Tak mudah nak didik anak zaman gajet di tangan setiap hari, ada sesetengah mak ayah menyokong bila anak main phone malah siap beli phone untuk anak.
Namun ada juga yang memilih untuk alihkan masa anak yang suka main gajet dan tengok tv dengan belikan mainan dan buku-buku yang menarik, habis duit pun rela! Asal anak tak hadap phone 24 jam.
Haaa… macam mana pula dengan anda sendiri? Nakikut rentak macam saudara Andy Sulaiman ini pun selamat je tapi pastikan betul caranya. Nah, semak dulu!
“Budak-budak sekarang tak macam kita dulu. Seram lah.”
“Anak zaman sekarang, benda kita larang, itu lah dia suka.”
“Anak aku, aku dah ‘lock’ phone pun dia tahu ‘unlock’.”
Ya, rata-rata setuju dengan ayat atas. Memang diakui budak sekarang dengan zaman kita dulu jauh bezanya.
Memang jauh lah beza. Dulu zaman apa, sekarang macam mana?
Sebab itu, kita tak boleh terlampau ikut cara didikan ibu ayah kita dulu kat budak-budak sekarang terutama anak-anak kita.
“Saya ikut apa yang mak ayah saya didik saya dulu, 100% saya turunkan kat anak-anak saya”
Kalau berjaya sepenuhnya, syabas. Tapi kena tengok trend zaman sekarang juga.
Kalau kau jenis petang ajak anak main badminton, malam ajar mengaji, lepas tu layan dia buat homework, baca buku cerita sebelum tidur, kau power.
Tapi kalau kau jenis laki bini kerja, balik rumah hadap phone, bila kau kata berjaya didik anak ikut acuan mak ayah korang dulu, sukar untuk dipercayai.
Belajar, kerja sekarang semua dah teknologi canggih-canggih. Bila nak dedahkan?
Ads
Tunggu dia besar sampai berbelas tahun? Tunggu dia cari sendiri? Tunggu kat sekolah, hempuk semua benda atas kepala cikgu?
Habis macam mana nak buat? Berikut beberapa tips yang boleh digunapakai.
1) Bagi je anak kau nak main phone atau ipad. Sekurangnya dia tahu apa benda itu semua. Macam mana nak guna, apa fungsi dia.
Benda alah ni bukan semata-mata untuk budak tengok Upin Ipin. Banyak permainan interaktif untuk perkembangan otak anak-anak.
Ibu bapa yang time makan kat luar kasi anak main phone, aku lah tu. Sementara tunggu makanan sampai. Dari dia buat hal bikin kecoh dalam kedai, baik dia layan phone. Makanan sampai, off.
Kat rumah bagi anak habiskan masa dengan ipad, pun aku. Anak aku belajar english dari ipad. Tomato, anak aku yang last sekali punya lah power, aku pun tak tahu apa benda dia sebut. Kahkah
Ads
2) TV pun sama. Jangan kau tak kasi dia tengok tv langsung. Kanak-kanak, hiburan adalah makanan mereka.
Tengok gajet tak kasi, tengok tv tak boleh, nak tengok apa? Tengok muka kau yang stress, penat balik kerja dan tengok je kau hadap phone?
3) Dah bagi gajet dan TV, kau kena pantau. Bagitau apa benda boleh tonton, apa benda tak boleh.
Kalau mereka tanya kenapa tak boleh, bagitahu. Jangan diam dan buat mereka tertanya dan ambil keputusan cari jawapan sendiri.
4) Bila tonton TV bersama dan kebetulan ada adegan dewasa seperti bercium atau separuh bogel misalnya, arahkan mereka tutup mata kalau kau tak nak tukar siaran lain.
Kalau dia tanya kenapa tutup mata, bagitahu adegan untuk dewasa. Belum sampai umur mereka untuk tonton. Bagitahu, jangan jawab “Tak ada apa”. Gila ke tiba-tiba suruh tutup mata, kata mereka.
Ads
5) Bab agama, ya sangat penting. Macam biasa lah. Suruh solat, mengaji. Tapi, jangan paksa sampai memukul. Nak pukul, ikut syarat yang agama tetapkan. Kau marah, dia takut. Nanti dia buat sebab takut.
Ada masa, bawa lah mereka ke masjid. Heheh.
6) Mengaji, bukan membaca dalam bahasa Melayu. Ambil masa untuk dia lancar. Kalau (baca : kalau) kita sendiri pun buka kitab 4 bulan sekali, baca pun gagap, jangan lah diherdik anak tu tak dapat baca Alif Ba Ta. Kasi masa. Jangan buat dia hafal sebab takut.
7) Bawa ke shopping mall, ajar mereka jaga keselamatan diri. Ajar guna escalator, ajar mereka macam mana nak buat kalau mereka terpisah dengan kita, ajar mereka bayar kat kaunter. Bab bayar kat kaunter aku tak tahu apa tujuan dia, wife aku dah lama didik anak-anak benda ni. Kahkah
8) Kawan. Kau kenal kawan-kawan dia, tapi jangan terlalu mengongkong. Tapi jangan lepas tangan. Perhati dari jauh, ambil tahu. ANAK ANAK, IBU BAPA DIAM JANGAN INGAT KAMI TAK PERHATI OK.
9) Hal jenayah seperti rogol, culik, dedahkan pada mereka. Supaya mereka tahu dunia hari ini macam mana. Ancaman di luar sentiasa ada. Bagitahu mereka banyak kes jenayah bermula datangnya dari kecanggihan teknologi kita hari ini. Wechat lah, Bigo lah. Macam-macam.
10) Anak umur 2,3 tahun, kau berbual ikut sebutan yang betul. Tak perlu kau pelat sebab nak bercakap dengan dia. Nanti dia ingat apa yang dia sebut tu betul, sebab kau juga sebut sebutan yang sama.
Itu saja dulu buat masa ni. Masing-masing ada cara sendiri. Mana yang ok pada kau, ikut. Tak ok, mungkin tak ok pada kau, ok pada orang lain.
Teknologi langsung tak salah. Kita pun tak salah. Anak-anak tak salah. Semua tak salah. Yang salah kalau kita abaikan semua yang ada sampai mendatangkan keburukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Banyak pula mesej kotak kita terima, antaranya “Semua suami beli, cubalah cari duit sendiri”. Amboi-amboi apa salahnya seorang diri menghabiskan duit suaminya sebab dalam duit atau rezeki suami ada hak isteri.
Apatah lagi tak bekerja dan berkorban semata-mata untuk suami dan anak-anak. Sudah tentu punca pendapatannya hanya pada suaminya seorang. 24 jam dia menghabiskan masa untuk uruskan keluarga tanpa gagal. Jadi tidak salah seorang isteri menggunakan duit suami untuk keperluan diri.
Jadi trending kan guna kotak untuk sampaikan mesej… Bila saya terbaca mesej di atas ni, terus saya fikir,
“Adakah isteri yang mengharapkan duit suami itu, isteri yang tak guna? Adakah menghabiskan duit suami itu, satu kesalahan? Berdosakah isteri sekiranya dia tidak menyumbang apa-apa dalam bentuk kewangan kepada si suami?”
Biasalah, bila kita di tempat tersebut, kita mampu untuk membeli sesuatu dengan usaha kita sendiri, terus kita “memandang rendah” pada mereka yang mengharapkan dan bergantung kepada DUIT SUAMI…
Mesej tu tak salah, tapi janganlah penyampaiannya seolah-olah MEMPERLEKEHKAN mereka yang tidak ada pendapatan…
Untuk pengetahuan kita semua, dalam duit suami, ada HAK ISTERI…antara 5 hak isteri dalam duit suami ialah, – Makan minum
– Tempat tinggal
– Pakaian
– Perubatan
– Duit belanja
Mereka Bukan Tin Kosong
Tidaklah menjadi satu kesalahan andai isteri menggunakan duit suami untuk beli barang dapur, beli kelengkapan rumah, beli baju, beli tudung, beli alat mekap, dan sebagainya… Dan tidak juga menjadi satu kesalahan jika setiap kali keluar makan, suami yang bayarkan…
Jangan anggap mereka yang menggunakan duit suami itu TIN KOSONG…
Ada suri rumah sepenuh masa yang ada Master, yang ada Ijazah… Ada suri rumah sepenuh masa yang dahulunya pensyarah, jurutera, arkitek, pegawai dan sebagainya… Ada suri rumah sepenuh masa yang dulunya gaji 6k, 5k, 4k… Ada suri rumah sepenuh masa yang dah travel merata di dalam negara dan di luar negara…
Dia tak kerja atau terpaksa berhenti kerja atas sebab tuntutan keluarga atau permintaan suami…Dia meletakkan perkara itu melebihi hal-hal duniawi… Dia mengutamakan kehendak dan kemahuan orang lain melebihi kehendak dan kemahuan sendiri…
Apa yang suami sediakan, dia pakai… Apa yang suami beli, dia makan…apa yang suami bagi, dia guna… Hidup seadanya ikut kemampuan suami… Tak mengeluh, tak merungut…
Balasan Atas Pengorbanan
Bukan biasa-biasa PENGORBANANNYA itu…
Tak hina jika menjadi seorang isteri yang hanya tahu menghabiskan duit suaminya… Tak rendah martabat dan harga diri seorang isteri yang mengharapkan duit suaminya… Itu adalah HAK seorang isteri ke atas duit suami dan dia menggunakan apa yg dia BERHAK…
Kalau hari ini awak di luar sana merupakan seorang wanita bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, beribu-ribu setiap bulan awak dapat, maka jangan sesekali anggap atau pandang rendah pada mereka yang tidak berada di tempat anda…
Rezeki masing-masing tak sama… Awak lebih pada duit, dia yang tiada duit lebih pada masa dengan keluarga…
In the end, hanya mereka yang menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada itulah mereka yang bahagia dan gembira… Renung-renungkan…
Nota kaki : Selagi dia tak guna duit suami awak, maka biar je la eh…Suami dia ok saja isteri dia guna duit dia, awak jangan lebih sudu dari kuah pulak…️
MW: Wahai suami bertanggungjawablah kepada isteri anda dan hargailah mereka selagi ada. Jangan terlalu berkira dengan isteri terutamanya dari segi duit kerana dalam rezeki anda terdapat rezeki isteri yang telah banyak berkorban untuk anda selama ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lumrah hidup berumahtangga, ada kala berselisih faham. Kadang-kadang isteri banyak menegur terus isteri dilabelkan ingin menjatuhkan air muka. Pada hal isteri menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang teman hidup, menegur suami yang bakal membawa dia ke syurga.
Percayalah teguran isteri adalah untuk kebaikan bersama, untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Terbukalah setiap kali berdepan dengan teguran isteri dan isteri pula jangan pula berlebihan dalam menegur suami, maklumlah suami ini tinggi egonya.
Jangan anggap isteri hendak mencalarkan ego kau abang… Jangan anggap dia hendak menjatuhkan air muka kau abang… Jangan anggap isteri sudah besar kepala abang… Jangan anggap dia sudah jadi ustazah abang…
Jangan anggap isteri sudah tak hormat kau abang…
Selagi namanya manusia ini, selagi itulah kita tak lari dari buat silap, buat salah…
Maka selagi itulah kita memerlukan seseorang untuk memperbaiki dan memperbetulkan keperibadian kita… Kita yang buat silap, yang buat salah, kita tak akan nampak atau perasan apa yang kita sudah buat… Kalau perasan pun, agak-agak kita mahu tak mengaku yang kita ini salah?
Tobat lahom… Mengaku salah itu hanya segelintir yang boleh buat dan untuk minta maaf selepas mengaku tu, 0.0001% saja yang buat…
Ingat, isteri ada tanggungjawab sesama manusia yang dia perlu buat… Awak itu pasangan hidup dia, teman hidup dia, orang yang akan bawa dia masuk syurga… Maka atas dasar untuk kebaikan bersama, untuk manfaat bersama, dia perlu untuk mengajak awak ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran…
Nanti Allah SWT tanya isteri kita, tak tegur suami ke bila suami tak solat… Tak nasihat suami ke bila suami buat maksiat… Redha ke atas dosa yang suami lakukan itu adalah satu maksiat…
Jadi, tolong bagi ruang dan peluang untuk isteri buat tanggungjawab dia supaya kelak dia ada jawapan bila ditanya…
“Saya dah tegur, saya dah nasihat, saya dah mengajak ke arah kebaikan, tapi dia tak nak dengar…” 👈
DONE…!!! ✅✅✅
Seterusnya, Allah SWT akan tanya kita pula,
“Kenapa kita tak nak dengar teguran dan nasihat isteri…❓❓❓” 😅
MW: Setiap isteri mahu yang terbaik untuk dirinya dan pasangan. Jadi bersifat terbuka dalam menerima teguran isteri. Saling tegur-menegur dalam berkasih sayang dalam rumahtangga. Barulah bahagia di dunia dan akhirat. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tanggunjawab mak ayah bukan hanya sekadar membelikan mainan untuk anak bermain.Paling penting harus pastikan mainan tersebut selamat malah mampu menggalakkan perkembangan dan merangsang otak anak-anak untuk berfikir dengan kreatif.
Tular di laman sosial baru-baru ini, kanak-kanak tersepit jari pada mainan dan mengakibatkan kuku dan isi jarinya terpaksa dipotong.Aduh seram, bila memikirkan kesakitan yang anak kecil tersebut kena lalui.Mak ayah memang perlu menjadi lebih ‘pemilih’ dalam membeli mainan untuk anak-anak ni.
Menerusi perkongsian oleh seorang ibu muda Puan Izyan Izdihar Shaarani, beliau kongsikan 4 jenis permainan yang mak ayah boleh belikan untuk anak-anak bagi menggalakan dan meningkatkan kemahiran mereka berfikir.Namun, ini hanyalah perkongsian peribadi beliau, permainan yang beliau berikan untuk anaknya, Iman yang berumur 6 tahun. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mak ayah yang masih mencari permainan sesuai untuk anak-anak juga.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Apa yang saya buat selama enam tahun ini yang menyebabkan Iman dilihat sebahagian orang seperti kuat berfikir.Ada yang minta saya kongsikan gambar koleksi mainan iman sebab dia nak tahu bagaimana saya inculcate kemahiran berfikir itu.Ia suatu proses yang bukanlah complicated dan sebenarnya dilakukan tanpa sedar”.
1. Puzzle
Bila saya jumpa puzzle, saya akan beli.Kadang harga puzzle ni mahal. Tapi saya gigihkan hati beli jugak. Bukan sebab mampu, tapi sebab percaya kepada manfaatnya.
Puzzle ni akan buat dia berfikir.Dia akan cuba selesaikan apa apa cabaran dalam puzzle dan itu membuatkan dia paksa sel otak dia berhubung.
Bila otaknya kerap diasah, dia akan cepat berfikir jika ada sesuatu masalah berlaku. (Sebab tu dia tak boleh main accept je apa yang ibu cakap, dia akan minta ibu justify).
Bila ada masalah, dia akan tanya kenapa, bagaimana, bila, apa.
2. Building Blocks
Saya belikan dia blocks sejak dia baby lagi. Setiap tahap umur berbeza, dia perlukan saiz blocks yang berbeza.Bila saiz tu makin kecil, makin tinggi skill yang diperlukan untuk membina.
Ni memang latihan minda. Dia akan cipta macam macam benda dan cuba terjemah apa image yang bayangkan dalam kepala dia menjadi objek fizikal.
Bila umur dia 4 tahun dia dah boleh membina model lego seperti yang ditunjukkan dalam buku panduan Lego tu. It takes a huge brain process bagi kanak kanak usia 4 tahun untuk sort pieces of lego tu dan combine accordingly to build a model.
Bukan sebab dia bijak, tapi sebab brain dia dah biasa dipaksa untuk berfikir.
3. Brain-Based Board Games
Bila umur dia 4 tahun ++, saya ajar dia main Chess, sahibba, word building blocks dan seangkatan dengannya.Games jenis ini buat dia berfikir secara logik, kritikal dan belajar taktikal.
Dia memang akan kalah bila main dengan kita. Tapi kita kena pandai bina intrinsic motivation dia supaya dia cerna yang practice makes perfect.
Kalau nak menang, kena fikir!
4. Writing Board
Sejak kecik saya beri banyak buku kosong pada dia. Dah besar sikit saya belikan white board kecik. Umur 5 tahun saya belikan white board besar.Semua ni untuk dia brainstorm idea dia. Dia akan lukis tulis apa apa je lah yang terlintas kat kepala dia.
Perlu untuk kanak kanak keluarkan apa yang dia fikirkan dalam kepala dia. Setengah orang dewasa pun kadang idea dalam kepala ada, tapi nak keluarkan tu tak tahu macam mana. Jadi board itu jadi outlet untuk dia terjemahkan semua idea yang terkepung dalam kepala dia.
Ha cukuplah saya kongsi 4 kategori mainan dia tu dulu.
It is a long journey.
Disamping memilih permainan,Communication kita dan dia play important role in promote thinking. (Post lain)
Parents role in spending quality time dengan anak anak juga matters. (Post lain)
Wujudkan persekitaran ilmiah yang induce dia untuk turut juga rasa learning is fun juga significant. (Post lain)
Uih penat.
Panjang betul dah menaip.
Haha!
Akhirul kalam, moga perkongsian ini tidak disalah erti, tidak di hakimi, tidak di putar belitkan maksudnya.
Bukan nak sarankan semua ikut langkah saya, tapi ia perkongsian buat mereka yang bertanya dan yang ingin ambil manfaat daripada nya.