Kalau Mak Ayah Boleh Hilang Sabar Dengan Anak, Takkan Cikgunya Tak Boleh?

Share

Masih belum reda kes seorang cikgu tampar anak murid di sekolah malah boleh hilang sabar bila baca pelbagai pandangan netizen tentang hukuman yang patut di buat.

Ada yang setuju dan tidak kurang juga yang melenting bila cikgu laju naik tangan pada murid. Namun dalam kebanyakan pandangan orang ramai, terselit ayat padu daripada Izyan Izdihar Shaarani, yang sedikit sebanyak boleh membuka mata segelintir masyarakat hari ini dari sudut mendidik seorang anak. Mari renungkan…

Sebagai ibu bapa, anda nak cikgu anak anak anda bersikap bagaimana?

Katakanlah kita ada anak yang memang perangai nya kurang ajar. Kita di rumah pun jenuh dah bagi nasihat, cara halus, cara kasar, penampar pun jenuh dah bagi kat dia. Tapi dia tetap juga begitu. Jadi, apa expectation kita terhadap guru gurunya? Bersabar seperti malaikat?

Ke kita ada stigma aku mak bapak dia. Aku takpelah boleh tampar sepak terajang dia. Cikgu dia jangan lebih lebih!

Lah pulak…

Kalau kita boleh hilang sabar dengan anak kita, takkan cikgunya tak boleh?

Kalau anak kita jahat dan kita tak bagi cikgu didik anak kita (kalau kata didik tu adalah limited kepada kata kata nasihat je dalam kamus hidup kita, tak tahu le temannn), kita jangan hantar dia pergi sekolah. Sebab budak budak yang jahat ni dia bukan jahat sorang sorang dia je. Dia akan rekruit kawan kawan dia, anak anak orang lain yang innocent tu pun boleh jadi jahat sama macam dia.

Takkan cikgu nak biar anak kita jahanamkan anak orang lain?

(Jika kita dah letak diri kita dalam kasut ibu bapa pelajar yang ditampar tu, letak pula diri kita dalam kasut ibu bapa rakan yang nak direkrut tu, apa kau rasa? Oren?)

So, kalau kita ada anak yang tak berapa nak baik dan kita tetap nak hantar dia ke sekolah, benarkanlah dia dididik.. beri sokongan kepada guru-guru yang sudi nak betulkan dan didik anak kita. Kita takkan mampu nak didik dia sendirian.

Anak kita tu kalau tak dididik, dia bukan rosakkan diri dia sendiri je. Dia rosakkan anak anak orang lain juga!

So boleh mansuhkanlah mentaliti itu anak aku, pandailah aku jaga! Kau jaga anak kau je lah!

Takda maknanya.

Bila Anak Di Sekolah…

Esok lusa anak kau rosakkan anak orang lain siapa yang nak bertanggungjawab? Lainlah anak kau duduk dalam rumah sorang-sorang tak keluar keluar. Jahat sorang sorang dia. Lantaklah situ kalau gitu.

Ni tak. Anak kau yang kau tak bagi orang didik tu berkawan dengan anak orang lain jugak. Bergaul. Pergi sekolah. Bercampur dengan orang. Dia akan ajar anak orang lain buat jahat sama macam dia. Kalau takde geng, tak lengkaplah pakej samseng tu bang!

Didik anak anak ni tugas the whole community. Jangan dihalang halang. Kalau anak kita baik, masyarakat akan dapat manfaatnya. Tapi kalau anak kita jahat, hisap gam, menagih dadah, mencuri, pecah masuk rumah orang, raba anak dara orang, bukankah masyarakat sekeliling juga akan sama sama dapat mudaratnya?

So masyarakat, jiran, imam, ketua kampung, mak sedara, pak sedara, terutama guru guru ada hak dalam nak mendidik anak anak kita sebab anak kita tu suatu entiti dalam masyarakat.

Kalau anak kita jenis nak dengar cakap, bolehlah didik pakai nasihat nasihat. Takat nakal sesikit main lastik kawan kawan pakai getah belacan dalam kelas oklah cikgu nak nasihat nasihat. Kalau setakat salah macam ni cikgu bagi penampar akak pun nangis bucu katil brader.

Tapi, kalau perangai pun dah tahap sendiri mau ingat, jenis hisap dadah dalam sekolah, buat ukiran kat kereta cikgu, raba anak dara orang dalam toilet, belasah anak anak orang lain, peras ugut duit kawan kawan pulak, penampar tu kalau ikutkan kira mild lah bro! Bersyukur jugak lah ada orang sudi nak sentuh pipi anak kita.

Published by
Nadia