainya.
Ini antara apa aktiviti dalam rumah yang anak LELAKI patut buat…
1. Mulakan masak yang simple (masak nasi, goreng ayam, sayur)
2. Biar anak buat air (pandai ratio gula dan air)
3. Belajar tak takut minyak nak menggoreng (tak de lah kena sambung batang penyapu pada sudip)
Ads
4. Basuh pinggan (pandai bilas pinggan)
5. Suruh kemas meja makan (bukan lepas makan biar macam rumah ada maid 15 org)
7. Biasakan cuci tandas (supaya bersih, penting ni… najis, tak sah solat )
8. Ajar lipat kain (biar tak susah kan org nak cari baju, ini tidak… tak jumpa je cari, jerit panggil isteri)
9. Tunjuk ajar guna mesin basuh (mudah memang mudah… bukannya kena bawak air perigi)
Ads
10. Bagi anak jemur kain (ini jemur kain berkerepot-kerepot, tak kering)
11. Turunkan ilmu cara guna blender (supaya at least pandai buat rencah sup isteri dalam pantang nanti)
Kalau anak sulung lelaki lebih mudah nak ajak dan ajar, tapi kalau anak sulung perempuan, banyak anak lelaki dapat lepas tangan sebab semua kakak buat.
Kalau anak perempuan mereka secara fitrahnya suka ikut mak buat, jadi mereka akan lebih mudah belajar.
Banyak yang jadi isu bila anak lelaki “malas”.
Ads
Saya tidak suruh semua anak lelaki sahaja yang buat. Tetapi anak lelaki dan perempuan mereka mengambil tugas yang sama.
Jangan guna konsep perempuan dok dapur, lelaki baca surat khabar (tak valid semua hadap tv dn telefon) kat depan.
Lepas tu jadi lah kes macam ni
“Isteri mati baru 3 minit, kena kawin lain sebab tak boleh nak hidup, masak nasi pun jadi batu.”
“Tak reti nak masak nasi, nanti kena kawin dengan perempuan pandai masak”.
“Isteri dalam pantang, kena paksa mak tua ganyut di kampung jaga isteri dan anak-anak lain sebab tak reti nak basuh berak anak.”
“Isteri sakit, rumah jadi tongkang pecah, anak makan meggi hari-hari.”
Anak sekolah, bukan alasan tak da masa, nanti besar, kerja… itu lah alasannya nanti. Tak de masa nak tolong isteri.
Ajar time management.
Ajar anak mana yang penting dan mana yang samping.
Kena faham sayang pada anak-anak ada 2 jenis:
Satu sayang menjadikan dia manusia, satu lagi sayang yang akan menjadikan anda HAMBA.
Tapi antara-antara semua ini benda paling penting ajar anak lelaki solat jemaah 5 waktu di Masjid.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami kalau nak isteri layan macam raja kenalah layan isteri macam permaisuri. Kalau betul nak rasa bahagia, suami jadilah pendengar yang baik, tolong uruskan rumah tangga, selesaikan masalah anak-anak dan mungkin sesekali boleh masak.
Perasan tak kita selalu nak semua nampak sempurna, nak rumah kemas, nampak cantik, nak anak-anak berkelakuan baik dan isteri yang pandai ambil hati kita. Kalau dulu kita lihat suamilah raja! Isteri kena ikut perintah. Malah ada yang diperlakukan seperti hamba. Tapi kini, masyarakat kita semakin berilmu. Banyak tolak ansur antara pasangan.
Suami Kalau Nak Isteri Layan Macam Raja
Tak bererti jika suami lakukan kerja rumah, suami takut pada bini tapi sayang pada akhirat. Mana tidaknya, dengan ibadat dan susah kita melayan kerenah isteri akan memudahkan kita ke syurga. Kata Imam Al-Ghazali, suami yang sabar kerana kesusahan isteri dan kesakitan yang disakiti oleh isterinya itu adalah setengah daripada faedah berkahwin.
Kenalah Layan Isteri Macam Permaisuri
Layanan seorang suami tu sangatlah penting buat seorang wanita yang bergelar isteri. Sebagai ketua keluarga, suami kena lah tunjuk contoh yang baik lagi-lagi dihadapan anak-anak. Takkan nak tunjukkan contoh yang buruk macam, semua kerja rumah isteri sahaja lakukan. Suami yang tahu balik kerja penat tidur. Zaman dah berubah sekarang. Isteri pun dah bekerjaya. Malah, ada yang lebih sukses daripada suami.
Jika kita sabar atas perbuatan isteri, isteri sakiti hati kita, isteri tak hormat kita, kita akan dapat dua kelebihan iaitu menjadi manusia yang suci hatinya dan sabar ini juga akan melatih kita melawan hawa nafsu.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Manisnya pekerti anak bongsu daripada tiga beradik ini. Dalam diam, dia dapat baca apa yang ibunya, Asmawati Ayob inginkan iaitu buah honey melon special.
Kata ibunya, walaupun hari ini bukanlah hari istimewa untuknya. Bila anak perempuannya, Asma’ Ariessa Binti Rashid, 9 tahun menghadiahkan honey melon dan cawan coffe, ia tetap mengundang rasa terharu dalam hatinya.
Surprise Daripada Cekmek
Cekmek itu nama panggilan untuk Ariessa.
“Tak perlu tunggu hari istimewa untuk buat surprise. Setiap hari adalah istimewa kan. Hari ini, dia (cekmek) tiba-tiba hadiahkan saya buah honey melon dan cawan coffe.”
Patutlah hari tu dia ada tanya, “Mama suka barang apa?” Mama cakaplah coffee cup thermos.
Lepas tu 3 hari lepas beli barang runcit kat Central Mart. Singgah di kedau buah kat dalam tu. Dari jauh nampak, “Amboi.. specialnya buah melon ni. Siap ada baju warna kuning. Mesti mahal ni.” Terdetik dalam hati.
Sampai dekat. “Hah! Memang mahal pun. Sekilo RM12. Aduii macam durian harganya. Takpelah.. nantilah.”
Tapi balik masih teringat sebab pernah makan buah yang sama masa atas cruise hari tu. Memang sedap manis lain macam.
Semalam pun saja singgah lagi kedai buah tu. Ofkos Cekmek ada sebelah. Tanya nyonya tu. “Sebiji ni agak-agak berapa kilo.” Dia kata 2 kilo lebih.
“Adui.. mau RM30 sebiji. Hmm.. nantilah.”
Mama Tunggu Dalam Kereta..
Hari ini on the way nak ke sekolah hantar Cekmek. Dia cakap, “Mama tolong berhenti kat Central Mart. Sebab nak tengok barang. Tapi mama tak payah turun.”
Bila tanya barang apa. Dia cakap, “Adalah.. kawan dia ada beli benda bawa ke sekolah. So, dia saja nak tengok-tengok aja.”
Dalam hati saya kata, “Ni mesti mainan kan!”
Mama pun oklah tunggu dalam kereta. Dia turun seorang. Mama cakap, “Cepat jangan nak lambat-lambat kat dalam tu. Dia balas ok.”
Dalam beberapa minit dia datang, “Eh! Bawa plastik? Siap shopping.. eh! Sekali tengok. YA ALLAH.. kamu ni Cekmek..”
Dia beli barang yang mama suka, coffee mug dan honey melon. Hepinya mama.. berbunganya hati mama. Terharu rasa mama, rasa nak nangis pun ada.
Tak Perlu Tunggu Hari Istimewa Nak Buat Orang Lain Bahagia
“Kamu ini sweet sangat lah Cekmek.”
Bila tanya guna duit mana beli. Dia cakap guna duit tabung. Alahai.. patut dia suruh tolong kira duit tabung dia tadi. Bukan banyak pun. Ada lah dalam RM34. Beli buah dah RM24.60. Coffe mug RM2.50. “Belen tinggal berapa je duit kamu Cekmek.”
Bila cakap, “Habislah duit..” Dia kata, “Tak apa mama, ustaz kata biar habis duit sebab buat pahala daripada dapat duit sebab buat dosa.”
Aduh! Menusuk kata-kata mu nak. Okay, mama rasa kamu semakin layak menjadi penceramah macam Oki. Amin..
Dan betullah kata Asmawati ini, sebenarnya tak perlu pun tunggu hari istimewa untuk buat orang lain bahagia. Itulah yang ditunjukkan oleh anak bongsunya ini.
“Tq Cekmek. I love U trillionsss!” Kata ibu ini bahagia.
Sengketa di antara adik beradik sering kali terjadi. Rasanya jarang ada adik beradik yang tak pernah bermasam muka atau bergaduh sepanjang hayat mereka? Bahkan MUSTAHIL Tak PERNAH kot!
Tapi, terpulang pada cara masing-masing menangani hal itu yang membuatkan persengketaan itu berkekalan untuk tempoh yang lama atau sekejap je. Ada yang memang kuat gaduh tapi lepas tu elok je macam tak ada apa-apa.
Itulah agaknya ‘aura’ di antara adik beradik. Nak marah macam mana pun, rasa bengang teramat pun, tak boleh nak lama-lama. Tak sampai hati rasanya. Kata orang, ‘busuk-busuk’ pun adik beradik, darah daging sendiri. Hati kertas bila dengan saudara kandung ni…
Jangan Sampai Bermusuh Adik Beradik
Kadangkala dengan adik beradik kita lagi cepat terasa. Bila kita minta tolong dan mungkin mereka lambat nak tolong, mulalah macam-macam perasaan datang; rasa diri dipinggirkan, rasa diri tak disukai dan macam-macam lagi.
Tak elok tu. Kadangkala bukan orang tak nak tolong tapi ambil masa juga. Takkan on the spot atau ‘dan dan tu’ jugak nak orang tolong. Alasan sebab adik beradik. Eh, adik beradik pun ada masalah masing-masing.
Bila Ditolong, Berterima Kasihlah!
Semua orang sayang adik beradik mereka. Mana taknya, sedarah sedaging. Marah macam mana pun, darah yang sama juga mengalir dalam tubuh. Kena terima hakikat itu.
Kalau susah, kalau pun tak semua bantu, mesti ada di antara adik beradik yang akan tolong. Cuma nak pesan, yang ditolong tu kena sedar diri. Berterima kasihlah. Bukan sekadar ucapan TERIMA KASIH tapi tolong INGAT BUDI dan kebaikan saudara kandung yang menolong tu.
Ada juga yang sentiasa mengharapkan pertolongan adik beradik. Dia berasakan dia yang paling susah di kalangan adik beradiknya dan dirinya MESTI dibantu oleh yang lain. Ya, mungkin mereka tak kisah nak tolong tapi kalau asyik harapkan pertolongan mereka je, payahlah!
Tak ikhlas tolong ke? Bukan tak ikhlas, tapi sesiapa pun akan rasa bengang juga sebab yang ditolong itu umpama tak nak keluar dari masalah. Kalau tahu tak cukup duit, kenalah usaha lebih. Sampai bila nak harapkan bantuan orang lain walau ahli keluarga sendiri. Kena ingat, masing-masing dah ada kehidupan dan masalah sendiri yang nak dihadap.
Ini, kalau susu anak pun asyik minta ‘sponsor’ tiap bulan, memang tak patut sungguh. Tak nak ditolong tak sampai hati fikirkan anak buah yang masih bayi. Tapi sampai bila nak harapkan orang?
Canang Keburukan Adik Beradik Pada Orang
Yang lebih tak eloknya, bila saudara kandung dah tak nak tolong, reti pula bercerita sana sini kononnya dirinya dipinggirkan saudara sendiri. Susah tak ada yang tolong. Tak pula diceritakan banyak mana kebaikan dan bantuan yang dah dihulurkan selama ini. Buruk pula nama adik beradik yang tak bersalah tu.
Saudara kandung umpama air yang dicencang takkan putus. Namun pertalian itu boleh musnah dalam sekelip mata jika tak dipelihara keharmoniannya. Dalam hubungan sedarah, kena sentiasa bertolak ansur, saling bermaafan dan memahami. Kadangkala kita rasa diri kita susah tapi kita tak tahu adik beradik yang lain lagi susah tapi mereka pandai ‘cover’ susah mereka sebab tak nak susahkan saudara yang lain. Kita pula bila susah je, sibuk canang pada semua orang.
Taulan Untuk Anak Di Masa Depan
Normal lah kalau ada rasa tak puas hati sesama sendiri. Tapi jangan diperbesarkan itu. Seeloknya bersemuka dan luahkan secara berdepan. Banyak perkara boleh selesai bila berbincang daripada dipendam atau bercakap belakang-belakang. Itu yang boleh buat masalah besar walau pun mungkin puncanya hanya daripada salah faham.
Yang paling penting, INGAT! Bila kita hidup harmoni dan sentiasa menjaga silaturahim dengan saudara kandung yang lain, tentu mak ayah orang paling gembira. Siapa tak seronok anak-anak mampu hidup aman damai? Ia juga secara tak langsung contoh teladan baik untuk anak-anak untuk melakukan hal yang sama di masa depan.
Renungkanlah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...